Apabila kita memandu kenderaan, kita tidak dapat berkomunikasi dengan pemandu-pemandu lain di atas jalan raya seperti mana kita berkomunikasi dengan orang lain pada waktu biasa.
Pada waktu biasa, kita kadang2 memberikan senyuman kepada orang yang sedang berbicara dengan kita, kita mengucapkan terima kasih, kita meminta izin, kita bersalam-salaman, kita tunduk hormat, kita beri laluan dan sebagainya. Itu menandakan kita seorang yang penyantun dan baik akhlaq. Kesantunan yang tinggi dan akhlaq yang mulia memang sudah diajar oleh ibubapa kita, malah menjadi kebudayaan kita masyarakat Malaysia. Apatah lagi kita sebagai muslim, banyak telah kita pelajari dari akhlaq Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.
Sayangnya, kesantunan kita di atas jalanraya jarang kelihatan. Malah, kadang-kadang amat terserlah kebiadaban dan kurangnya akhlaq sebahagian kita tatkala menggunakan jalanraya. Masing-masing amat pentingkan diri sendiri. Hilang kesantunan dan budi pekerti mulia. Sedangkan kita sebenarnya boleh mengekalkan kesantunan di atas jalanraya, walaupun kita tidak dapat berbicara secara lisan atau bertembung mata dengan pemandu-pemandu lain. Bagaimana? Read more »
Mikaeel (Michael) Jackson akan dikebumikan mengikut cara pengebumian seorang muslim. Ini berdasarkan kehendak beliau yang telah didapati di dalam wasiat terakhirnya.
Semalam, 26 JUN 2009 (Jumaat), dunia hiburan antarabangsa telah kehilangan Raja Pop mereka. Michael Jackson telah meninggal dunia pada umur beliau 50 tahun disebabkan oleh jantung beliau gagal berfungsi. (Sumber berita)
Michael Jackson pada tahun 1984
Beliau baru sahaja memeluk ISLAM pada tahun lepas iaitu pada 22 NOV 2008 (baca di sini). Bukankah itu suatu nikmat yang besar? Alhamdulillah, walaupun sebenarnya saya mengharapkan insan semahsyur beliau dapat membantu ISLAM selepas memeluk ISLAM seperti yang dilakukan oleh rakannya Yusuf ISLAM (Cat Steven), namun saya tetap lega kerana ALLAH memberikannya hidayah. Read more »
“Ternyata, bahawa manusia paling berhak untuk menjadi FIRQAH NAJIYAH (Golongan Yang Selamat) ialah ahli hadith dan sunnah, yang bagi mereka tiada ikutan yang mereka bertaksub kepadanya melainkan kepada Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam. Mereka dapat membezakan antara hadith yang sahih dan yang ‘cacat’.” (Ibn Taimiyyah, Majmu al-Fatawa, 2/216, cetakan Maktab al-Abikan, Riyadh)
Katanya lagi:
“Kami tidak maksudkan ahli hadith itu terbatas kepada mereka yang mendengar, menulis dan meriwayatkan hadith. Yang kami maksudkan ialah mereka yang benar-benar menghafal, mengetahui, memahami zahir dan batin, juga mengikutnya zahir dan batin. Demikian juga ahli al-Quran. Paling kurang sifat mereka itu mencintai al-Quran dan al-Hadith. Mengkajinya dan maknanya. Beramal dengan segala kewajipan yang mereka ketahui daripadanya. Maka fuqaha (ahli feqah) hadith lebih mengetahui tentang Rasul daripada fuqaha yang lain. Kaum sufi ahli hadith lebih mengikut Rasul daripada sufi yang lain. Para pemerintah ahli hadith lebih berpegang kepada siyasah nabawiyyah (sistem politik Nabi) daripada selain mereka.” (Ibid, 2/320)
Kata-kata di atas adalah dipetik daripada buku Selangkah Ke Arah Memahami as-Sunnah tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala menggolongkan kita semua di dalam kalangan Firqah Najiyah iaitu golongan yang selamat, amin…
Semalam, 21 JUN 2009 ada gathering kat rumah Joe di Kg Pandan.
Joe mintak tolong aku hebahkan pada kawan2 yang lain. Aku setakat SMS je kat kawan2 yang aku sempat ingat. Sebelum datang, Abi ada tanya aku jamuan apa? Entah, aku pun tak tahu. Rasa2nya, jamuan masuk rumah kot. Sebab dulu Joe ada bagitau rumah dia buat renovation sikit, lepas tu dia nak pindah masuk lepas siap semua sekali.
Sampai kat sana, wife aku tengok belon, tengok hadiah, tengok goodies utk budak2, Read more »
Jumaat lepas, saya telah dikejutkan dengan berita kematian Syeikh Fathi Yakan. Terbaca di status Facebook Ustadz Hasrizal berkenaan berita tersebut. Saya cuba memeriksa kesahihan berita tersebut di al-Ahkam.net, al-Fikrah.net dan lain-lain sumber di internet. Ya, berita tersebut tersebar. Tetapi sebahagian pihak telah menafikan kematian syeikh Fathi Yakan. Beliau ketika itu belum meninggal dunia lagi, tetapi sangat nazak dan bergantung kepada alat bantuan hayat.
Disebabkan beritanya masih belum disahkan, maka saya menangguhkan untuk menulis tentangnya di blog. Langsung terlupa. Tiba-tiba semalam saya teringat untuk menulisnya apabila seorang rakan bertanya tentang tarikh kematian syeikh Fathi Yakan.
As-Syeikh Dr Fathi Yakan
Syeikh Fathi Yakan Kembali Bertemu Tuhannya
Syeikh Fathi Yakan yang saya kenal namanya melalui buku ‘Madza Yakni Intima-i lil-ISLAM’ (Apa Ertinya Saya Menganut ISLAM), iaitu buku yang sering digunakan oleh ahli gerakan ISLAM dalam sesi usrah telah bertemu dengan Tuhannya pada hari Sabtu 13 JUN 2009, jam 4.45 petang. Beliau telah meninggal dunia di Hospital Hotel Dieu, Lubnan. Beliau meninggal dunia pada umur beliau 76 tahun disebabkan oleh penyakit angin ahmar (stroke). Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Read more »
Hari ini, 20 JUN 2009 genap setahun-seminggu saya berblog di muzir.wordpress.com. Alhamdulillah, walaupun blog ini tidak dikunjungi ramai, namun ia dapat memenuhi tujuan utama blog ini diwujudkan. Pada tulisan pertama di blog ini, iaitu pada 14 JUN 2008 yang lalu saya telah menulis:
Saya tidaklah pandai menutur bicara atau menyusun kata seperti ramai penulis laman-laman di internet. Saya sekadar mahu menumpang kemudahan siber dalam mencatatkan beberapa perkara menarik di sepanjang kehidupan.
Walaupun saya sedar bahawa tanpa catitan inipun, catitan kehidupan tetap akan dilakukan oleh 2 Malaikat yang setia. Sekurang2nya, catitan ini sekiranya bermanfaat diharap dapat dimanfaatkan oleh insan lain yang secara tidak sengaja melewati lembaran dhaif ini. Jika ya, maka akan bertambahlah catitan kebaikan yang bakal direkodkan oleh Malaikat pencatit kebaikan buat diri ini, amin. Mudah2an…(Mula Bicara, 14JUN2008)
Setidak-tidaknya, sedikit usaha ini ada manfaatnya buat sebahagian yang sudi berkunjung ke laman ini. Jika tidak bermanfaat untuk orang lain, mudah-mudahan usaha ini tetap diberi ganjaran oleh Yang Maha Pemurah. Kerana di dalam maksud satu hadith ada mengatakan bahawa apabila niatnya baik, ALLAH subhanahu wata’ala telah menyuruh malaikat untuk mencatit satu hasanah. Jika diikuti niat baik itu dengan perbuatan, maka 10 hasanah akan diberi. Mudah2an usaha ini dikira hasanah di sisi ALLAH, amin. Apatah lagi jika kebaikan itu tersebar kepada orang lain, bestnya… .
Saya sebenarnya sangat cemburu dengan para guru dan ustadz yang sentiasa memberikan bakti dan ilmu kepada para pelajar. Rasa cemburu itu sebenarnya telah tercetus sejak saya berumur belasan tahun lagi. Kecemburuan itu semakin meluap-luap apabila melihatkan para guru dan ustadz yang saya kenali sentiasa mengambil peluang dan ruang untuk berbakti bukan sahaja di alam nyata, malah di alam siber. Salahkah cemburu ini? Tidak salah, malah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah berpesan bahawa kita tidak boleh cemburu kecuali kepada 2 orang iaitu yang pertama: kepada orang yang diberi ALLAH akan harta dan dia menggunakan harta itu di jalan ALLAH, dan yang kedua: kepada orang yang berilmu dan dia menggunakan ilmunya itu di atas jalan haq dan menyebarkannya.
Ustadz Zaharuddin, Ustadz Hasrizal, Ustadz Zain-ys, Ustadz Tuan Hasan, Ustadz Kamin dan beberapa nama lain yang saya mungkin terlupa adalah pencetus kepada terbinanya blog ini. Apa dia? Cetusannya ialah berdakwah, berkongsi, berbakti melalui alam siber. Jika mereka telah pun mempunyai sasaran dakwah (mad’u), malah masing-masing mempunyai pengikutnya. Jadi besar sungguh manfaat yang mereka boleh sampaikan. Tetapi saya, sekadar berkongsi ruang untuk mencontohi mereka. Untuk turut menyahut seruan ALLAH, “fastabiqul khairot”.
Saya melihat bahagian statistik untuk mengetahui apakah tulisan di blog ini yang paling dikunjungi oleh para pengunjung. Disertakan di bawah ini adalah senarai ‘postings’ yang dimaksudkan. Top 30: Read more »
Adakah Malaysia negara ISLAM? Banyak perdebatan di kalangan masyarakat umum tentangnya. Sebahagian kita mengatakan ”Malaysia bukan negara ISLAM”. Sebahagian pula mengatakan, “Ya, Malaysia negara ISLAM”.
Dalam kepelbagaian pendapat itu, pasti majoriti dari kalangan kita ummat ISLAM di Malaysia ingin melihat bahawa sistem Islami dapat dilaksanakan keseluruhannya di Malaysia. Merangkumi sosial, politik, ekonomi, kewangan, perundangan dan lain-lain.
Apa yang kita lihat di Malaysia, suasananya masih belum mencapai apa yang digambarkan sebagai negara ISLAM. Usahkan suasana Islami, malah masyarakat sering dalam ketakutan disebabkan oleh pelbagai kes-kes jenayah yang semakin menjadi-jadi mutaakhir ini. Fenomena ini sangat merisaukan kita.
Alangkah bagusnya jika hukum-hukum yang disyariatkan ALLAH subhanahu wata’ala di dalam al-Quran dapat dilaksanakan di negara kita. Pastinya, kes-kes jenayah dapat dikurangkan jika tidak dapat disifarkan. Pastinya, bakal penjenayah berasa gerun dengan hukuman-hukuman yang tersedia. Dan pastinya juga nyawa, agama, akal, harta dan keturunan ummat manusia akan terbela. Dan itulah tujuan hukum syariah.
Bagi merungkai samada Malaysia adalah negara ISLAM atau tidak, barangkali analogi berikut boleh diambil untuk memudahkan kita berfikir, insyaALLAH: Read more »
Beberapa minggu yang lalu, kedengaran berita tentang Facebook iaitu jaringan sosial yang semakin mendapat tempat di hati anak muda bahkan masyarakat umumnya akan difatwakan HARAM oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI). Dan hari ini, apabila saya mencari semula tentangnya, rupa-rupanya berita tersebut hanyalah dibesar-besarkan oleh pihak media.
BANJARMASIN, KOMPAS.com – Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Kalimantan Selatan (Kalsel), Prof H Asywadie Syukur Lc, berpendapat, keberadaan facebook (salah satu sarana komunikasi lewat dunia maya) bisa haram dan tidak.
Mantan Rektor Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Antasari Banjarmasin itu nampaknya berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat mengenai facebook yang belakangan ramai menjadi pembicaraan dari berbagai kalangan di Indonesia, demikian dilaporkan, Minggu (24/4).
“Kita tidak bisa memfatwakan facebook itu haram atau sebaliknya, kecuali melihat kontekstualnya,” kata alumnus Universitas Al Azhar Kairo Mesir itu. Sumber
Alhamdulillah, saya kira ia suatu pendapat yang adil. Kerana FACEBOOK atau yang seumpamanya iaitu Friendster, Myspace dan lain-lain hanyalah alat komunikasi yang digunakan oleh masyarakat untuk bersosial atau dengan bermacam-macam tujuan. Ia bisa menjadi HARAM atau HARUS bergantung kepada niat dan cara kita menggunakannya.