DIALOG BAPA-ANAK YANG MENYEDIHKAN

Pada suatu pagi sedang makan di restoran di TTDI Jaya, tempat saya tinggal…terdengarlah saya akan perbualan di antara seorang bapa dengan 3 orang anaknya. Si bapa berpakaian kemas dan segak. Nampak seperti berjawatan tinggi dan berpendidikan.

Nampaknya perbualan mereka seperti lanjutan dari perbualan dari kereta lagi. Nampak serius perbincangan mereka. Saya agak umur anak lelakinya mungkin dalam lingkungan 9 atau 10 tahun. Mereka berbicara tentang sekolah dan guru sekolah.

Apa yang keluar dari mulut anaknya kurang mendapat perhatian saya…lagipun buat apa mencuri dengar kan? Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah apabila bapanya memaculkan ayat berikut, maklumlah suara dewasa..kuat sikit:

“Ayah dah lama nak belasah cikgu tu…kena belasah baru dia tahu…bla..bla..”

Tersentak saya dibuatnya! Apa jenis bapalah yang boleh menanamkan fikiran dan idea sebegitu pada seorang anak. Walau geram dan marah dengan sikap cikgu, sikap negatif itu tidak sepatutnya diluahkan/dizahirkan kepada anak kita. Apatah lagi mengapikannya lagi. Sepatutnya, kita sebagai bapa mengiyakan guru, mengajar anak agar menyanjungi guru…dsb…

Walaupun mungkin kadang-kadang boleh ada salah faham antara guru dan ibubapa, namun ibubapa tidak boleh menzahirkan kemarahan atau salah faham itu kepada anak-anak. Contoh perbualan di atas hanya akan menjadikan anak-anak tidak hormat kepada guru, malah benci juga. Bagaimana proses penyaluran ilmu bisa menjadi lancar jika anak tidak hormat guru??!!

Patutlah hari ini semakin menjadi2 kisah guru dipukul dan dibelasah! hmmm…

**Wahai guru, engkau ibarat pelita yang menyinari kegelapan malam…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,856 other followers

%d bloggers like this: