MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Serata ceruk negara melaungkannya
Bangga menjadi bangsa yang merdeka
Bangga kerana bebas dari jajahan manusia
Bangga boleh mencorak tanpa tekanan sesiapa
Malam MERDEKA dirai penuh berwarna
Menunggu detik jam 12 di menara
Menanti dengan iringan joget dan pesta
Kerana ingin menyambut hari MERDEKA
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Berduyun manusia ke konsert menari
Berbondong warga telah turut sertai
Menjadi keseronokan si tua yg tak sedar diri
Pelempiasan nafsu [...]

DS Anwar Ibrahim Menang di Permatang Pauh

Keputusan rasmi:
PKR: 31,195 undi
BN: 15,524 undi
AKIM: 92 undi
Jumlah keluar mengundi: 47,410
Peratus keluar mengundi: 81.1%
Undi rosak: 599 undi
Majoriti: 15,671 undi.
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,388
Dipetik dari KLPos
Tahniah kepada beliau .
Takde apa yang hendak saya komen.  Cuma, sebagai meluahkan harapan sebagai seorang rakyat kecil agar kalian yang [...]

Majalah Terbaru ‘SOLUSI’

Cover Majalah SOLUSI Bulan OGOS-2008

Ulasan ringkas mengenai majalah di atas boleh didapati di sini, insyaALLAH.

Koleksi Nyanyian Azhan Atan di Akademi Nasyid

Saya sehingga hari ini belum berkesempatan menonton Akademi Nasyid di TV9.  Walaupun begitu, saya suka mendengar nyanyian Azhan Atan yang berupaya membawa mesej nasyid dengan sangat berkesan.  Saya mula mengenali beliau apabila AAN membawa Azhan Atan ke lamannya, tempat saya selalu menimba ilmu secara siber.  Berikut adalah beberapa nyanyian beliau yang saya telah perolehi hasil [...]

Kelebihan Nisfu Sya’ban?

Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam bersabda:

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Hadith di atas adalah satu2nya dijumpai [...]

Terima kasih wahai sahabat2ku :)

Alhamdulillah.  Segala puji dan puja serta syukur hanyalah layak ditujukan kepada ALLAH, Tuhan Sekalian Alam.  Solawat & salam buat junjungan mulia Muhammad Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.
Posting ini khusus saya ingin menyampaikan rasa terharu dan perhargaan saya kepada rakan-rakan dan pelanggan saya yang selama ini telah menyokong saya.  Tanpa sokongan mereka, tentulah perjalanan saya sebagai Perunding [...]

Veil (Hijab) – Dawud Wharnsby

The Veil
by Dawud Wharnsby
They say “Oh poor girl,
You’re so beautiful you know,
It’s a shame that you cover up your beauty so.”
She just smiles graciously,
and responds reassuringly,
“This Beauty that I have is just one simple part of me,
This body that I have,
no stranger has the right to see.
These long clothes,
this shawl I [...]

Ulangtahun SMAKL 20 Tahun

10 OGOS 2008, SMAKL telah meraikan hari ulangtahunnya yang ke-20.  Program tersebut telah diadakan seharian (dari pagi hingga malam) di SMKAKL, Bandar Menjalara, Kuala Lumpur.  Saya tak sempat menghadiri programnya di sebelah siang disebabkan oleh sibuk menjadi tuan rumah kepada majlis perkahwinan adik perempuan saya.
Saya sempat juga hadir pada sebelah malamnya, walaupun masih penat.  Ternyata, [...]

RIBA’ dan Hukumannya!

(1)   Riba’ dihukumkan sebagai antara DOSA BESAR.
(2)  Pemakan dan Pemberi RIBA’ perangi Allah subhanahu wataala dan Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam. 
Firman Allah subhanahu wataala:

“Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertobat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) [...]

Saya dan RIBA’

Seingat saya, RIBA’ tidak diajar secara formal di dalam kelas.  Maaf, mungkin saya salah.  Namun, apa yang saya nak kata ialah saya tak ingat di mana saya mengenali RIBA’ sepanjang pembelajaran formal sukatan pelajaran darjah 1 – tingkatan 5.
 
RIBA’ adalah dosa besar.  Dosanya sebaris dengan lain-lain dosa besar seperti syirik kepada ALLAH, lari dari medan [...]