Berikut adalah email yang saya hantar kepada rakan2 saya di x-press & exmaresmamuar e-group berkenaan tajuk diatas:
Assalamu’alaikum. ..
Next year insyaALLAH, kami akan dikurniakan ALLAH dengan anak ke4, alhamdulillah.
Masalahnya, anak aku yg ke3 masih menyusu. Umurnya dah 1tahun, 7 bulan. Bila kitorang tahu ibunya disahkan mengandung, accidentally
, maka datanglah dilema “bolehkah meneruskan penyusuan kepada anak yg sedang menyusu tatkala ibu mengandung?”
1.
Menurut pembacaan dan pertanyaan isteri aku pada doktor, katanya BOLEH. Cuma, takut ibunya letihlah. Takde masalah pada anak dalam kandungan.
2.
Ada kata bahaya. Takut anak dalam kandungan kurang nutrisi.
3.
Baru2 ni adik ipar aku kata, nurse kerajaan marah kalau menyusu tatkala mengandung. Dikhuatiri boleh mengidap breast cancer.
Disebabkan ramai di kalangan kawan2 kita di dlm group ni doktor. So, aku harap korang dapat bagi nasihat berdasarkan ilmu dan pengalaman perubatan. Tak semestinya doktor, yang lain2 pun kalau ada pendapat yang diperolehi ‘reliable’, boleh juga dikongsikan di sini.
Mohon penjelasan daripada kawan2 semua.
Terima kasih.
Alhamdulillah, saya telah memperolehi feedback yang baik daripada rakan2 yang berpengalaman. Sedihnya, takde sorang pun rakan dari kalangan doktor yang memberi feedback. Mungkin mereka terlalu sibuk untuk membaca email, atau terlalu sibuk untuk membalas email, atau mereka berasa pendapat profesional melalui email tidak wajar dilakukan kerana dikhuatiri akan dipertanggungjawabkan kepada mereka. InsyaALLAH, saya faham…
Berikut saya kepilkan feedback dari rakan2: (Terima kasih
)
AZRAH:
saya bukan seorg doctor tp saya adalah penyokong kuat breastfeeding & nak share a few things that i know thru experience & infos given by my gynae:
1. menyusu semasa pregnant adalah ok. (saya ade kawan yg dapat menyusukan an older child all the way thru her pregnancy. cayalah .. ). Tak ramai yg dapat buat sbb masalah kesihatan & kesibukan mengendalikan t/jwb harian.
2. dinasihatkan masa kandungan dah 7 bulan utk memberhentikan penyusuan sbb bila ibu menyusukan baby, ade hormon yg akan dikeluarkan dalam badan yg akan mengecutkan rahim ibu. bagi ibu yg DAH bersalin, this is good ( boleh cepat kurus etc. hehe ) tp bagi pregnant mom, akan terjadi false contraction.
3. stop penyusuan at final stage of pregnancy akan menyediakan the older child to bercerai susu dgn mummy sebelum adik dia lahir. takut nanti berebut susu plak dgn baby. kesian kat baby, older kid & mummy.
4. menyusukan anak adalah something yg menggunakan byk tenaga.. although mommy tak buat apa2 hehe. mommy akan terasa senang lapar & penat. tentunya masa pregnant, badan mommy mengalami perubahan dari segi hormon, makin bertambah la lagi “haru biru hidup”. lagi la kalau tgh berpuasa.. nasib baik ade kelonggaran bagi pregnant mommy kan. takut2 tgh penat nanti cepat marah, tambah teruk kalu ade morning sickness. sian.
5. nak bercerai susu dgn anak 1 thn lebih can be a VERY challenging experience. ada yg senang & susah. kebykannya tak suka rasa susu formula. macam2 helah kena pikirkan utk persuade anak. pening juga nak pilih susu jenama mana yg nak digantikan dgn susu ibu. paling penting, kalau nak bercerai susu kena terangkan anak the reason. budak2 ni diaorg senang paham sebenarnya..
AKHIR sekali hehhehe..kalau anak dah 1 thn 7 bulan dan telah mendapat susu ibu secara eksklusif spjg tempoh tu.. it is a big achievement !!! pendapat saya .. boleh la bercerai susu. tak payah la tunggu 2 tahun. tukar ke susu formula. concentrate dgn baby dlm kandungan.
kalau ade silap on the info above, do let me know ya. My 10sen..
oo tahniah.
Hanafi:
Menyusu ketika mengandung tidak salah tapi ditakuti (Pakar O&G kata) bayi dalam kandungan akan terjejas pertumbuhan akibat kurang nutrisi terutama kalau si ibu tgh mabuk / tiada selera makan. apa yang azrah mension sama yang saya fahami berkenaan menyusu ketika mengandung. tapi kesan mendapat breast cancer sungguh tidak tepat dah salah sama sekali…
yang terbaik, bercerai susu sahaja demi kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. bayi yang dah besar bagi aje susu ‘lembu’or soya…
Yean:
Setahu Yean, tak memudaratkan. Cuma ditakuti anak yg dalam kandungan tak cukup nutrisi tu betul. But somehow, itu boleh diatasi dengan pemakanan yg betul. Mak Yean menyusukan Yean masa tengah mengandung, well Yean menyusu badan until 6 tahun:). Alhamdulillah, memang susah nak sakit. Apa yg mak Yean amalkan, according to her, segala supplement yg doktor bagi dia memang makan. Diligently. Insyallah, tak kan ada apa2. Hope that this will help.
Halimatul Saadah:
Salam..just to share..i ada dengar ceramah yg di sampaikan oleh Dr. Siti Nur Bahiyah lebih kurang 3 bulan lepas..dia ada mention pasal isu nie..some point yg i still remember actually isu ni still kena berbalik pada kenapa kite dituntut utk menyusukan anak sehingga 2 tahun,..tidak kurang dan tidak lebih…jika kurang, kesian la kat anak tu…tapi tempoh dua tahun yg diberi itu adalah supaya kesihatan ibu itu benar-benar pulih dan cukup utk anak itu mendapat perhatian sewajarnya oleh si ibu.so, di sini..jika ibu tu mengandung sblm usia anak 2 tahun, maka tak tercapailah objektif tersebut…dan ada disebut juga beberapa kemungkinan yang tak elok (kesan buruk terhadap anak yg dikandung) tapi i tak berapa ingat.dikhuatiri juga akan kesihatan ibu..kesimpulannya, tidak dilarang menyusu semasa mengandung, cuma jika boleh silalah elakkan kerana tidak digalakkan
Muzir, wife aku pun tgh pregnant, EDD 2nd week Nov, but mintak doctor usahakan utk deliver awal (insya Allah), coz 17Nov aku kena outstation ker Labuan 2 weeks,.. so no choice..According to the doctor, points no 2 mmg tepat sekali, akan wujud false contraction, Rahim ibu akan mengecut, ini membahayakan nyawa janin didalam perut. Sebaik2nya cuba dihentikan penyusuan anak yg besar, cubalah mcm mana pun…. Point yg pertama aku kurang setuju sbb, mungkin hanya 1 dlm seratus case yg berjaya. My advise, don’t try while you still have an option. Risikonya tinggi.Pasal hari tuh aku Tanya wife aku, tuh yg aku bole jawab. Wallahu’alam
Filed under: Kekeluargaan | Tagged: mengandung, penyusuan



2 minggu lepas kami suami isteri menemui Dr Fatimah di Kelana Jaya Medical Centre kerana isteri saya bleeding disebabkan fibroid yang membengkak.
Saya sempat bertanyakan tentang perkara di atas kepada beliau. Beliau mengatakan bahawa penyusuan kepada bayi adalah tidak merbahaya kepada bayi di dalam kandungan.
Kenyataan di atas melegakan saya kerana ia sama dengan apa yang dinasihatkan oleh Dr Safiah, TTDI Jaya berkenaan perkara ini.
Bayi yang sedang menyusu dengan secara beransur-ansur memberhentikan penyusuannya tatkala kandungan mencapai 5 bulan. Kerana pada masa itu, susu sudah semakin kurang dihasilkan.
Dan kini, alhamdulillah, anak saya sudah pun berhenti menyusu dengan ibunya. Kesian juga melihatkannya yang kadang-kadang meminta-minta. Mujurlah dia tak menangis.
wAllahu ta’ala a’lam.
A’kum…
berdasarkan kepada pengalaman sendiri, saya menyusukan anak pertama saya eventhough masa tu saya mengandungkan anak ke 2…mmg ramai yg cakap tak elok..even nurse pun cakap suruh berhenti menyusukan anak pertama sebab saya kena mild anemia…tapi alhamdulillah sesungguhnye Allah itu Maha mengetahui…kite niat yg baik…saya selamat melahirkan anak ke dua saya yg seberat 3.23kg..tak de kurang zat pun…
wa’alaikumussalam…
Tahniah Aresa. Semoga ALLAH memberikan dzuriat yg soleh, amin…