Qunut Nazilah

Qunut Nazilah adalah salah satu sunnah yang telah dipinggirkan oleh kebanyakan ummat Islam di seluruh dunia. Ia adalah doa yang dibaca di dalam solat, selepas iktidal; apabila ummat Islam sedang menghadapi bahaya atau bala.

Anas bin Malik radhiAllahu anhu telah berkata:

“Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam tidaklah pernah berdoa selepas bangun daripada rukuk kecuali untuk memohon kebaikan kepada orang ramai atau mengutuk sesetengah kaum itu.” [Sahih Ibnu Khuzaimah, Bulugh al-Maram – 0242)

Abdullah ibnu Abbas radhiAllahu anhu telah berkata:

“Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam pernah membaca doa qunut selama sebulan berturut-turut dalam solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh di akhir setiap solat; iaitu ketika iktidal sehabisnya mengucap ‘samiAllahu liman hamidah’. Di situ ( dalam doanya) baginda mengutuk kaum Banu Sulaim, Ri’l, Dzakwan dan Ushaiyah; sedangkan makmum di belakangnya mengaminkan doa itu.” [sunan Abu Daud - 1393]

Lafadz do’a qunut adalah bebas.  Tiada lafadz khusus.  Terpulang bagaimana hendak dipanjatkan do’a itu kepada ALLAH, asal sahaja meminta bantuan ALLAH agar kezaliman kepada ummat ISLAM dihentikan.

Berikut adalah contoh-contoh do’a qunut yang sempat saya cari: 

qunut-nazilah11

Berikut pula adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah Ust Zaharuddin usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai. (Sumber)

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ،

وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ،

اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ،

وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ،

نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ،

إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ،

اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Ertinya : “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.”

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ،

ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ،

وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ،

وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم.

اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،

و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم

, خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم،

وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم ,

وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار ,

يا جبار و يا مُنْتَقِمَ ,

اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti : Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..

اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..

اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ

.. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..

اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..

اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ ,

اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..

اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ ..

اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد …

اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ ,

اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam

Berikut pula adalah doa yg telah saya perolehi dari carian di youtube yg telah dibaca oleh as-Sheikh Mishari Rashid al-Afasi:


8 responses to “Qunut Nazilah

  • shahmuzir

    Soalan:

    Assalamualaikum, saya inginkan kepastian benarkah bahawa utk melakukan Qunut Nazilah kita perlu mendapat arahan ataupun keizinan drp Pemerintah Negara terlebih dahulu sebelum melakukannya? Jika perlu siapakah pemimpin tersebut dlm konteks negara kita? Adakah Yang Dipertuan Agong atau Perdana Menteri?

    Jawapan:

    Waalaikumussalam wrt wbt

    Bismillah Wal Hamdulillah Wa Ba’d :

    Qunut Nazilah adalah antara masalah fiqhiyyah. Apabila umat Islam ditimpa bala dan kesusahan, maka hendaklah didoakan kepada mereka agar terselamat daripada bala tersebut.

    Ada khilaf di kalangan fuqaha’ siapakah yang boleh berdoa qunut?
    Ada yang berpendapat : al-Imam al-A’zam pemimpin tertinggi sesebuah Negara sahaja
    Ada pendapat mengatakan hanya imam setiap masjid sahaja
    Pendapat terakhir mengatakan setiap orang yang solat boleh melakukan qunut nazilah.
    Menurut al-Uthaimin ini adalah pendapat yang sahih kerana umum sabda Nabi s.a.w. :
    “Sembahyanglah sebagaimana kamu melihatku bersembahyang”
    Hadis ini juga merangkumi qunut Nabi s.a.w. ketika bala menimpa umat Islam.
    Wallahualam
    (Kutub wa Rasa’il li al-Uthaymin 116/53-54)

    albaruhiyy
    Panel Feqh al-Ahkam.net

    Sumber:
    Soal-Jawab al-Ahkam.net

  • shahmuzir

    Soalan:

    1. kalau boleh tolong senaraikan bacaan2 qunut nazilah ma’thur dari nabi s.a.w.

    2. bolehkah kita gabungkan bacaan2 qunut itu dalam 1 solat? atau ambil sebahagian dan gabungkan?

    3. Bolehkah menambah perkataan sendiri (doa sendiri dalam bahasa arab) atau doa2 lain yg ma’thur tp bukan sebahagian dari qunut nazilah?

    4. bg seorang imam pada solat sirriyyah, adakah perlu dijahrkan suara apabila membaca qunut tersebut?

    Mohon pencerahan dari panel AAN..

    Jawapan:

    wa’alaikumussalam

    Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah

    Berikut merupakan salah satu contoh Qunut Nazilah yang pernah dibaca oleh Umar ra. :-

    اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنُثْنِي عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

    Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.” [Hadith riwayat al-Bayhaqi, 2/210].
    (dipetik dari forum umum, shahnor77, http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=37486)

    2& 3. Isi kandungan Qunut Nazilah hendaklah dilakukan menurut situasi dan keadaan musibah yang menimpa. Nabi pernah melaknati beberapa kabilah Arab kerana membelakangkan sahabat baginda dan membunuh mereka. Menurut al-Nawawi “Pandangan yang benar menurut jumhur adalah tidak ada perkataan yang khas/khusus (mengenai Qunut Nazilah), malah apa-apa lafaz do’a boleh disebutkan” [a-Majmu', 3/497].

    4. Menurut Ibn Utsaimin rh. dikatakan bahawa Qunut boleh dilakukan didalam solat 5 waktu, jika solat dimana al-Quran dibaca secara kuat (jahr), maka telah maklum Qunut dibaca secara kuat, jika didalam solat yang dibaca perlahan (sir), do’a Qunut hendaklah dibaca secara kuat (jahr) juga. Dalil menunjukkan bahawa Nabi pernah membaca Qunut dan makmum mengaminkan dibelakang beliau, dan mereka tidak mungkin menyebut AMIN melainkan Qunut dibaca dengan kuat [al-Sharh al-Mumthi, 4/47].

    Sekian, wassalam

    Hj Kamin
    Panel Feqh al-Ahkam.net

    Dipetik dari Soal-Jawab al-Ahkam.net

  • muhammad davin

    “assalaamu `alaikum,saya meminta ijin kepada anda qunut najilah dapat saya amalkan.sekian dan terima kasih”

  • muhammad syafiq syazwan

    assalamualaikum…
    saya ingin b’tnye..diatas terdpat b’bgai jnis doa..yg mana satu yg d’glakkn bace??
    atau perlu d’gbung semua nye??

  • pelajar

    Alhamdulillah. InsyaAllah diamalkan. =)

  • kiar@wild

    Saatnya kita doakan saudara2 kita yg dijajah kafirin,saatnya ber-Qunut nazilah.terima kasih penjelasannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,854 other followers

%d bloggers like this: