Posted on February 27, 2009 by shahmuzir
Saya dah lama mengikuti perkembangan berita berkenaan Proton MPV di laman paultan.org. Memang tak sabar untuk memilikinya. Maklumlah bilangan ahli keluarga makin bertambah. Anak pun dah semakin membesar. Masalah dengan kereta kecil saya adalah ketika balik ke kampung. Jika setakat berjalan-jalan di Lembah Klang, nescaya saya akan kekal dengan kereta kecil saya tu. Jadi, terpaksalah [...]
Filed under: *Catitan Shahmuzir, Pengumuman | Tagged: exora, mpv, paultan.org, proton mpv | 4 Comments »
Posted on February 26, 2009 by shahmuzir
Kita semua mempunyai perasaan sayang dan cinta. Itu lumrah manusia. Malah ia sifat fitrah yang telah ALLAH wujudkan di dalam diri setiap manusia. Cinta sesama manusia, cinta kepada harta, cinta kepada tanahair, cinta kepada kerjaya dan sebagainya.
Pernah kita kadang-kadang dikecewakan. Cinta yang mendalam melahirkan sakit yang mendalam tatkala dikecewakan. Tiada makhluq yang sempurna keadaan. Cinta pasti [...]
Filed under: *Catitan Shahmuzir | Tagged: cinta, sayang | 8 Comments »
Posted on February 17, 2009 by shahmuzir
Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk ALLAH.
Saya sebagai salah seorang tenaga ejensi Takaful IKHLAS berbangga dengan pencapaian yang bertalu-talu dianugerahkan kepada syarikat Takaful IKHLAS Sdn Bhd. Anda sebagai pemegang polisi Takaful (pelanggan) seharusnya juga bangga kerana anda telah memiliki pelan Takaful iaitu perlindungan kewangan berlandaskan syariah yang mendapat pengiktirafan sebagai PENYEDIA TAKAFUL TERBAIK .
Takaful [...]
Filed under: Bijak Kewangan, Pengumuman | Tagged: berita, kuala lumpur, news, takaful ikhlas | Leave a Comment »
Posted on February 17, 2009 by shahmuzir
Terkini : Hukum ASB dan ASN
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).
Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia [...]
Filed under: Bijak Kewangan | Tagged: asb, asn, investment, pelaburan, security commision, suruhanjaya sekuriti | Leave a Comment »
Posted on February 10, 2009 by shahmuzir
Hari ini 10 Februari 2009. Seperti biasa, bulan Februari ini TV, radio, internet dan kedai2 akan mula mempromosi HARI VALENTINE. Jambangan bunga dan kad2 romantik mula menambat hati semua, terutama remaja. Mesejnya cinta, kasih-sayang dan pelbagai saranan untuk melampiaskan gejolak nafsu berahi dengan pakej yang menarik diberi nama Valentine’s Day.
Apa hukum meraikannya? Tulisan berkenaannya telah saya petik dari laman [...]
Filed under: Semasa | Tagged: valentine's day, fatwa, haram, ajaran sesat, akidah | 2 Comments »
Posted on February 9, 2009 by shahmuzir
Ahad semalam, kami beberapa bekas pelajar MRSM Muar batch 93/94 ada buat mini-gathering di Kota Damansara. Alhamdulillah, dapatlah berjumpa dengan rakan2, walaupun tak ramai.
“Muzir, apa cerita di Perak?” tanya salah sorang dari mereka.
Aduh, bab politik ni aku memang kurang sikit. Sekadar mengambil tahu perkembangan luarannya sahaja. Perinciannya, memang aku tak pandai tak olah. Sebab, tak mampu [...]
Filed under: Semasa | Tagged: bn, nizar, pas, perak, politik | Leave a Comment »
Posted on February 4, 2009 by shahmuzir
Semalam saya menerima nota dari facebook berkenaan satu checklist yang boleh dijadikan muhasabah buat kita semua, terutama buat diri saya yang selalu sangat lalai dan leka. Sila baca berikut (Mudah2an ia bermanfaat):
*******
Islamikah kehidupan seharian kita? Artikel ini memberikan hal-hal yang perlu kita renungkan dan kemudian diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Apakah anda setiap hari selalu shalat [...]
Filed under: Artikel Sumber Lain | Tagged: checklist, muhasabah, tadzkirah | 5 Comments »