Takaful Ikhlas dipilih Penyedia Terbaik anugerah IFN 2008

 

 Shahmuzir Nordzahir adalah ejen Takaful IKHLAS yang sah.  Hubungi 019-3826408.

Shahmuzir Nordzahir adalah ejen Takaful IKHLAS yang sah. Hubungi 019-3826408.

Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk ALLAH. 

Saya sebagai salah seorang tenaga ejensi Takaful IKHLAS berbangga dengan pencapaian yang bertalu-talu dianugerahkan kepada syarikat Takaful IKHLAS Sdn Bhd.  Anda sebagai pemegang polisi Takaful (pelanggan) seharusnya juga bangga kerana anda telah memiliki pelan Takaful iaitu perlindungan kewangan berlandaskan syariah yang mendapat pengiktirafan sebagai PENYEDIA TAKAFUL TERBAIK :) .

Takaful Ikhlas dipilih Penyedia Terbaik anugerah IFN 2008

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) dipilih sebagai Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik 2008 menerusi undian yang diadakan sempena Anugerah Berita Kewangan Islam (IFN) 2008, baru-baru ini.

Anugerah yang diadakan buat kali keempat pada tahun ini dimenangi oleh Takaful Ikhlas menerusi undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam melalui IFN yang diterbitkan pada setiap hari Jumaat.

IFN memberi tumpuan terhadap industri dan pasaran kewangan antarabangsa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, anugerah itu merupakan kayu pengukur kecemerlangan syarikat sehingga hari ini.

”Kami menganggap anugerah ini sebagai satu penghormatan terbesar di peringkat antarabangsa, sebagai pengendali perlindungan takaful yang baru sahaja beroperasi selama enam tahun. ”Anugerah ini membuktikan meskipun Takaful Ikhas merupakan syarikat yang baru, tetapi produk-produk kami telah pun mendapat perhatian masyarakat luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Syed Moheeb berkata, anugerah itu akan dijadikan pemangkin kepada kejayaan Takaful Ikhlas untuk tahun-tahun akan datang sekali gus memastikan syarikat terus berdiri kukuh dalam industri insurans dan takaful.

Menurutnya, anugerah yang dilancarkan oleh IFN itu adalah bagi mengiktiraf syarikat-syarikat yang menjalankan operasi dan menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada institusi kewangan Islam.

Dalam pada itu, kata beliau, kemenangan tersebut merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful Ikhlas di negara ini dan juga di peringkat antarabangsa.

”Kita mempunyai pelbagai rancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang, oleh itu, usaha yang berterusan sedang dilakukan bagi memastikan ia (rancangan) dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini.

”Kami berasa sangat berbesar hati apabila terpilih sebagai pemenang walaupun penglibatan kami dalam industri takaful masih baru berbanding pengendali takaful yang lain,” ujarnya.

Sumber:  Utusan Malaysia Online


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,849 other followers

%d bloggers like this: