Ancaman SMAKL

Saya ke-5 berdiri dari kiri

Gambar di atas diambil semasa saya berumur 15 tahun.  Ketika itu mewakili SMAKL dalam pertandingan bolasepak zon keramat bawah 18 tahun.  Ia dimuatkan di dalam ruangan sukan akhbar Metro tahun 1992.  Pemberita ketika tu rasa terpegun juga dengan aksi kami semua.  Maklumlah jarang mereka dapat melihat pemain bolasepak yang bertrack bottom ketika itu.  Dalam keadaan menutup aurat, kami tetap dapat menunjukkan prestasi yang membanggakan sehingga mengalahkan beberapa sekolah menengah yang top dalam zon tersebut.

Memang seronok mengenang zaman-zaman sekolah dulu. :D

3 Responses

  1. Masa tu semua kiut dan slim
    La ni ramai yg masih lagi kiut tapi dah tak slim.

  2. ALLAHU AKBAR!

    Laungan takbir sentiasa kita laungkan sebelum apa2 pertandingan sukan ketika mewakili SMAKL dulu.

    Pengalaman mewakili bolasepak, sepaktakraw dan bolatampar ketika di SMAKL dulu memang menyeronokkan dan mengujakan. Banyak kenangan, banyak pengajaran :) .

Leave a Reply