Bukan Mak Limah Rupanya…

Pagi tadi sedang bersiap-siap nak hantar anak-anak ke rumah penjaga, isteri saya tiba-tiba memberitahu sesuatu.

“Abang ingat tak ustadzah yang mengajar Husna kat PASTI tu?”  Tegurnya

“Yang mana satu?” Saya meminta penjelasan.

“Alaa, yang duduk dekat dengan rumah kita tu” Jelas isteri saya.

“Oh, yang tu.  Kenapa Yang?”  Saya bertanya.  Pelik tiba-tiba isteri saya bertanya tentangnya.

“Kan kita pernah tanya Husna siapa namanya kan?”  Isteri saya mengingatkan saya tentang sesuatu.

“Yelah. Kan Husna kata nama ustadzah tu Mak Limah kan.  Kenapa?”  Saya bertanya.  Saya menantikan respon isteri saya dengan minat.

“Abang nak tau tak, rupa2nya nama dia bukan Mak Limah.  Linie ingat nama dia betul2 Mak Limah.  Sebab itulah yang Husna beritahu kita selama ni.”  Isteri saya bercerita.

“Habis tu siapa nama dia?”  Saya bertanya dengan separa suspen.

“Nama dia Maziah (bukan nama sebenar).  Yang Husna panggil dia Mak Limah tu sebenarnya mu’allimah.  Kan mu’allimah dalam bahasa Arab kan cikgu.  Mati2 kita ingat selama ni nama dia Mak Limah”.  Isteri saya menjelaskan sambil tertawa.

“Laa…macam tu ke…hahaha!”  Saya turut tertawa.

Itulah anak2…hmm, innocent! :D :D

Selama setahun kami terima nama ustadzah itu Mak Limah.  Asalnya, memang tak percaya.  Apabila ditanya nama sebenar ustadzah tu, Husna kata dia tak tahu.  Dia panggil Mak Limah sebab semua orang panggil ustadzah tu Mak Limah.  Apabila berurusan di PASTI eg bayar yuran, report card etc, kami berurusan dengan ustadzah yang lain, jarang berurusan dengan ustadzah ‘Mak Limah’.  Aduhai!

:D

 

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
25 Ogos 2009

2 Responses

  1. hahahaha ..

    teringat pulak saya , ustaz cerita pasal ni tadi dekat bilik APD !!

    bagus anak ustaz … : )

  2. aRab & maLay,,,,

Leave a Reply