Alhamdulillah, saya telah dapat banyak manfaat ilmu dari laman web al-Ahkam.net. Setiap kali ada kemusykilan feqh, selain saya membuka buku2 feqh yang ada di rumah, selalunya akan disusuli dengan lawatan ke laman web al-Ahkam.net.
Sesuai dengan slogannya ‘Siber Feqh Anda’, laman web tersebut telah memudahkan ramai insan yang berkemusykilan membuat pertanyaan secara online. Dengan hanya beberapa klik, kemusykilan kita dalam hal ibadah dan lain2 hal berkaitan agama dapat dirungkaikan.
Tetapi disebabkan ‘database’ soal jawab di al-Ahkam.net telah disusun rapi mengikut kategori, pelawat digalakkan untuk menggunakan fungsi ’search’ dahulu, supaya soalan yang diajukan bukanlah soalan ulangan.
Sempena RAMADHAN yang sedang kita lalui ini, tentu banyak persoalan feqh PUASA kadang2 menyinggahi ke kotak fikiran kita. Jika kita tidak bertanya, kadang2 soalan2 itu datang dari kawan2 dan ahli keluarga. Bagi memudahkan kalian untuk mengetahui dengan lebih jelas persoalan feqh PUASA, sila ke laman web al-Ahkam.net berikut (klik di bawah):
PUASA DAN PERMASALAHANNYA
Terdapat sebanyak 201 soal-jawab berkaitan puasa. Jika kalian berminat untuk mengetahui tentang persoalan feqh berkaitan lain-lain tajuk, silalah explore laman web tersebut. Nescaya kalian akan mendapati banyak manfaat yang boleh diperolehi. Semoga ia bermanfaat buat kalian, insyaALLAH.
SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
30 Ogos 2009
Filed under: Pengumuman | Tagged: al-ahkam, feqh, persoalan, puasa, ramadhan

Ramadhan tahun lepas ada juga bbrp link yg telah saya senaraikan.
http://muzir.wordpress.com/2008/09/03/soal-jawab-artikel-berkaitan-puasa-ramadhan/
Mudah2an kalian yang singgah ke blog ini dapat memanfaatkannya, insyaALLAH.
moga puasa kita tambah mantap