Pagi tadi, satu tadzkirah telah disampaikan di salah sebuah sekolah menengah agama di Klang bagi memberi manfaat buat saya dan warga sekolah tersebut berkenaan tujuan utama al-Quran diturunkan kepada ummat manusia.
Nuzul Quran bukan untuk dirai peristiwanya. Tetapi, ia diharap dapat mengembalikan rakyat Malaysia yang diberi cuti sempenanya (sebahagian negeri) kesedaran tentang kepentingan manusia kembali kepada maksud sebenar al-Quran diturunkan.
Tujuan utama tadzkirah pagi tadi adalah untuk mengajak pendengar TADABBUR dengan al-Quran. Selepas baca, teliti maknanya, fahami mesejnya dan melaksanakan arahan yang terdapat di dalamnya.
Ramai di kalangan kita hanya membaca dan membaca. Bertahun-tahun membaca, tanpa TADABBUR. Sedangkan salafussoleh tatkala mereka membaca al-Quran, mereka TADABBUR sehingga kesan kebaikannya kita boleh dapati melalui kehidupan mereka.
Air mata menjadi murah jika kita membaca al-Quran dengan memahami maknanya. Berbagai perasaan akan menyinggahi diri sesuai dengan mesej di dalam al-Quran.
Ayuh saudara2ku sekalian, mari kita mulakan hari ini!
-
TADABBUR al-Quran!
-
Baca satu per satu ayat al-Quran dan perhatikan maknanya.
-
Dan tanyakan pada diri sudahkah kita melaksanakan tuntutan ALLAH seperti yang tertera di dalam al-Quran.
-
Laksanakan perintah ALLAH, jauhi larangan ALLAH.
Download pdf slide : AL-QURAN & KITA
Filed under: *Catitan Shahmuzir | Tagged: al-quran, nuzul quran
