Mencari Bakal Suami & Teman Bermadu

Assalamu’alaikum…

Ada sedikit makluman yang ingin saya sampaikan kepada tuan/puan.  Saya rasa hasrat dan pertolongan yang diminta perlu saya sampaikan capaiannya kepada kawan2 saya.  Berikut adalah 2 hajat yang disampaikan oleh seorang ustadzah kepada saya kelmarin:

1.  Mencari Bakal Suami

  • Seorang ustadzah berumur 32 tahun sedang mencari bakal suami yang umurnya di bawah 40 tahun.
  • Beliau kini tinggal di Klang.
  • Orangnya kecil2 sahaja.
  • Mengajar subjek agama di sekolah rendah.
  • Belum berumahtangga disebabkan selama ini sangat menjaga pergaulan dan pemalu orangnya.
  • Bakal suami hendaklah mempunyai pekerjaan tetap.

2. Mencari Teman Bermadu

  • Seorang ustadzah berumur 37 tahun sedang mencari teman bermadu.
  • Beliau tinggal di Klang.
  • Pekerjaan beliau adalah mengajar subjek agama di sekolah menengah.
  • Antara ciri2 teman bermadu adalah ‘chubby’ (bukan gemuk) dan mempunyai pekerjaan.
  • Suami ustadzah ni seorang kontraktor dan mempunyai pendapatan sampingan hasil dari rumah2 sewa yang dimiliki.

Sekadar menyampaikan pesanan seorang ustadzah.  Sila SMS saya untuk keterangan lanjut ATAU komen di bawah.

(Bahagian komen adalah ditapis/moderated.  Saya takkan publish komen saudara/saudari jika kalian meminta sedemikian)

Saya akan beri HP no. ustadzah tersebut supaya kalian yang berhajat dapat menghubungi beliau, insyaALLAH.

Mudah-mudahan usaha yang seco’it ini diganjari olehNYA, amin.

Sekian pengumuman.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
30 OKTOBER 2009

4 Responses

  1. salam ziarah…ust ni x-smakl kn?

    • Salam juga buat Jalilah.

      Tak kena pula Jalilah bertanya khabar di sini. Sepatutnya di bahagian ‘Muzir?’ Takpelah…

      Saya ex-SMAKL batch ke-3. Tak sempat bersekolah di Menjalara. Hanya sempat di bangunan lama di Wangsa Maju, lepas SRP sambung ke MRSM Muar.

      Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini :)

  2. Assalamualaikum,
    Saya ingin mencari isteri kedua buat suami saya dan sekaligus teman bermadu untuk diri saya. Suami saya berusia 52 tahun. Masih sihat dan bekerja. Yang penting, wanita yang ingin menjadi isteri kedua suami saya adalah kerana dia ingin menambah keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah Ta’ala justeru kerana solat sebagai seorang isteri itu berlipat kali ganda dari solat seorang yang tidak berkahwin. Sila email kepada saya bagi sesiapa yang sudi. Bantulah saya untuk mendapat naungan Payung Siti Fatimah.
    Wassalam.
    Sila paparkan nama dan email saya. Terima kasih. Semoga Allah memberkati kita semua.

    • Alhamdulillah, mudah2an ALLAH mengurniakan ganjaran yang besar buat Puan Nor kerana taat kepada suami dan memikirkan sesuatu yang ‘mungkin’ dapat membahagiakan suami.

      Yang berkenaan sila hubungi Puan Nor di mamapasrah@yahoo.com.

      Tiada hadith sohih berkenaan PAYUNG EMAS. Menurut apa yang saya tahu, ia merupakan riwayat israiliyyat yang tidak boleh kita jadikan hujjah dan sandaran.

      Namun, berbahagialah dengan balasan syurga yang ALLAH bakal berikan buat isteri yang sangat taat kepada suaminya… :D

      WAllahu Ta’ala A’lam.

Leave a Reply