Pengajaran Dari Israk & Mi’raj

Jumaat lepas, saya telah berkongsi info tentang Israk & Mi’raj dengan hampir 300 pelajar sekolah menengah agama di Klang.  Walaupun jemputan dilakukan agak last minute, namun saya telah cuba gagahkan diri untuk menerima jemputan tersebut, supaya ia menjadi tambahan kepada amalan soleh saya yang selama ini sangat kurang berbanding orang lain.

Saya telah merujuk beberapa kitab di rumah saya.  Saya belek Tafsir Ibnu Kathir, Sahih Bukhari, Zadul Ma’ad, ArrahiqulMakhtum dan buku kisah ghaib berdasarkan hadith2 yang sohih.  Alhamdulillah, berbekalkan maklumat yang terdapat di dalam buku2 tersebut, dapatlah ia menjadi sandaran buat saya untuk berkongsi tentang Israk & Mi’raj.

Sebelum ini saya selalu mendengar beberapa gambaran yang Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam hadapi ketika peristiwa israk dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa.  Namun, saya gagal menemui hadith2 yang menceritakan hal itu di dalam kitab2 yang saya belek.  Nas yang saya temui adalah: 

1.  Ayat 1 dari surah Al-Israk menyatakan perjalanan Israk Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa pada satu malam.

2.  Hadith dari Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam yang baginda sendiri menceritakan bagaimana Baginda dijemput oleh Jibril, dibedah dada, dibawa  dengan menaiki buraq dan sampai di al-Masjid al-Aqsa, seterusnya  ke langit pertama hingga ke tujuh dengan menemui beberapa Nabi yang mulia.  Kemudian dimi’raj ke Sidratul Muntaha, seterusnya menerima kefardhuan solat 5 waktu sehari semalam.  Hadith tersebut telah saya baca ayat demi ayat dan terangkan kepada hadirin & hadirat pada malam itu.  Panjang hadithnya…

Adapun tentang kisah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam ditunjukkan dengan beberapa gambaran, yang itu saya skip kerana tak berjumpa dengan nas yang saya yakini.   Saya harap pada masa akan datang, kelemahan saya ini akan dapat diatasi, insyaALLAH.  Untuk kali ini, biarlah saya hanya bercakap dengan sesuatu yang boleh saya sandarkan iaitu nas yang saya jumpa di dalam al-Quran & al-Hadith.

Tarikh 27 Rejab juga sebenarnya diperselihi di kalangan para ahli sirah & ulama.  Di dalam arRahiqulMakhtum, telah disenaraikan beberapa tarikh yang menjadi perbincangan para ahli sirah & ulama.  Sheikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa tarikh 27 Rejab tidak dapat diterima atas beberapa faktor.

Pentingkah tarikh dan masa ini?

Pada saya, soal tarikh bukanlah sesuatu yang sangat penting.  Yang paling penting ialah pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa agung Israk & Mi’raj itu.  Dan bagaimana ia dapat menjadikan kita sebagai muslim yang dapat menghayati dan menjadi lebih baik selepas mengetahui kisah Israk & Mi’raj.

Antara pengajaran penting yang saya tumpukan pada malam tersebut ialah:

Dari Surah al-Israk:

1.  Al-Masjidilharam & al-masjidilaqsa merupakan tempat yang telah ALLAH ‘Azza wa Jalla muliakan.  Sebagai muslim, hendaklah kita cuba untuk menjejakkan kaki ke tempat tersebut seperti yang telah disebut Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di dalam hadith Baginda.  Malah memuliakan tempat tersebut dengan melindunginya dari dilakukan sesuatu yang jahat terhadapnya seperti merosakkannya, merobohkannya atau menjajahnya.  Kini, al-masjidilAqsa dalam kepungan zionist Israel.  Dan menjadi kemestian bagi ummat Islam untuk berusaha membebaskan al-masjidilAqsa dan membela nasib ummat Islam di sana.

2.  Di dalam surah al-Israk, diceritakan tentang Bani Israil, hanya satu ayat cerita tentang israk Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Justeru, perlu kita ambil pengajaran tentang kaum ini.  Bani Israil telah dihinakan oleh ALLAH ‘Azza wa Jalla kerana engkar dengan suruhan dan arahanNYA.  Banyak Nabi ‘alaihimussalam telah diutuskan kepada bangsa ini, namun akibat kedegilan mereka, ada Nabi yang dibunuh dan dizalimi oleh kaum ini.  Sebagai muslim, wajib bagi kita taat akan perintah ALLAH.  Kehinaan akan menimpa muslim seperti apa yang telah tertimpa kepada Bani Israil jika kita tinggalkan Islam.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam juga pernah bersabda dengan hadith yang ramai orang hafalnya, iaitu tentang muslim yang diserang dan diratah dek kafirin lantaran penyakit al-wahn yang meraja di dalam hati muslim.  Dan kita telah nampak bagaimana ummat Islam setelah jatuhnya empayar kerajaan Islam Turki, ummat Islam selepas dari itu diganyang dan diperbuat sesuka hati oleh musuh Islam.  Point ini telah saya tekankan pada malam itu kepada yang hadir agar dapat sama2 kita semua ambil pengajaran dan bertindak untuk memperbaiki keadaan.

Dari hadith Israk & Mi’raj:

1.  Kehebatan teknologi ALLAH menggerakkan manusia bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam sangat tinggi, tak dapat ditandingi mana-mana teknologi buatan manusia.  ALLAH MAHA HEBAT!  Tiada yang mustahil bagi ALLAH subhanahu wata’ala kerana DIA Maha Perkasa, DIA Maha Berkuasa, DIA mengawal segalanya dan DIA Maha Memiliki semuanya.

2.  Peristiwa aneh dan ajaib Israk & Mi’raj ini walaupun pada sisi akal manusia tidak dapat diterima, namun sebagai muslim kita wajib mempercayainya.  Malah ketika Nabi menceritakan tentang perjalanan baginda yang hanya ambil satu malam, ramai tak percaya.  Banyak persepsi negatif di kalangan muslim yang imannya masih belum kukuh lagi ketika itu, apatah lagi di kalangan musyrikin, mereka telah menggunakan kisah ini sebagai modal untuk melecehkan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Sebagai muslim, apa yang disampaikan oleh Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam mesti kita imani, walaupun barangkali fikiran kita tak dapat menerimanya lantaran terbatasnya ilmu dan daya fikir manusia.  Segala hukum, arahan dan tegahan wajib kita patuh dan laksanakan kerana semua itu adalah untuk kesejahteraan manusia dan makhluqNYA di dunia & akhirat.

3.  Tindakan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam yang memilih susu, tidak arak dan tidak madu memberi maksud kepada kita bahawa manusia yang suci fikiran dan akalnya akan memilih fitrah.  Dan ISLAM adalah agama fitrah yang meraikan fitrah manusia.  Semua anjuran agama yang disampaikan oleh Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sangat2 sesuai dengan fitrah manusia.  Fitrah manusia yang sukakan kebaikan, keamanan, kesejahteraan, keadilan, cinta sesama manusia, berhajatkan harta, semuanya disentuh dan digarispandu dengan cantik di dalam al-Quran & as-Sunnah.  Maha Suci ALLAH yang Maha Mencipta.  DIA yang mencipta kita dan seluruh makhluq, sudah tentu DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.  Keperluan zahir dan batin makhluqNYA tiada yang terlepas dari pengetahuanNYA.  Melanggar suruhan ALLAH bermakna kita melanggar fitrah.  Apabila fitrah dilanggar, maka rosaklah manusia.  Justeru, sebagai ummat ISLAM, berjalanlah di atas fitrah kemanusiaan yang digaris agama.  Kita akan selamat dan sejahtera jika terus kekal di atas jalan agama.

4.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu memberi salam apabila berjumpa dengan sesiapa sahaja.  Di setiap langit 1-7, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi salam pada Nabi-Nabi ‘alaihimussalam yang berada di situ.  Sebagai muslim, janganlah kita menganggap remeh amalan memberi salam sesama muslim.  Sunnah ini tidak susah untuk dilakukan.  Malah, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda bahawa amalan memberi salam akan mengeratkan ukhwah Islamiyyah di kalangan muslim.  Jadi, mulakanlah memberi salam tak kira samada muslim yang kita jumpa itu kenal atau tidak, dewasa atau kanak2, berpangkat atau tidak.  InsyaALLAH, ukhuwwah Islamiyyah akan rapat utuh dengan memberi salam.

5.  Dan pengajaran paling penting adalah kepentingan ibadah solah.  Yang mana kefardhuan ibadah solah tidak ALLAH Jalla wa A’la sampaikan hanya melalui wahyu seperti ibadah lain, tetapi Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ke kawasan yang melepasi Sidratul Muntaha untuk menerima perintah solat ini.  Sangat istimewa!  Dan di dalam hadith2 Baginda, telah banyak dinyatakan tentang kepentingan ibadah solah.  Antaranya adalah hadith yang mengatakan bahawa solah adalah tiang agama.  Cuba bayangkan wujudkah agama pada diri seseorang yang tidak bersolat.  Agamanya runtuh seperti runtuhnya bangunan tanpa tiang yang kukuh.  Malah di dalam hadith yang lain Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah mengatakan bahawa yang membezakan muslim dan kafir adalah solat!!!!!  Fahamilah maksud hadith tersebut!!!!  Dan pada hari semua manusia dihisab nanti, solat adalah perkara utama yang akan ditanya.  Cantik solat kita, cantiklah tempat tinggal kita.  Cacat solat, cacatlah dan hinalah tempat kita tinggal kita di akhirat nanti, na’udzu billahi min dzalik.

Sebenarnya banyak lagi boleh dihuraikan tentang peristiwa agung Israk & Mik’raj ini.  Banyak pengajaran boleh ditimba dan diperincikan jika kita mahu berfikir.  Dan semua pengajaran itu boleh meningkatkan iman kita dan membuatkan kita berfikir sejauh manakah muslimnya diri kita ini…

Di akhir perkongsian tersebut, saya telah memaparkan sebuah video tentang kejatuhan empayar Uthmaniyyah yang akhirnya menyebabkan ummat Islam kini seakan hina.  Selepas peristiwa jatuhnya empayar Islam, ummat Islam di merata ceruk bumi ini telah diseksa dan dizalimi dengan ganasnya oleh kaum kafir.  Kerana apa?  Apa lagi jika bukan kerana kita sendiri yang telah meninggalkan agama Islam dan dijangkiti penyakit al-Wahn dengan teruknya.  Nabi dah kata dan ingatkan, dan sejarah sendiri telah merakamkan teruknya ummat Islam di Palestin, Algeria, Kashmir, Bosnia, Iraq, Afghanistan, Chechya dan lain2 tempat dilayan!!  Bangunlah!!  Bangunlah!!  Jangan leka!!  Jangan lalai!!  Jangan tenggelam dek keindahan dunia yang palsu!!

Program yang bermula jam 9 malam telah berakhir jam 10.45 malam.  Walaupun banyak lagi yang mahu saya kongsikan, namun disebabkan oleh peraturan masa, tak dapatlah diteruskan lagi.  Cukuplah itu sebagai pembuka minda dan hati, bahawa kita mesti kembali kepada Islam.  Dengan Islam sahaja kita akan dimuliakan!

WAllahu Ta’ala A’lam…

Shahmuzir Nordzahir

www.muzir.wordpress.com

 


One response to “Pengajaran Dari Israk & Mi’raj

  • Wan Duki

    syukron ustaz atas ilmu yg sudi dikongsikan..terharu saya..walaupun saya tak dapat nak dengar lagi ceramah ustaz di asrama..tapi saya dapat input2nya di blog ustaz..malah ustaz siap tag saya lagi tu dekat facebook..terima kasih ustaz..=)..(em,tadi ustaz cakap ustaz ada tayang video yang menunjukkan kejatuhan kerajaan islam kan?saya teringin nak tengok tapi takde pulak kat sini..so,harap ustaz boleh la tunjukkan video tu ye ustaz..)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,857 other followers

%d bloggers like this: