Kedai-kedai Buku Di Kompleks PKNS Shah Alam

Sejak kebelakangan ini, Kompleks PKNS Shah Alam begitu menyejukkan mata dan hati saya.  Bukan kerana kemudahannya dan bukan juga interior designnya.  Tetapi kerana Kompleks PKNS Shah Alam kini ditumbuhi dengan kedai-kedai buku yang menyediakan banyak pilihan buku Islami.

Ia merupakan nikmat buat peminat buku-buku agama dan penuntut ilmu.  Apa tidaknya, kalau dulu tidak banyak buku-buku Islami dijual oleh kedai-kedai buku di kompleks ini.  Buku-buku agama hanya dijual di beberapa kedai, atau hanya di beberapa sudut kecil kedai buku.  Tidak banyak pilihan.  Dan kadang-kala apabila ada ekspo jualan, ketika itulah kelihatan banyak buku-buku agama dijual.

Kini, peminat buku-buku agama mempunyai banyak pilihan.  Bukan sahaja bilangan kedai buku agama semakin bertambah, malah kualiti buku-buku juga semakin meningkat dengan adanya kitab-kitab besar tulisan ulama tersohor samada di dalam bahasa Arab ataupun yang diterjemahkan.  Jika dulu buku-buku yang dibawa dari Indonesia dari syarikat-syarikat terbitan yang berwibawa jarang dapat ditemui, tetapi kini ia mudah dicari, alhamdulillah.

1.  Contohnya kedai ini, Kedai Buku Marwilis yang terletak di tingkat bawah berdekatan dengan Bank Muamalat dan Tabung Haji.  Dahulu tidak banyak langsung buku agama.  Tetapi kini, kedai ini dipenuhi dengan buku-buku agama, majalah-majalah Islami, komik-komik Islami, kaset, VCD dan ACD agama.

Khabarnya, kedai buku ini sudah diambil alih oleh pemilik yang baru.  Agaknya sebab itulah perubahan mendadak kelihatan di situ.  Mungkin hasil dari fikrah si pemilik kedai yang baru yang minat dengan bahan-bahan yang berunsurkan Islam, maka sebab itulah lahirnya perubahan yang bagus ini.  Jika lalu di hadapan kedai ini, pasti kedengaran bacaan al-Quran, nasyid atau alunan dzikir.  Di pintu masuk sahaja, tersergam berbagai-bagai pilihan buku-buku kecil bercirikan Islam.

Jika saya ke kedai ini, saya akan terus ke bahagian belakang kedai ini dan membelek buku-buku karangan dan susunan ulama-ulama besar tersohor.  Ikutkan hati, hendak dikaut semuanya, tetapi apa kan daya, bajet tidak mengizinkan.  Telan air liur sahajalah.  Berikut adalah sedikit dari koleksinya yang banyak.

2.  Gambar di bawah pula adalah sebuah gerai kecil yang terletak di hadapan pasaraya di Tingkat Bawah.  Gerai kecil ini sememangnya menjual buku-buku agama sejak dahulu lagi.  Namun, saya agak terkejut apabila baru-baru ini singgah ke gerai ini.  SubhanALLAH, banyak sungguh kitab-kitab susunan ulama muktabar di gerai tersebut.  Cuba kalian tengok gambar di bawah:

Saya sebenarnya berasa sangat kagum dengan kesungguhan pemilik gerai ini.  Walaupun gerainya kecil sahaja, tetapi koleksi kitab-kitabnya boleh mengalahkan kedai buku lain dari segi jumlah buku-buku agama yang bersifat besar nilai mutiaranya.  InsyaALLAH, kedai ini bakal menjadi kunjungan saya setiap kali ingin mencari kitab-kitab agama.  Thumbs up!

3.  Di bawah ini pula adalah kedai buku yang memang menjadi kunjungan saya sejak dahulu lagi.  Ia terletak di bahagian dalam, Tingkat Bawah, sederet dengan Mcdonald.  Banyak juga koleksinya.  Kedai ini menyediakan kepelbagaian dari segi produk.  Ada bermacam-macam pilihan dari buku, al-Quran, kitab-kitab kuning cetakan moden, VCD, ACD, kaset, poster, sticker, malah ada juga supplement foods yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan muslim dijual di sini.  Pendek kata, all-in-one lah.  Kalau nak dengar ceramah free pun boleh di sini, sebab kadang-kadang kedai ini memasang VCD atau ACD kuliah-kuliah atau ceramah-ceramah dari para penceramah yang famous, lagi padat isinya.

4.  Hah, gambar di bawah ini pula adalah kedai yang sememangnya dikenali ramai!  SABA Islamic Media nama diberi.  Jika kita biasa pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, seingat saya SABA Islamic Media tidak pernah ketinggalan mengambil bahagian dalam event tersebut.  Sememangnya ramai mengetahui bahawa SABA Islamic Media banyak memberi impak kepada masyarakat dari segi menyediakan bahan-bahan media Islami yang berkualiti samada dalam bentuk buku, kaset, VCD dan lain-lain.

SABA Islamic Media banyak membantu saya dalam mengenali beberapa tokoh seperti Sheikh Ahmad Deedat, Dr Zakir Naik dan Harun Yahya.  Banyak terdapat karya-karya agung dalam bentuk buku dan VCD berkenaan tokoh-tokoh di atas di kedai ini.  Walaupun majoriti bahan-bahan ilmiah di dalam kedai ini berbahasa Inggeris, namun terdapat juga bahan-bahan bacaan yang berbahasa Melayu.  Jika anda mempunyai kad SABA Islamic Media, anda boleh mendapat diskaun 10% setiap kali membuat pembelian di sini.  Oh ya, kedudukan kedai ini terletak di Tingkat Satu.  Jika anda berada di pentas utama Komplek PKNS, dongakkan sahaja kepala anda, anda pasti terlihat kedai ini :)

5.  Kedai berikutnya pula terletak di Tingkat Satu.  Berdekatan dengan Surau Kompleks PKNS.  Kedai ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri, iaitu terdapat banyak kitab-kitab berbahasa Arab di sini.  Bagi penuntut-penuntut ilmu yang boleh berbahasa Arab, inilah kedainya yang mungkin menjadi pilihan.  Terdapat berbagai-bagai pilihan kitab dari yang kecil hinggalah kitab-kitab muktabar yang dijual berjilid-jilid.  Walaupun begitu, terdapat banyak juga kitab-kitab berbahasa Melayu dijual di sini.

6.  Dan yang ini pula adalah kedai buku yang terletak di Tingkat bawah, berdekatan dengan KFC dan kedai farmasi.  Kedai ini juga telah melalui transformasi dari segi bahan-bahan bacaan yang dijual.  Walaupun masih belum banyak kitab-kitab agung karangan Imam yang muktabar di sini, namun jika dibandingkan dahulu keadaannya sangat berubah.  Kini, bahan bacaan Islami telah menguasai hampir separuh kedai buku ini.

Begitulah sedikit catitan dari saya yang berasa bangga dan kagum dengan kesungguhan beberapa kedai buku yang berada di Kompleks PKNS Shah Alam ini.  Tujuannya bukan untuk membanding-bandingkan mana kedai yang bagus, dan yang mana tidak bagus.  Bukan!

Tujuan saya hanyalah untuk mengkhabarkan kepada pencinta buku-buku agama dan penuntut-penuntut ilmu yang berada di sekitar Shah Alam bahawa di  Kompleks PKNS kini sedang menawarkan sesuatu yang baik buat kita.  Kita tidak perlu lagi pergi jauh hingga ke KL atau mencari-cari di internet, atau terpaksa tunggu pesta buku.  Sepanjang tahun kita boleh mencarinya dan membelinya sesuai mengikut keperluan masing-masing.

Mohon maaf jika saya terlepas pandang satu atau dua kedai yang mungkin ada terdapat di Kompleks PNKS sana dan tidak melaporkan di sini.  Dan saya percaya, barangkali ada beberapa buah kedai yang terletak di sekitar Shah Alam yang barangkali boleh kalian kongsikan dengan saya di bahagian komen.  InsyaALLAH, jika ada kelapangan saya akan ke sana.  Jika tidak membeli pun, barangkali dapat menghirup aura ilmu di kedai buku ;)

Kalau nak beli secara online buku-buku agama, di sini boleh insyaALLAH:

Sekian.

Shahmuzir Nordzahir
28 Oktober 2010
www.muzir.wordpress.com


12 responses to “Kedai-kedai Buku Di Kompleks PKNS Shah Alam

  • sabiah

    Salam, betul tu ustaz, saya pun kagum terutama dengan Marwilis. Sejak perubahan terbaharu ni anak saya yg sekolah rendah tu pasti teringat mana nk cari buku kalau kehabisan buku untuk dibaca. Satu lagi perubahan yang saya nampak ialah di MPH Giant Seksyen 13, dekat Stadium Shah Alam .
    Koleksi buku Islami dah bertambah dengan koleksi dari syarikat-syarikat penerbitan seperti Mustread sdn bhd, Telaga Biru dan lain-lain yang terkini dan bermutu di pasaran. Ada kad ahli mutiara minda, boleh dpt potongan yg menarik juga.

    • shahmuzir

      wa’alaikumussalam. Betul tu puan. MPH Shah Alam antara kedai buku yang kini telah berubah suasananya. Bukan sahaja di Shah Alam, saya rasa di lain2 tempat juga sama, contohnya MPH Subang Parade, Subang Jaya.
      Saya diberitahu bahawa MPH kini telah dipunyai oleh seorang Muslim. Jika berita ini benar, alhamdulillah…

  • Lucy

    Salam…ustaz, minta pandangan ustaz….cem mana ye kalau kite nak distribute Al-Qur’an dan Buku2 Islami dari Jakarta-Indonesia ke Malaysia???

  • Lili Norsharira Jamaludin

    Assalammu’alaikum..ada satu kedai lagi yang tidak masuk dalam senarai, Iaitu Kedai Buku AN-NAHL HONEY ENTERPRISE..Kedai ini berada di tingkat 1, atas Bank Simpanan Nasional. Pemilik kedai ini biasanya mengadakan jualan di ruang legar Kompleks PKNS.
    Pesta Buku Selangor pun ada dia turut serta….

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…
      Ya, memang terdapat kedai buku di tingkat satu yang Saudari maksudkan tu. Saya cuma perasan bbrp bulan selepas tulisan dikeluarkan. Terlalu jarang lalu di kawasan tu.

      Terima kasih kerana memaklumkan. Kedai buku tersebut banyak juga menjual buku2 agama :)

  • kamil

    salam mana nak cari kitab syarahan safinatun najah…’nailu rojak’

    • Anonymous

      wkmslm…sy ade jual dua jenis syarah SAFIYNATU ANNAJA:
      1- NAYLU RRAJA’
      2- SULLAMUL MUNAJAT
      (Semua dlm bhsa arab)
      jika ingin, ni no. sy: 0136666453
      Ust. Mukhtar

  • zakuan

    Shah Alam….! Peace yours…!

  • Anonymous

    mana kedai untuk buku2 latihan upsr???

  • Anonymous

    bagaimana ya jika saya hendak meletakkan buku di pasaran buku.. saya ada terbitkan buku.. cost sendiri.. bagaimana saya hendak memasarkan buku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,855 other followers

%d bloggers like this: