Catitan & Gambar di Cameron Highland

Kali terakhir saya ke Cameron Highland (CH) ialah pada tahun 1992.  Ketika itu saya di tingkatan 3 menyertai rombongan sekolah dengan menaiki bas.  Sudah banyak kali saya berhasrat untuk ke CH bersama isteri dan anak-anak, tetapi banyak kali telah tertangguh.  Jadi, kali ini mesti jadi! (InsyaALLAH).

Perjalanan

Kami sekeluarga bertolak dari Shah Alam pada jam 9.30 pagi.  Dengan memandu purata 125 km/j di Lebuhraya Utara-Selatan, kami sampai di persimpangan keluar Simpang Pulai lebih kurang pada pukul 11.15 pagi.  Saya membuat keputusan untuk mengisi petrol sampai penuh, kerana khuatir tiada stesen petrol di CH sana.  Tetapi rupa-rupanya ada dua stesen minyak di CH sana, iaitu Shell dan Petronas yang kedua-duanya terletak di pekan Brinchang.

Perjalanan dari persimpangan Simpang Pulai ke Tanah Rata mengambil masa selama 2 jam perjalanan.  Sebenarnya boleh juga ke CH menggunakan jalan di persimpangan keluar Tapah.  Tetapi disebabkan ramai yang menyarankan ikut Simpang Pulai, maka saya pilih Simpang Pulai.  Ramai yang kata menggunakan jalan ikut Simpang Pulai lebih selesa dan baik jalannya.  Dan itulah yang saya alami sepanjang mengikuti laluan ini.  Jika ikut laluan Tapah, jalannya berbengkang-bengkok dan laluannya sempit.  Dan agak berisiko.  Saya juga risau anak-anak saya muntah jika ikut exit Tapah.  Jika itu berlaku, pasti ia akan mengganggu keseronokan.

Sampai Di Hotel

Kami sampai ke Tanah Rata pada 1.15 petang.  Saya telah membuat tempahan secara online 5 hari sebelum tarikh check-in.  Alhamdulillah, saya dapat kadar yang lebih murah berbanding jika membuat tempahan melalui panggilan telefon atau walk-in.  Jadi, di sini mungkin saya boleh sarankan agar sesiapa yang ingin menginap di CH, buatlah tempahan awal melalui internet.

Saya memilih untuk menginap di Century Pines Resort atas komentar baik yang saya terima dari adik yang pernah menginap di sana.  Selain hotelnya hotel baru, lokasinya juga yang terletak di Tanah Rata merupakan antara faktor menarik.  Berbanding Brinchang yang padat dengan manusia dan kenderaan, Tanah Rata adalah pekan yang agak rileks.  Banyak bangunan-bangunan dan taman awam di Tanah Rata.

Di hadapan Century Pines Resort

Sepanjang menginap di situ selama 3 hari dan 2 malam, secara keseluruhannya saya boleh katakan hotel tempat saya menginap ini OKlah.  Cuma terdapat beberapa kakitangan hotel yang boleh saya labelkan sebagai ‘kerek’.  Mereka ini terdiri dari non-Malaysian (mungkin Filipinos) yang bekerja di hotel tersebut.  Sudahlah tidak pandai berbahasa Melayu, takdak senyum langsung!  Bahasanya pula agak kasar!  Rata-rata kakitangan berbangsa Melayu di hotel ini yang saya temui selalu memberikan senyuman dan ramah serta sopan.  Itulah nilai orang kita, orang Malaysia :).

Tempat Makan

Perkara pertama yang menjadi kerisauan saya adalah tempat makan di CH.  Sepanjang melalui jalan melalui pekan-pekan kecil hinggalah ke Tanah Rata, seakan tidak banyak kedai makanan orang Islam di CH sana.  Namun, alhamdulillah, rupa-rupanya banyak juga gerai dan kedai makanan orang Islam di CH.  Terutama sekali di Tanah Rata.  Berderet kedai-kedai makan orang Islam di Tanah Rata sana.  Jadi jika hendak mencari kedai makan orang Islam di Tanah Rata memang tiada masalah.  Malah sedap-sedap belaka.

Pemandangan Tanah Rata dari atas - saya rakam gambarnya dari Time Tunnel

Di Brinchang pula, walaupun tidak banyak kedai makanan orang Islam di sana , namun terdapat juga beberapa kedai yang boleh menjadi kunjungan orang Islam untuk menjamu selera.  Sedap atau tidak sedap ni subjektiflah.  Mungkin pada saya ia sedap, tetapi orang lain tidak.  Harga?  Bolehlah tahan…tidaklah mahal.

Gambar sekitar Brinchang (klik untuk besarkan):

Kesimpulannya, memang tiada masalah untuk menjamu selera di CH.  InsyaALLAH banyak gerai dan kedai makanan yang Halal dan Toiyyiba :)

Tempat Menarik

Antara tempat menarik yang telah kami singgah dan lawati ialah:

  1. Masjid – Terdapat 2 masjid yang sempat kami sekeluarga singgah di CH ini.  Satu di Tanah Rata dan satu lagi di Brinchang.  Gambar Pertama ialah di Tanah Rata yang terletak berdekatan dengan hotel tempat kami menginap.  Manakala gambar kedua ialah masjid yang terletak betul-betul di tengah pekan Brinchang. 

  2. Kampung Taman Sedia – Terletak di Tanah Rata, ia merupakan kawasan penempatan orang Islam di CH yang saya rasa hampir 100% penduduknya adalah orang Islam.  Terdapat surau, tadika Islami, pusat dakwah dan lain-lain kemudahan yang menggambarkan bahawa aktiviti orang Islam di sini agak aktif.  Di sini juga terdapat beberapa taman agro yang memang menjadi kunjungan orang ramai dari dalam dan luar negara.  Kami sekeluarga sempat melawat ke salah satu pusat penanaman dan jualan strawberi, dan menikmati strawberi bercicahkan coklat.  Mmmm, memang sedap :)  Jika ingin membeli buah, jem, jus, aiskrim atau apa-apa produk berasaskan strawberi, belilah di sini.  Ia insyaALLAH dihasilkan oleh muslim.  Harganya sangat berpatutan. 

  3. Taman Agro MARDI – Taman Agro ini terletak berdekatan dengan hotel tempat kami menginap iaitu di Tanah Rata.  Nak masuk kena bayar tiket (Dewasa RM3, Kanak2 RM1.50).  Di dalam taman ini terdapat banyak jenis bunga, buah dan sayur-sayuran yang ditanam dan dibuat kajian.  Ia adalah tempat yang menarik untuk dilawati.  Terdapat juga pusat jualan di dalam taman ini. 

  4. Cameron Bharat Tea Plantation – Saya agak teruja apabila melihat keindahan pemandangan hijau yang meliputi bukit-bukau apabila melawati tempat ini.  Terdapat 2 lokasi Cameron Bharat Tea Plantation ini.  Yang saya suka akan pemandangannya ialah yang berdekatan Tanah Rata.  Kawasannya lebih tinggi dan kami dapat melihat keindahan ‘carpet’ hijau dari atas.  SubhanALLAH… Sempat juga kami sekeluarga berjalan-jalan dan melepak selama 15 minit di sana sambil menikmati Masala Tea.  Sedap, harga secawan mak aih…RM5. 

  5. Time Tunnel – Tempat ini terletak di Brinchang.  Apa yang menarik di sini ialah ia merupakan muzium tempatan yang mengumpulkan barang-barangan lama yang memang menjadi nostalgia buat pengunjung yang datang ke situ.  Saya dan isteri terkenang akan zaman kanak-kanak kami.  Nabilah, Husna dan Faisal tak habis-habis tanya apa itu dan apa ini.  Mereka nak tahu apa bendanya dan apa kegunaannya.  Harga masuk ke Time Tunnel ini ialah dewasa RM5, kanak2 RM2. 

  6. Butterfly Farm – Saya suka apabila melihat anak-anak saya teruja dengan terdapat banyaknya rama-rama di tempat ini.  Mereka semakin teruja apabila rama-rama ini hinggap di atas kepala mereka.  Masing-masing kami ketawa kerana lucu.  Anak-anak saya dapat melihat jelas bagaimana rama-rama ini menyedut manisan bunga dengan menggunakan sesungutnya.  Bukan sahaja rama-rama terdapat di sini, malah berbagai-bagai jenis ular, cicak, iguana, kumbang, kala jengking, katak dan labi-labi juga terdapat di sini.  Harga tiket, RM5 dewasa, RM2 kanak-kanak. 

  7. Selain tempat-tempat di atas, antara tempat lain yang sempat kami lawati ialah Kea Farm Market (Brinchang), Cactus Point (Brinchang), Pasar Malam Brinchang, Kedai MultiCrops dan lain-lain kedai yang menjual cenderahati.

Itulah lebih kurang catitan lawatan kami sekeluarga ke CH.  Lawatan kami dilakukan pada bulan Disember, memang selalu hujan waktu kami ke sana.  Saya pernah terbaca di dalam internet bahawa waktu terbaik yang dicadangkan untuk ke CH ialah pada bulan April atau Mei, WAllahu A’lam.  Dikatakan pada waktu itu cuacanya lebih baik dan memudahkan untuk pengunjung melakukan lawatan atau jungle-tracking.

Oh ya, tentang suhu di sana, tidaklah sejuk sangat.  Anak-anak saya memang saya minta mereka pakai baju sejuk sebab saya khuatir mereka selsema disebabkan musim hujan di sana.  Isteri memang tak pakai baju sejuk, memadai dengan tudung labuhnya.  Saya pula hanya berbaju-T lengan pendek di sana, mungkin lemak sedia ada sudah memadai untuk menjadi penebat kesejukan ;) .  Di hotel ada dipaparkan bahawa suhu di CH paling sejuk ketika itu ialah 18° darjah Celcius.  Rasa macam duduk dalam bilik yang berhawa dingin gitu.  Paling sejuk yang kami alami ialah ketika kami di Kea Farm Market, Brinchang.  Ketika itu jam sudah pukul 6.15 petang, berkabus dan sangat sejuk.  Anak-anak teruja apabila bercakap ada ‘asap’ keluar dari mulut mereka :D.

Itulah lebih kurang al-kisahnya…

Mudah-mudahan catitan ini dapat memberikan sedikit gambaran ringkas tentang CH.  Saya membuat keputusan untuk menulisnya di blog ini kerana sebelum saya ke CH, saya telah mendapat manfaat hasil tulisan dan perbincangan orang lain tentang CH di internet samada melalui blog ataupun forum.  Melalu FB pun ada.  Jadi, disebabkan itulah saya menulis catitan ini, supaya orang lain dapat mengambil manfaat sebagaimana saya telah mendapat manfaat daripada orang lain, insyaALLAH.

Sekian,

www.muzir.wordpress.com

 


24 responses to “Catitan & Gambar di Cameron Highland

  • sisi azie

    Thank you very much.. dpt juga info membaca blog ni. thanks ye

  • @kd9

    Hi, thank you for the info. It does help me…btw, would you please help to list some good muslim restaurant in cameron…?
    thank you

    • shahmuzir

      There are so many good muslim restaurants in CH. In most cases, the number of customers sitting in the restaurant, it tells us that it may be a good restaurant. It may tell us that…hehe. But, not guaranteed ;)

  • Abresident

    en shahmuzir. terima kasih krn mencatitkan pengalaman bercuti encik especially review on time tunnel. saya belum lagi pergi, maybe I will in the next visit to Cameron Highland…

    cheers!

  • hasmah binti abdullah

    klu g cameron pada musim ujan xbest ke..sebab saya dan suami bercadang nak g dalam 14.01.2011.mgkn 4 ari 3 malam kat sana….tolang la bagi info..best atau tidak pergi pada musim hujan.saya dah teruja sangat nak g kesana.

    • shahmuzir

      Puan, jika musim hujan banyak rancangan akan tergendala. Malah, saya pernah terbaca berlaku tanah runtuh dan dahan pokok yang tumbang jika musim hujan.

      Masa saya pergi, memang musim hujan. Tapi, takdelah sepanjang waktu hujan. Sebelah pagi cuaca elok. Lepas pukul 12tgh, hujan turun. Dan on/off sampai ke malam. Tapi, alhamdulillah kami masih boleh menikmati percutian kami krn hujan tak berapa lebat.

      Apapun, survey2lah ramalan cuaca. Dan mintalah dengan ALLAH agar memudahkan semua urusan puan. Cuaca yang bermacam ragam ni ALLAH yang tentukan. Jadi, jangan banyak mengeluh jika hujan. Just enjoy the vacation setakat yang boleh je, alhamdulillah…

      Selamat bercuti…

  • ishaq 2 sina sina

    assalamualaikum..kalau kat ch,jalannya sesak tak?

    • shahmuzir

      Masa saya pergi bulan 12, tak sesak, clear aje. Tapi, kena sabarlah kalau ada lori atau bas, sebab depa bawa perlahan…

      Baru2 ni, jiran saya ke CH waktu CNY, ambik masa hampir 2 jam dari Tanah Rata ke Brinchang!! Padahal, masa saya pergi hanya 15 minit sahaja.

      Jadi, rancanglah perjalanan. Kalau peak season, elakkanlah…bukan sahaja jalan jammed, rate hotel pun mahal :(

  • Anonymous

    http://www.cameronhighland.net/central-market.htm

    try lihat di sini untuk maklumat tambahan,,

  • yun

    u prefer hotel kat tanah rata atau brinchang?kat mane sng tmpt2 nak jalan kaki je nk pegi satu tmpt ke satu tmpt.tq

    • Shahmuzir

      1. Saya lebih suka suasana di Tanah Rata. Lebih aman. Brinchang terlalu padat dengan manusia dan kereta.

      2. Kedua2 tempat mempunyai tempat menarik yg boleh dilakukan dengan perjalanan kaki. Kalau nak cover banyak tempat, elok guna kenderaan. Sebab tempat2 menarik sekitar Cameron Highland bersepah2.

  • imeza

    Ladang lebah buatan manusia..dan manafaat lebah..

    Apabila kita melawat ladang ternakan lebah, kita akan bertambah iman kita sebab kita sedang melihat bukti:
    Benarlah Firman Allah swt. yang turun kepada RasulNya Muhammad s.a.w 1400 tahun lalu..
    Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat oleh manusia”,
    Al Quran: surah An Nahl ayat 68

  • nor arysha maisarah

    hai nama saya Nor Arysha Maisarah binti Kamarul Bahrin umur saya 9 tahun anda rasa saya patut tak pergi………..cameron highland kalau anda semua rasa patut sila telefon di talian 013*****74 kalau anda rasa patut jelah hi tapi jangan telefon masa sekolah kalau saya tak angkat madsunya saya pergi sekolah sebab saya nak jadi pandai macam kakak saya yang pandai tu ……………..cerita saya sudah tamat…………. assalammualaikum semua yang membaca

  • chekmud

    view ladang teh boh sg palas cantik tuan..

  • abgmie

    saya sekeluarga dah merancang nak CH pada 26hb – 28hb Mei 2012 nie…anak2 dah tak sabar nak bercuti di sana…rekomenkan tempat menarik utk saya sekeluarga…apartment dah pon dibooking.

    • Shahmuzir

      Beberapa tempat menarik telah pun saya senaraikan di atas. Tapi ada juga yang saya tak senaraikan di atas sebab tak sempat pergi, contohnya kedai cenderahati orang asli di Brinchang dan Ladang Teh Boh. Jangan lupa dapatkan peta samada melalui internet atau beli di sana. Melalui peta tu nanti, tuan dapat merancang lokasi2 menarik untuk disinggah, insyaALLAH. Selamat bergembira dengan keluarga :)

  • Anonymous

    Assalamualaikum… tumpang iklan… kami ada membuat keychain felt craft yg comel2 dan pelbagai design. Jika berminat boleh hubungi saya 017-977 5476… jika anda borong harga istemiwa kami tawarkan. tq

  • Yuz

    Izin share untuk dijadikan artikel dalam laman Halaqah.Net

  • Ermma

    Salam.. terima kasih di ats info2 d CH, ia nya byk membantu sy merancang percutian keluarga dgn lebih baik, insya Allah..km sekeluarga mrancang utk bercuti pd bln 1 tahun baru cina tp mgkin di ubah slps mbaca pngalaman n saranan En Shah..

  • asyranibinzainal

    pernah pergi masa CNY….mmg jammed teruk.dari tanah rata nk ke brinchang ambil masa 1 setengah jam….sabar aje la….

  • zulkafli bin mohd. yusoff

    i really love to spent my entire holliday with my family in Cameron Highlands when i have the chances to do so. See you all in Cameron Highlands soon.

  • zulkafli bin mohd. yusoff

    Cameron Highlands needs new and bigger road system inorder to accomodate for increasing number of tourist coming year by year.

  • zulkafli bin mohd. yusoff

    The shop keepers and the tourist together should maintain the cleanlines and the beauty of Cameron Highlands as a whole. Thank YOU all………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,865 other followers

%d bloggers like this: