[Video] Kehidupan Seorang Isteri/Muslimah Di Arab Saudi

Melihat cara kehidupan mereka, nampaknya mereka benar-benar faham akan tuntutan syariah.  Mungkin pada mata sebahagian kita, melihatnya sebagai sesuatu yang sangat pelik, malah mungkin ada yang mengatakan ia satu penindasan terhadap wanita.  Namun, jika ditanya mana-mana muslimah/mukminah yang faham akan kehendak agama, nescaya mereka akan membayangkan kehidupan seumpama ini.

Lihatlah bagaimana mereka bercakap, penuh dengan kesopanan dan keintelektualan.  Malah menghormati dan empati dengan ketidakfahaman si penemuramah.

Tujuan saya meletakkan video ini di sini adalah supaya saya dan tuan/puan yang menontonnya dapat bermuhasabah bagaimanakah kehidupan kita berkeluarga, bagaimana bab ikhtilat (percampuran) di antara kaum lelaki dan wanita harus dipelihara tatkala ada tetamu atau yang bukan mahram berkunjung ke rumah, bagaimana para muslimah di sana yang sangat prihatin perihal aurat dan hukum-hakam ISLAM dan sebagainya.

Saya diberitahu oleh ramai kenalan bahawa walaupun mereka ini bertudung litup ketika di negara mereka, namun apabila ke luar negara, itu semua mereka tinggalkan.  Ada yang menampakkan rambut dan berpakaian sendat ketika berada di luar negara mereka.

Saya tak nafikan.  Memang ada yang berbuat begitu sebahagiannya.  Namun, bi’ah solehah (persekitaran yang baik) adalah antara faktor utama dalam membentuk masyarakat yang soleh.  Dan bi’ah yang solehah ini dapat dilihat di negara mereka.  Jika masyarakat tak menjadi, itu terpulang kepada individu masing-masing.  Mereka sendiri akan menjawab kelak di Hari Akhirat.

Bi’ah Solehah

Bercakap tentang bi’ah solehah, kita dapat lihat kesannya ramai di kalangan kita yang pernah bersekolah di sekolah agama, beruniversiti di universiti Islami, bergerak di dalam gerakan Islami, berkunjung ke negeri yang suasananya Islami (Kelantan contohnya), melibatkan diri dengan NGO Islami, berkawan dengan kawan yang berfikrah Islami dan membaca sumber-sumber yang Islami; banyak unsur-unsur kebaikan melekat kepada diri.

Sayangnya, tak ramai yang istiqamah apabila mereka keluar dari suasana tersebut.  Sebab itu bi’ah solehah sangat memainkan peranan yang penting dalam membentuk individu dan masyarakat yang soleh.  Bukan setakat membentuk, tetapi juga untuk mengekalkannya.  Dan kita lihat di negara kita, antara punca kerosakan akhlaq adalah kerana suasana sosial masyarakat yang juga rosak.  Dengan sekolahnya, dengan medianya, dengan kerajaannya, dengan masyarakatnya, hampir semua menyediakan faktor yang merosakkan.  Menjadi usaha yang sangat mencabar bagi seseorang untuk hidup dan memilih bi’ah yang solehah tatkala ini.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa dimanfaatkan oleh kita semua, terutama saya sendiri, khasnya dalam menerapkan nilai-nilai Islami di dalam keluarga.

WAllahu Ta`ala A`lam.

- www.muzir.wordpress.com


11 responses to “[Video] Kehidupan Seorang Isteri/Muslimah Di Arab Saudi

  • zarina

    Assalamualaikum,
    Selama hampir 3 tahun saya tinggal di Saudi.. Tidak dapat dinafikan kehidupan wanitanya amat terpelihara – aurat dan pergaulan. Tidak lah semua namun kebanyakannya begitu. Struktur perumahan mereka tertutup, jadi mereka bebas di dalam rumah. Kelab-kelab rekreasi untuk wanita sangat banyak. Mereka boleh ke gym, berenang, berparti, bersosial bersama teman. Pakaian juga diWAJIBkan berabaya hitam dan berniqab. Itulah tanggungjawab raja mereka, dilaksanakan sebaik mungkin selagi mampu. Mereka amat menghormati tetamu, sampaikan tetamu dilayan seperti raja. Tempat rekreasi terbuka diasingkan antara keluarga dan lelaki bujang (muttawa sentiasa mengawasi), begitu juga restoran. Secara umumnya, solat amat diutamakan, kita boleh melihat orang solat dimana saja.. di tepi highway, bawah pokok, tengah padang pasir, luar bangunan (ketika menunggu anak sekolah).. dan apabila sedang dalam keadaan menunggu (cth di klinik), akan kedengaran bisikan2 zikir.. MasyaAllah.. itulah pengalaman saya. Memang ada senario kurang baik, tetapi jika diambil yang baik, amat bagus sekali..

    • shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…
      Terima kasih atas perkongsian Puan. Menarik apabila membaca tulisan Puan. Terasa indah jika suasana Islami di sana turut dialami di tanahair kita, Malaysia.

      Jika Puan boleh ceritakan lebih lagi pasal Mutawwa tu saya sangat hargai. Manalah tahu boleh diambil contoh utk ia dilaksanakan di sini, di Malaysia, insyaALLAH :)

    • Noriah bt Husin

      Assalaamualaykumwarahmatullaahi wbrktuh.
      Saya telah menetap di Saudi Arabia lebih kurang 19 thn bersama suami dan anak2. Alhamdulillah saya sgt selesa dan setakat ini berjaya mengamalkan cara hidup sebagaimana yg dituntut dlm Islam. Kalau dulu apabila ada tetamu tidak ada pengasingan tapi sekarang saya berjaya mempraktikkannya. Mutawwa ni macam JAIS, mereka sentiasa meronda ditempat2 awam seperti souq dan mall. Mereka akan diiringi oleh polis. Tujuan adalah untuk mencegah mungkar dan mengingatkan org Islam utk solat dan menghentikan urusniaga apabila sampai waktunya. Sesiapa yg didapati melakukan maksiat(eg:dating, harrassment)akan ditangkap. Jadi apabila ada penguatkuasaan begini orang akan takut dn dapat mendidik org Islam betapa pentingnya menjaga solat. Walau bagaimana Ilmu itu penting dan hidayah minAllaah. Walau dimana pun kita berada carilah ilmu dan jgn merasa cukup. Lagi banyak kita belajar lagi banyak yg kita tak tahu. Dan istiqamah…
      Bila saya balek M’sia saya akan pakai sepertimana saya pakai disini. Ada yg kata nak jadi org Arab dan yg kata wahabi pun ada. Alhamdullillah..apabila saya pakai ‘uniform’ tak ada siapa ganggu saya dan sedara mara lelaki tak ada hulur tangan utk bersalam dan mereka seolah-olah faham utk beradab dengan saya.

      • Shahmuzir

        wa`alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh…
        Alhamdulillah, sangat menarik perkongsian Puan.
        Mudah2an ALLAH `Azza wa Jalla memberikan kita semua hidayah dan taufiq untuk menuntut ilmu dan istiqamah dengan beramal terhadap ilmu itu, sebagaimana yang Puan sebut di atas.
        Saya berdoa agar Puan terus istiqamah dengan apa2 yang baik yang Puan perolehi di sana. Supaya kebaikan itu memelihara Puan sekeluarga, anak2 serta dapat dicontohi oleh kami di sini, insyaALLAH.
        Perlaksanaan Mutawwa memang perlu jika nak wujudkan persekitaran Islami.

  • ainzubaidah93

    Subhanallah….

  • Khairulnizam Sabtu

    Assalamualaikum bro Muzir,

    Alhamdulillah. Saya sudah berada di Dubai sudah hampir 3 tahun insyaAllah. Sungguhpun Dubai tidak seperti Saudi, tapi alhamdulillah persekitaran masyarakat yang saya tinggal setidak2nya lebih Islam dari suasana di M’sia. Saya sgt setuju dgn pendapat bro Muzir. Tentang pentingnya bi’ah solehah. Juga bersetuju dgn saudari Zarina tentang solat di mana2 (di Dubai acapkali kelihatan di tepi2 highway yang menghubungkan 2 bandar utama seperti PLUS)bukan kerana tidak ada facilities untuk solat, tapi disiplin dalam menunaikan solat pada awal waktu sebaik sahaja kedengaran azan. Dubai berbeza dari Saudi dari segi komposisi masyarakat dan budaya. Masyarakat international professional berkumpul di sini terutamanya dari negara2 Barat. Kesan Islam dapat dilihat pada mereka yang tertarik dgn Islam. Saya berpeluang mengenali ramai personaliti da’wah Islam yang convert di sini. SubhanAllah. Di sini saya dapat saksikan berpuluh, beratus saudara2 baru (muallaf) memeluk Islam di depan mata. Sebak melihat nur Islam anugerah Allah pada mereka berbanding kita yang sudah Islam sejak lahir. Satu pengalaman yang sukar digambarkan. Percampuran masyarakt Islam international juga membuat saya lebih terbuka dan receptive dgn mazhab2 lain. Ini bukti Islam adalah ad-deen yang cukup lengkap dan indah. sekadar berkongsi :)

    • shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…
      Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian Tuan. Betapa besar sungguh nikmat kurniaan ALLAH atas pengalaman yang Tuan alami di sana. InsyaALLAH, ia bisa memberikan manfaat yang banyak dalam urusan Iman.

      Nanti sudah balik ke Malaysia, mudah-mudahan dapat berkongsi amal praktik di sana utk dibawa ke sini. Rakyat Malaysia memerlukan ramai insan yang mempunyai minda tajdid, iaitu membawa ISLAM ke bentuknya yang asal, bukan ke bentuk yang dibentuk masyarakat nenek moyang kita. ISLAM adalah berteraskan al-Quran & as-Sunnah :)

      • Zarina

        Jika di Saudi, fasiliti solat untuk wanita agak kurang. Dan kemudahan bilik air tidak begitu terjaga.
        Banyak yang pro tetapi ada juga yang kontra…

  • Anak Mak

    semoga suatu hari, saya dpt tinggal di sana…ameen.

  • dandelion terbang tinggi

    harap2 sy dpt tggl dn bekerja di sana slps sy hbs bljr di bumi mesir ini..insyaallah.. ;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,849 other followers

%d bloggers like this: