4 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Dihisab & Diseksa

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas radhiaAllahu `anhuma, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada menyebut bahawa Baginda diberitahu ada 70,000 orang di kalangan ummatnya yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa terlebih dahulu.

Siapakah mereka yang beruntung yang termasuk di dalam 70,000 orang itu?  Mereka ialah:

  1. Orang-orang yang tidak menjampi,
  2. Orang-orang yang tidak pernah minta dijampi,
  3. Orang-orang yang tidak meramal,
  4. Orang-orang yang hanya bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla.

Hadithnya seperti berikut:

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

“Telah diperlihatkan kepadaku ummat-ummat terdahulu, maka saya melihat ada seorang nabi yang disertai dengan rombongan kecil, ada seorang nabi yang disertai dengan satu dua orang sahaja, bahkan ada seorang nabi yang tidak mempunyai pengikut seorang pun.  Kemudian terlihat olehku satu rombongan besar yang kusangka mereka adalah ummatku, namun dikatakan kepadaku:  “Ini adalah Musa dan kaumnya, tetapi lihatlah ke ufuk sana.”

Kemudian kulihat ke ufuk itu dan tiba-tiba kulihat rombongan yang besar, lantas dikatakan kepadaku:  “Lihatlah ke ufuk yang lain”.  Di sana kulihat satu rombongan besar kemudian dikatakan kepadaku:  “Ini adalah ummatmu dan di dalamnya ada tujuh puluh ribu orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan tanpa diseksa lebih dahulu.”

Baginda lalu bangkit dan masuk ke dalam rumah.  Maka orang-orang ramai membicarakan masalah orang-orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa lebih dahulu.  Salah seorang dari mereka berkata:  “Barangkali mereka adalah sahabat-sahabat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.”  Ada pula yang berkata:  “Barangkali mereka adalah orang-orang yang dilahirkan dalam keadaan Islam kemudian mereka tidak mempersekutukan ALLAH.”  Dan mereka memperkirakan yang macam-macam.

Kemudian Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam keluar dan bersabda kepada mereka:  “Apa yang sedang kalian bicarakan?”  Kemudian mereka menceritakannya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Maka Baginda sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

هُمُ الَّذِينَ لَا يَرْقُونَ وَ لَا يَسْتَرْقُونَ وَ لَا يَتَطَيَّرُونَ وَ عَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

“Mereka itu adalah orang-orang yang tidak menjampi, mereka yang tidak pernah minta dijampi, mereka yang tidak meramal dan hanya kepada Tuhan merekalah mereka bertawakkal.”  

Kemudian `Ukkasyah ibn Mihshan berkata berkata:  “Wahai Rasulullah, doakanlah kepada ALLAH agar saya termasuk golongan mereka.”  Baginda sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:  “Kamu termasuk golongan mereka.”  Lantas berdirilah orang lain seraya berkata:  “Wahai Rasulullah, doakanlah kepada ALLAH agar saya termasuk golongan mereka.”  Baginda sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:  “Kamu telah didahului oleh `Ukkasyah.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat Al-Bukhari disebutkan:

هُمْ الَّذِينَ لَا يَتَطَيَّرُونَ وَلَا يَسْتَرْقُونَ وَلَا يَكْتَوُونَ وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

“Mereka itu adalah orang-orang yang tidak meramal, tidak meminta untuk dijampi, dan tidak menggunakan kay (pengubatan dengan besi panas), dan hanya kepada Tuhan merekalah mereka bertawakkal.”

Peristiwa Hari Hisab dan seksa Neraka tersangat dahsyat.  Betapa beruntungnya orang-orang yang bilangannya 70,000 orang ini yang mendapat keistimewaan ini, iaitu bebas dari dihisab dan diseksa terlebih dahulu.  Mereka terus masuk ke Syurga dan menikmati keseronokan di sana, subhanALLAH.

Mudah-mudahan kita tergolong di dalam kumpulan ini.  Untuk itu:

  1. Jauhilah dari terlibat dengan jampi-menjampi.
  2. Jauhilah dari meminta orang lain menjampi kita.
  3. Jauhi dari berubat secara besi panas.  (berdasarkan riwayat al-Bukhari di atas)
  4. Jauhilah dari terlibat dan percaya kepada sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai meramal seperti meramal nasib, meramal jodoh dan lain-lain lagi walaupun dengan tujuan main-main atau seronok-seronok.
  5. Jadilah hamba ALLAH yang sentiasa bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla.  Iaitu menyerahkan semua urusan kepada ALLAH selepas meletakkan perancangan dan usaha yang sungguh-sungguh.

WAllahu Ta`ala A`lam.

Sekadar menyampaikan,
Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
30 Jun 2011.

4 responses to “4 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Dihisab & Diseksa

  • leen

    Assalamualaikum.

    Apakah yang di maksudkan dengan:
    # Jauhilah dari terlibat dengan jampi-menjampi.
    # Jauhilah dari meminta orang lain menjampi kita.

    Bagaimana dgn jampi ruqyah?

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Jampi menjampi yang dimaksudkan di sini ialah jampi mantera yang bersalahan dengan syariah. Adapun tentang menjampi orang menggunakan ayat al-Quran, memang ia perbuatan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan para sahabah.

      Sheikh Ibnu Uthaimin di dalam syarah Riyadhussolihin ketika mensyarahkan hadith ini, beliau mengatakan bahawa boleh menjampi orang lain dengan cara yang dibenarkan syara’ apabila kita diminta oleh seseorang untuk menjampi. Namun, sebagai pesakit hendaklah kita cuba tidak meminta orang lain menjampi kita, sebaliknya mengadulah kepada ALLAH. Hadith ini telah saya petik dalam bab Tawakkal di dalam Riyadhussolihin. Maksud Tawakkal ialah menyerah urusan kita kepada ALLAH setelah dilakukan ikhtiar. Jadi, unsur ikhtiar seperti makan ubat, herba dan sebagainya mestilah juga disertakan sebelum itu.

      Jadi, jika mahu tergolong di dalam kumpulan yang istimewa ini iaitu masuk Syurga tanpa hisab, maka jauhilah jampi menjampi dan meminta orang lain menjampi kita, terutama jampian mantera atau yang syubhah sifatnya.

      WAllahu Ta`ala A`lam.

  • pelajar

    InsyaAllah kita semua t’golong dlm golongan t’sebut saudara. Moga2 Allah memilih kita semua. Ya Allah tanamkanlah, timbulkankah kesedaran dlm diri kami Ya Allah Azza Wa Jalla. Hindarkan kami dari m’syirikkanMu Ya Allah, hindarkan kami dari b’akhlak dgn akhlak yg buruk tapi b’akhlak dgn akhlak yg baik, dari b’sifat dgn sifat mazmumah tapi b’sifat dgn sifat mahmudah seperti mana yg ditunjukkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad iaitu kekasihMu Rasul kami Ya Allah. Amin. Kabulkanlah hajat kami, terimalah amalan kami. =)

  • Cara Mengenali Tukang Sihir « Kerana DIA…

    [...] 4 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Dihisab & Diseksa [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,855 other followers

%d bloggers like this: