Nasihat Buat Remaja SAMJ

Jumaat lalu, 15 Zulhijjah 1432H bersamaan 11 November 2011, saya diberi keizinan oleh ALLAH untuk berkongsi sesuatu dengan pelajar-pelajar Sekolah Agama Menengah Jeram, Kuala Selangor.

Disebabkan oleh guru penasihat BADAR iaitu Ustadz Shauqi mengatakan bahawa tajuknya bebas, maka saya memilih untuk menghuraikan sebuah hadith yang sangat penting untuk diketahui oleh para remaja, iaitu hadith yang disampaikan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam kepada Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma seperti berikut:

“Dari Ibnu Abbas RadhiAllahu `anhuma, katanya:  Pada suatu hari aku berada di belakang (membonceng) Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, lalu Baginda bersabda:  Wahai anak kecil, sesungguhnya aku akan mengajarkan kamu beberapa hal kepadamu, iaitu: Jagalah ALLAH nescaya ALLAH akan menjagamu, jagalah ALLAH nescaya  DIA akan berada di hadapanmu, jika engkau memohon maka memohonlah kepada ALLAH, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada ALLAH, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh ALLAH, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan mudharat ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh ALLAH.  Telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.”

(Hadith Riwayat at-Turmudzi, menurutnya hadith ini Hasan Sahih)

Mereka adalah harapan agama dan negara.

Hadith di atas mempunyai nasihat yang sangat penting dan wajar menjadi panduan oleh para ibubapa, pendidik dan pendakwah apabila berpeluang memberi nasihat kepada remaja.

Pelajar yang hadir adalah terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan satu hinggalah tingkatan enam.  Sesi dua jam yang bermula jam 10 pagi itu telah saya manfaatkan dengan menfokuskan kepada bagaimana untuk menjaga ALLAH.  Sudah tentulah ALLAH `Azza wa Jalla yang penuh kesempurnaan dan Maha Berdiri Sendiri tidak memerlukan penjagaan daripada kita.  Yang dimaksudkan dengan menjaga ALLAH ialah:

  1. Menjaga hukum-hukum ALLAH
  2. Menjaga hak-hak ALLAH
  3. Melaksanakan semua perintah ALLAH
  4. Meninggalkan semua larangan ALLAH

Apabila seorang Mukmin menjaga hal-hal ini, pasti ALLAH akan jaga keseluruhan kehidupannya samada di dunia, apatah lagi di akhirat.

Ya, ALLAH akan jaga!!!  Dan penjagaan ALLAH sangat sempurna dan memberikan keuntungan yang sangat besar!

Semoga ALLAH pelihara mereka, amin.

Berikut adalah rangka pembentangan yang telah saya buat bagaimana untuk menjalankan peranan seorang Muslim terutama sebagai seorang remaja dalam usaha mereka untuk menjaga perintah-perintah ALLAH:

  1. Bermula dengan hati
    • Tauhid
    • Ikhlas
    • Cinta
    • Takut
    • Harap
  2. Melaksanakan syariat ALLAH dengan anggota zahir
    • Pancaindera (Fokus: mulut)
    • Ibadat (Fokus: solat)
    • Akhlaq (Fokus: akhlaq & sunnah Rasulullah)
    • Aurat (Fokus: Muslimah)
    • Muamalat

Setiap point di atas telah saya huraikan dengan agak terperinci berserta bantuan slideshow, gambar-gambar dan video-video.  Sesi soal jawab pula hanya dapat diadakan singkat sahaja dan saya cuma sempat melayan dua sahaja soalan dari para pelajar kerana waktu persekolahan sudah tamat iaitu pukul 12.20 tengahari.

Besarlah harapan saya agar para pelajar yang saya kasihi ini dapat mengamalkan semua nasihat-nasihat dan tips yang telah dikongsikan.  Semua yang baik itu datangnya dari ALLAH dan segala kelemahan itu adalah dari saya yang lemah ini.  Semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara mereka semua, amin.

Jagalah ALLAH, nescaya ALLAH jaga kamu!

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
13 November 2011

One response to “Nasihat Buat Remaja SAMJ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,865 other followers

%d bloggers like this: