Al-Quran adalah kalam ALLAH. Padanya ada suruhan, larangan, iktibar dan pedoman buat manusia secara umumnya, dan buat mukminin khususnya. Membaca dan menghayati al-Quran tentunya menatijahkan kebaikan yang teramat banyak buat sesiapa yang melaziminya. Berikut adalah beberapa hadith dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam mengenai kelebihan membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran:
1) Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
“Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang membacanya.”
(HR Muslim)
Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya: “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
يُؤْتَى بِالْقُرْآنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَهْلِهِ الَّذِينَ كَانُوا يَعْمَلُونَ بِهِ تَقْدُمُهُ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَآلُ عِمْرَانَ
وَضَرَبَ لَهُمَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ثَلاَثَةَ أَمْثَالٍ مَا نَسِيتُهُنَّ بَعْدُ قَالَ
كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ ظُلَّتَانِ سَوْدَاوَانِ بَيْنَهُمَا شَرْقٌ أَوْ كَأَنَّهُمَا حِزْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ صَاحِبِهِمَا
“Pada Hari Kiamat akan didatangkan al-Quran dan ahli-ahlinya iaitu mereka yang mengamalkannya (ajaran al-Quran), didahului oleh surah al-Baqarah dan surah Aali-`Imran.
Dan telah disamakan ia berdua oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dengan tiga perumpamaan yang mana aku tidak lupa selepas itu. Baginda bersabda:
“Ia berdua seperti dua awan, atau seperti dua naungan yang antara keduanya ada cahaya, atau seperti dua kumpulan burung yang terbang dalam barisan untuk memberi pembelaan kepada ahlinya.”
(HR Muslim)
2) Manusia yang terbaik ialah yang belajar dan mengajar al-Quran.
Dari `Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
“Sebaik-baik kalian semua ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
(HR al-Bukhari)
3) Ganjaran buat orang-orang yang lancar dan tidak lancar membaca al-Quran.
Dari `A’isyah radhiallahu `anha, katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ
“Orang yang mahir dengan bacaan al-Quran, maka ia beserta para malaikat yang mulia lagi sangat taat. Sedang orang yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.”
(HR Muslim)
4) Perumpamaan orang mukmin yang suka membaca al-Quran.
Dari Abu Musa al-Asy`ari radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الأُتْرُجَّةِ، رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ، وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ التَّمْرَةِ لاَ رِيحَ لَهَا وَطَعْمُهَا حُلْوٌ، وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ، رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ، وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ، لَيْسَ لَهَا رِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ
“Perumpamaan orang mu’min yang membaca al-Quran ialah seperti buah utrujjah (الأُتْرُجَّةِ), baunya enak dan rasanya pun enak. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah kurma (التَّمْرَةِ), tidak ada baunya, tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran ialah seperti tumbuhan harum raihanah (الرَّيْحَانَةِ), baunya enak sedang rasanya pula pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah hanzolah (الْحَنْظَلَةِ), tidak ada baunya dan rasanya pun pahit.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
5) Al-Quran menaikkan dan menurunkan darjat manusia.
Dari `Umar bin al-Khattab radhiAllahu `anhu bahawasanya Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ
“Sesungguhnya ALLAH mengangkat darjat beberapa kaum dengan kitab ini (al-Quran) serta menurunkan darjatnya kaum yang lain dengannya.”
(HR Muslim)
6) Dibenarkan iri hati kepada orang yang membaca dan mengamalkan al-Quran.
Dari Ibnu `Umar radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam sabdanya:
لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهْوَ يَتْلُوهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهْوَ يُنْفِقُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ
“Tidak dibenarkan iri hati melainkan terhadap dua macam orang, iaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh ALLAH dalam hal al-Quran, lalu ia membacanya pada waktu malam dan waktu siang. Juga seorang yang dikurniakan ALLAH akan harta lalu ia menginfaqkannya pada waktu malam dan siang.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
7) Bacaan al-Quran mempunyai sakinah
Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya:
كَانَ رَجُلٌ يَقْرَأُ سُورَةَ الْكَهْفِ وَإِلَى جَانِبِهِ حِصَانٌ مَرْبُوطٌ بِشَطَنَيْنِ فَتَغَشَّتْهُ سَحَابَةٌ فَجَعَلَتْ تَدْنُو وَتَدْنُو وَجَعَلَ فَرَسُهُ يَنْفِرُ فَلَمَّا أَصْبَحَ أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ
تِلْكَ السَّكِينَةُ تَنَزَّلَتْ بِالْقُرْآنِ
“Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian orang itu diliputi semacam awan yang semakin mendekati sehinggakan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu. Baginda sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda:
“Itu adalah sakinah (ketenangan yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran itu.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
8) Setiap huruf yang dibaca dari al-Quran akan diberi kebaikan dan akan digandakan setiapnya kepada 10 kali ganda.
Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka untuknya satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.”
(HR at-Tirmidzi dan katanya ia hadith hasan sahih)
9) Orang yang tiada al-Quran di dalam hatinya ibarat rumah yang kosong.
Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ الَّذِي لَيْسَ فِي جَوْفِهِ شَيْءٌ مِنَ الْقُرْآنِ كَالْبَيْتِ الْخَرِبِ
“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya), maka ia adalah seperti rumah yang kosong.”
(HR at-Tirmidzi dan katanya ia hadith hasan sahih)
10) Kebaikan membaca al-Quran secara tartil
Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:
يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا
“(Nanti pada Hari Akhirat) akan dikatakan kepada orang yang suka membaca al-Quran: “Bacalah dengan baik dan tartil sebagaimana kamu telah membacanya dengan tartil ketika di dunia. Kerana sesungguhnya tempatmu (darjatmu) adalah pada akhir ayat yang kamu baca.”
(HR Abu Daud dan at-Tirmidzi dan katanya hadith ini hasan sahih)
Semoga ALLAH mengurniakan kebaikan yang banyak buat kita dan memberikan kita kekuatan untuk istiqamah mendampingi dan mengambil manfaat dari al-Quran. La haula wa la quwwata illa biLLAH, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin ALLAH. Hidayah dan taufiq ALLAH lah sangat-sangat kita harapkan, amin…
Sekadar menyampaikan,
muzir.wordpress.comRujukan: Kitab Riyadhussolihin, susunan al-Imam An-Nawawi.
September 17th, 2012 at 10:44 AM
Salam , saya amat tertarik dengan cara tulisan saudara mengenai ‘kelebihan membaca dan menghayati Al-Qur’an… mohon izin untuk di share ke dalam bentuk video …
LikeLiked by 1 person
September 17th, 2012 at 11:50 AM
wa`alaikumussalam. Silakan. Moga ALLAH balasi usaha tuan dengan kebaikan di sisiNYA, amin…
LikeLike
December 29th, 2012 at 9:44 PM
salam alaik…mohon untuk copy dan share ilmu-ilmu yg sgt bermanfaat ini..Jazakallahhukhaironjaza’ wa baarakallahhufik.
LikeLiked by 1 person
December 29th, 2012 at 11:09 PM
wa`alaikumussalam warahmatullah…
Silakan share. Mudah2an ALLAH balasi usaha tuan menyebarkannya dengan kebaikan, amin…
LikeLike
January 3rd, 2013 at 5:04 PM
Alhamdulillah usaha yang mulia….
LikeLiked by 1 person
January 15th, 2013 at 10:04 PM
Assalammualaikum…saya mintak izin copy hadis diatas,terima kasih saudara.
LikeLiked by 1 person
January 15th, 2013 at 11:20 PM
wa`alaikumussalam warahmatullah…
Hadith2 Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam memang untuk kita sebarkan dan amalkan. Silakan en Hazrin. Semoga diberkati ALLAH usaha itu, amin…
LikeLike
February 7th, 2013 at 4:49 PM
Al-utrujjah:
http://www.fotobank.ru/img/FC01-3333.jpg?size=l
LikeLike
June 8th, 2013 at 12:49 AM
[…] dalam tulisan bertajuk Kelebihan Membaca dan Menghayati Al-Quran telah disenaraikan beberapa hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai anjuran, galakan dan […]
LikeLike
June 11th, 2013 at 6:48 PM
Assalamualaikum, saya Ikmal Hishan, Saya amat teruja dengan apa yang telah saudara curahkan mengenai hal ” kelebihan membaca dan menghayati Al-Qur’an ” dan juga ” Cara Nabi SAW Membaca Al-Quran “. Saya juga mohon izin untuk menyalinnya semula dan untuk di share ke dalam apa – apa bentuk medium yang bersesuaian bagi tujuan dapat disampaikan kepada mereka yang lain. Semoga usaha saudara diberkati Allah !
LikeLiked by 1 person
June 11th, 2013 at 8:02 PM
wa`alaikumussalam warahmatullah…
Selagi untuk tujuan dakwah, silakan akhi. Semoga ALLAH berkati usaha akhi, amin…
LikeLike
May 19th, 2014 at 1:10 PM
Assalamu’alikum Subkanallah hadist hadist diatas sungguh menyentuh jiwa saya mohon ijin untuk copy .
LikeLiked by 1 person
May 19th, 2014 at 2:54 PM
wa`alaikumussalam warahmatullah. Ya, silakan…
LikeLike
August 14th, 2014 at 9:19 PM
Terima kasih atas perkongsian artikel diatas. Banyak membantu dalam saya untuk membuat kajian tetang kepentingan menghayati Al Quran. :)
LikeLiked by 1 person
May 25th, 2016 at 10:51 AM
mohon copy
LikeLiked by 1 person
June 2nd, 2016 at 10:15 AM
Silakan tuan…
LikeLike
January 23rd, 2018 at 7:38 AM
Beruntunglah mereka yang pelajari Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran akan menjadi syafaat dan teman mereka di akhirat nanti.
LikeLiked by 1 person