Siapakah ALLAH?

Banyak ayat-ayat di dalam al-Quran telah memberitahu kita siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifat ALLAH.  Di dalam tulisan ini akan diterangkan secara ringkas siapakah ALLAH sebagaimana yang telah diceritakan sendiri oleh ALLAH di dalam al-Quran iaitu kitab suci yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad (semoga solawat dan salam ALLAH ke atasnya).

Berikut disenaraikan beberapa ayat yang biasa dibaca oleh orang-orang Islam beberapa kali dalam sehari.  Ayat-ayat ini dibaca berulang-ulang kali supaya antara hikmahnya ialah orang-orang yang beragama Islam dan beriman dengan ALLAH faham dan menghayati dengan sungguh-sungguh akan siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifatNYA.

Siapakah ALLAH dan Bagaimana Sifat-sifatNYA?

Surah pertama di dalam al-Quran iaitu surah al-Fatihah ada menceritakan siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifatnya.  Surah ini dibaca berulang-ulang kali oleh umat Islam ketika mengerjakan ibadat solat.  Paling kurang 17 kali dalam satu hari.  Lihat ayat 2-5 yang dari surah tersebut yang menceritakan siapakah ALLAH:

Bagi menerangkan siapakah ALLAH dan sifat-sifatNYA, surah al-Ikhlas yang selalu dibaca oleh umat Islam juga menerangkannya dengan jelas dan ringkas.  Surah ini selalu dibaca oleh umat Islam selepas selesai ibadah solat, sebelum tidur dan sebagai ibadah mengingati ALLAH pada pagi dan petang.

Orang-orang Makkah ketika berhadapan dengan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam pernah bertanya kepada Baginda akan siapakah ALLAH?  Lalu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam telah menjawab sebagaimana yang telah disuruh oleh ALLAH dalam surah al-Ikhlas berikut:

Dan satu lagi ayat yang biasa dibaca oleh umat Islam ialah ayat ke-255 dari surah ke-2, iaitu surah al-Baqarah.  Ayat ini menerangkan siapakah ALLAH dan sifat-sifatNYA.  Ia berbunyi dan bermaksud seperti berikut:

Ayat tersebut selalu dibaca oleh umat Islam selepas mengerjakan ibadah solat, dijadikan bacaan pagi dan petang, dibaca sebelum tidur dan lain-lain keadaan.

Secara Ringkas Mengenai ALLAH & Sifat-sifatNYA

Walaupun banyak lagi ayat dalam al-Quran yang menerangkan siapakah sebenarnya ALLAH dan sifat-sifatNYA, namun secara ringkas dan jelas telah disebut di dalam ayat-ayat di atas sebagai panduan buat manusia.  Secara ringkasnya:

  • ALLAH memiliki semua kebaikan/pujian.
  • ALLAH Tuhan sekalian alam.
  • ALLAH Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
  • ALLAH Menguasai Hari Pembalasan iaitu Hari Akhirat.
  • ALLAH lah sahaja tuhan yang manusia sembah
  • ALLAH lah sahaja tempat semua meminta sebarang pertolongan.
  • ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Esa/Tunggal.
  • ALLAH adalah tempat semua meminta sebarang permintaan/hajat.
  • ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan.
  • ALLAH tidak serupa dengan sesiapa pun.
  • ALLAH adalah Tuhan yang disembah, tiada siapa pun layak disembah selain DIA.
  • ALLAH adalah Tuhan Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNYA).
  • ALLAH tidak mengantuk dan tidak tidur.
  • ALLAH memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
  • ALLAH sahaja yang boleh memberikan pertolongan.
  • ALLAH mengetahui apa yang manusia zahirkan dan apa yang manusia sembunyikan.
  • ALLAH memberi pengetahuan kepada manusia mengikut apa yang dikehendakiNYA.
  • ALLAH berkuasa meliputi langit dan bumi.
  • ALLAH tidak menghadapi masalah dan kesusahan menjaga serta memelihara apa-apa meliputi langit dan bumi.
  • ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Lain-lain perincian mengenai siapakah ALLAH dan bagaimana sifat-sifatNYA, bolehlah merujuk kepada kitab al-Quran.  Di sana banyak diterangkan mengenai hal yang penting tersebut.

Jangan Selewengkan Mengenai ALLAH dan Sifat-sifatNYA

Sejak Nabi Adam lagi, manusia telah diajar siapakah ALLAH dan sifat-sifatNYA.  Dakwah agar mentauhidkan ALLAH, yakni meng-esa-kan ALLAH dan tiada yang lain layak disembah melainkan hanya ALLAH telah disampaikan dari generasi ke generasi melalui utusan-utusan yang telah dilantik oleh ALLAH Yang Maha Esa.

Namun, sepanjang tempoh itu telah ada manusia yang menyelewengkan mengenai ALLAH dan sifat-sifatNYA secara sengaja atau pun tidak sengaja.  Mereka telah lari dan terpesong dari ajaran para nabi.  Sebab itulah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sebagai utusan terakhir dari ALLAH diberi tugas yang sama kepada nabi-nabi sebelumnya, iaitu mengajak manusia agar mentauhidkan ALLAH.  Hanya ALLAH lah Tuhan yang layak disembah.

Ada mesej khas buat golongan Nasrani dan Yahudi mengenai penyelewengan ini, antaranya disebut di dalam ayat ini:

Buat masyarakat Makkah pula, berikut ini adalah antara mesej khas buat mereka yang telah menyelewengi ALLAH:

Banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menerangkan kembali kepada golongan Nasrani, Yahudi, Musyrikin dan selainnya tentang siapakah ALLAH yang sebenarnya dan bagaimanakah sifat-sifatNYA.  Kitab al-Quran yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam adalah sama misinya dengan nabi-nabi sebelum Baginda, iaitu mesej dan misi utamanya ialah mengajak manusia kembali menyembah ALLAH yang Maha Esa.  Tiada sekutu bagiNYA.

لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله

“Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Hanya ALLAH”

Saya mengajak diri saya, tuan/puan yang sudah beragama Islam dan yang belum beragama Islam agar marilah kita sama-sama mengenali ALLAH, Tuhan yang telah menjadikan kita semua, DIA lah yang mengurus dan mentadbir seluruh alam.  ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Esa.  DIA lah tempat kita semua mengadu dan meminta.  DIA tidak beranak dan tidak diperanakkan.  Dan tiada sesiapa atau apa pun yang sama dan setara denganNYA.

Bagi mendedahkan diri kita kepada mesej-mesej benar dari ALLAH dan melanjutkan kefahaman kita mengenai seruan ALLAH, maka jemputlah baca dan belek al-Quran beserta memahami maksudnya.  Jika melalui online, antara laman yang menyediakan kemudahan membaca al-Quran beserta makna dalam banyak bahasa ialah seperti berikut:

Semoga kita semua diberi petunjuk oleh ALLAH ke jalan yang lurus sebagaimana orang-orang yang telah diberi nikmat kepada mereka, jalan yang DIA redhai.  Bukannya jalan orang-orang ALLAH murkai dan sesat, amin…

ALLAH Lebih Mengetahui.

- muzir.wordpress.com

—–

Baca juga:


One response to “Siapakah ALLAH?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,844 other followers

%d bloggers like this: