Kenapa Riyadhus Solihin?

Saya suka menggunakan kitab Riyadhus Solihin oleh Imam an-Nawawi jika bertadzkirah kepada diri sendiri dan orang lain.  Kenapa?  Kerana pada saya kitab tersebut:

  1. Disusun dengan baik sekali mengikut tajuk. Bermula dengan tajuk-tajuk yang menguatkan hubungan kita dengan ALLAH, penyucian jiwa, keutamaan-keutamaan, adab, ibadah, larangan-larangan dan sebagainya. Lebih 370 tajuk semuanya.
  2. Hampir setiap tajuk telah diletakkan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith bagi mengukuhkan kita kepada “apa kata ALLAH dan apa kata Rasul?”.
  3. Hadith-hadith yang dihimpun di dalam kitab tersebut majoriti terdiri dari hadith-hadith yang sahih, hasan dan ada juga beberapa hadith yang dhaif.  Al-Imam an-Nawawi telah menyusun kedudukan hadith-hadith dengan meletakkan yang sahih-sahih di permulaan setiap bab.  Kemudian diikuti beberapa hadith hasan dan dhaif di hujung sebahagian bab untuk pembaca mengambil manfaat dari inti hadith tersebut.
  4. Tajuk-tajuk dalam kitab tersebut mencakupi semua aspek kehidupan terutama buat invididu. Mudah seseorang individu mahu pegang, amal dan hayati. – Masyarakat yang besar bermula dengan seorang individu.
  5. Kitab tersebut banyak direkomen oleh para ulama untuk dijadikan sebagai bahan tadzkirah terutama buat keluarga. Kalau boleh, setiap keluarga ada kitab ini.

Mungkin sahabat-sahabat boleh tambah lagi senarai testimoni di atas.  Dan jika ada kesilapan, mohon ditegur.

Saya sangat rekomenkan tuan/puan memilikinya.  In shaa’ ALLAH sangat bermanfaat.  Terjemahan dalam bahasa yang mudah kita faham (iaitu Melayu/Indonesia) pun banyak dalam pasaran dengan pelbagai terbitan dan cara persembahan.  Syarah kepada kitab tersebut juga ada dalam bentuk terjemahan, alhamdulillah.

Kalam ALLAH & RasulNYA disusun mengikut bab dalam kitab ini.

Kalam ALLAH & RasulNYA disusun mengikut bab dalam kitab ini.

Semoga perkongsian dan ajakan ini bermanfaat buat diri saya dan juga tuan/puan, in shaa’ ALLAH.

Sekadar berkongsi.  ALLAHU A`LAM.

- muzir.wordpress.com


One response to “Kenapa Riyadhus Solihin?

  • Ridzuan Zukifly

    Antara kelebihan Riyadhus Solihin juga, hadith2 di dalamnya adalah hadith yg biasa kita dengar dalam majlis2 ilmu, menyebabkan kita lebih jelas kategori hadith ini kerana penyusun kitab dah kumpulkan dalam bab2nya. Maka kita akan tau, hadith ni berkenaan taubat, hadith ni berkenaan bersederhana dalam ibadat, dsb.

    Semoga Allah SWT memberi ganjaran terbaik di sisi-Nya kepada Imam Nawawi rhm, dan juga kepada para guru & mereka yang mempopularkan lagi bacaan ini kepada seluruh muslimin muslimat. WA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,842 other followers

%d bloggers like this: