Terima Kasih Cikgu

Terharuuu!

Terharu hati guru-guru apabila melihat banner besar ini terpampang mengadap bilik mereka! – Tahun 2009.

“TERIMA KASIH CIKGU!”

Itulah ucapan yang selalu kita ucapkan selepas habis sesuatu sesi pembelajaran di kelas.  Ramai-ramai kita menyebutnya dengan disertakan irama.  Berlenggang-lengguk nadanya kedengaran.

Terima kasih diucapkan kepada semua insan yang bergelar guru.  Sejak di bangku tadika, kita diperkenalkan dengan insan bergelar guru.  Dan sejak itu ucapan ‘TERIMA KASIH CIKGU’ selalu menitip di bibir kita sehingga kini.

Sungguh, jasa guru-guru sangat besar.

Apa yang terbentuk pada diri kita sekarang ini, sebahagian besarnya telah dibentuk oleh guru-guru kita.

Pandai, cerdik, berkarisma, aktif, kuat, proaktif, cergas, berani, trampil, fokus, produktif dan 1001 kualiti diri yang terwarna pada diri kita semuanya tidak lepas dari diwarnai dek tangan guru-guru kita.

Kemuliaan mereka menjadikan kita mulia.  Ketinggian pengorbanan mereka menjadikan kita tinggi pada pandangan manusia dan pada Yang Maha Esa.

Hadith ini amat memotivasikan semua, terutama buat para pendidik.

Wahai anak-anak yang masih belajar di bangku sekolah,

Wahai adik-adik yang masih menuntut di bangku universiti,

Wahai kita semua,

Ambillah butiran mutiara yang ada di tangan guru-gurumu.  Dampingilah mereka, kasihilah mereka.  Sudah banyak butiran mutiara yang telah diberi oleh guru tanpa mereka meminta balas sedikit pun daripadamu.  Mutiara-mutiara ilmu yang engkau kutip itu, nanti akan menyinarkan dirimu.  Malah bukan sahaja memberi sinar kepada dirimu, ia juga akan memberikan sinar kepada insan-insan di sekelilingmu.

Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam adalah guru teragung kita.  Baginda tidak meminta kita memuji dan memujanya.  Tidak juga diminta kita mengarang sajak, nyanyian, qasidah, syair atau gurindam untuknya.  Yang Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam suka kita lakukan ialah:

  1. Kita mengamalkan apa yang Baginda sampaikan.
  2. Kita menyampaikan kepada orang lain apa yang telah Baginda sampaikan.
  3. Kita mendoakan Baginda melalui lafaz solawat yang Baginda telah ajar.

Serupalah dengan guru-guru yang mengikuti jejak guru teragung itu, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Guru-guru tidak meminta pujian atau sanjungan. Yang mereka suka kita lakukan ialah:

  1. Kita mengamalkan ilmu yang telah mereka sampaikan.
  2. Kita menyampaikan kepada orang lain ilmu yang telah mereka sampaikan.
  3. Kita mendoakan kebaikan mereka di dunia dan di akhirat.

Terima kasih cikgu.  Terima kasih ustadz.  Terima kasih ustadzah.  Terima kasih tuan pensyarah.  Terima kasih semua yang mendidik manusia.  Terima kasih atas segala-galanya.  Terima kasih kerana telah menjadikan kami manusia.  Jazakumullahu khairan.  Semoga ALLAH memberikan ganjaran yang tinggi kepada dirimu wahai guru-guru sekalian dan juga buat para penuntut ilmu semuanya, amin…

- muzir.wordpress.com

——-

.

.

.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,865 other followers

%d bloggers like this: