Gambar Jenazah Tersenyum / Ketawa

Hati mukmin mana yang tidak cemburu apabila mendapat tahu seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.  Apatah lagi apabila dibuktikan dengan foto-foto.  Kadang-kadang tersebar di dalam masyarakat akan foto orang yang meninggal dunia dalam keadaan tersenyum atau riak wajahnya seakan-akan sedang ketawa.  SubhanALLAH!

Tapi awas!  Jangan terlalu cepat percaya dan menyebarkannya.  Lebih mendatang kerisauan jika ada yang menyebarkan foto-foto tersebut lalu mengaitkannya dengan kebenaran Islam.  Kenapa?  Lihat gambar berikut:

Jenazah tersenyum - Kursus Jenazah

Gambar-gambar di atas telah saya kumpul dari sumber internet sekitar kursus pengurusan jenazah yang diadakan di pelbagai tempat.  Tujuannya adalah untuk memberitahu kepada tuan/puan bahawa ada kemungkinan gambar-gambar yang disebarkan di internet itu diambil dari kursus-kursus sebegitu.

Mereka menyalin gambar-gambar tersebut lalu mendakwa ia adalah foto manusia yang mati dalam iman, mati dalam kebenaran atau mati dalam perjuangan Islam.  Tujuannya mungkin baik (atau pun mungkin juga jahat), tapi cara tersebut memang sah salah!

Jadi, berhati-hatilah dari termakan dakwaan oleh manusia-manusia yang nakal perbuatan mereka.

Apa Salahnya?

Tentu ada yang berkata:  “Apa salahnya sebarkan gambar tersebut untuk tujuan kebaikan walau caranya salah?”

Ia salah yang besar apabila kalian mengaitkannya dengan kebenaran Islam.  Ia salah apabila kalian kaitkannya dengan perjuangan agama nan suci.  Kerana kelak apabila manusia tahu bahawa gambar-gambar yang kalian jadikan sokongan itu merupakan bukti palsu, maka akan terpalitlah juga kepada Islam.  Islam tidak perlukan sokongan dari dakwaan-dakwaan palsu dan gambar-gambar rekaan.  Islam itu kukuh dengan kata-kata ALLAH dalam Al-Quran dan kata-kata RasulNYA sebagaimana terkumpul di dalam hadith-hadith.

Isu sebegini sebenarnya sudah banyak kali timbul dalam masyarakat.  Dan saya rasa peringatan ini mesti diteruskan walaupun berulang kali dikeluarkan kerana manusia memang begitu sifatnya.  Lupa dan kadang-kadang nakal.  Saya pun pernah menulisnya sebelum ini.  Baca di sini:

Berhentilah dari perbuatan yang tidak menguntungkan ini.  Dan buat yang menerima foto-foto atau maklumat seperti ini, fikir banyak kali sebelum menyebarkannya.  Lebih baik kalian menyebarkan sesuatu yang benar-benar sahih seperti ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam, daripada kalian menyebarkan sesuatu yang belum pasti dan yang terbit dari sangka-sangka sahaja.

Gambar Jenazah Yang Sebenar

Tiadakah gambar jenazah dalam keadaan tersenyum yang sebenar?  Ada, memang ada.  Berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya kumpul dari internet:

Jenazah tersenyum - sebenar

Di luar sana ada gambar sebenar dan ada gambar palsu.  Elakkan dari menggunakan gambar palsu.  Hati-hati.

Jangan Hukum Mengikut Zahir Jenazah

Memang kita tidak dapat menolak dari hati kita akan sangkaan baik kepada hamba-hamba ALLAH yang mati dalam keadaan yang baik pada pandangan mata.  Melihat ketenangan wajah mereka ketika meninggal dunia, tersenyum pula, bahkan ada yang nampak seakan tertawa pasti menerbitkan rasa cemburu dalam hati kita lantas kita mengatakan mereka mati dalam husnul-khatimah.  Itu fitrah kita manusia yang hanya menilai pada zahir pandangan.  Mungkin mereka bahagia, mungkin tidak.  Namun, kita berharap dan mendoakan mereka agar mereka benar-benar mati dalam keadaan ALLAH redha.  Kita doakan juga hal sedemikian buat diri kita.

Begitu jugalah jika kita melihat seseorang yang meninggal dunia dalam keadaan yang sangat susah, tersiksa, muram wajahnya atau pecah terbarai tubuhnya, jangan terlalu lekas kita menghukum dia mati dalam keadaan hina dan jauh dari rahmat ALLAH.  Khuatir kita tersilap lalu mendapat dosa akibat menfitnahnya.  Sedangkan hakikat sebenar ALLAH sahaja yang tahu.

Semoga tulisan ini ada manfaatnya buat saya dan tuan/puan sekalian.  Kepada ALLAH lah kita pinta agar kita hidup dan mati dalam keadaan DIA redha kepada kita, amin…

- muzir.wordpress.com


2 responses to “Gambar Jenazah Tersenyum / Ketawa

  • Anonymous

    teringat saya pada wajah arwah anak saya seorang pesakit CP (cerebral palsy) sejak lahir, meninggal ketika berusia 14 tahun.

  • NURUL FARIZA

    Sy prnh tgk jnzh tersenyum thn lps.. Orngnye jujur,ceria dn penyayang pd knk2.. Mempunyai 2 org ank(ustaz) manakala yg lainnye masih bljr.. Rezeki arwah.. Tiap2 hari suaminya sntiase memaafkan salah arwah.. Dn arwah pergi d pagi jumaat. Semoga arwah bahagia d sne

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,849 other followers

%d bloggers like this: