Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda: Continue reading
Author Archives: Shahmuzir
Perbandingan Aqidah Antara Ahli Sunnah Wal Jama`ah & Syi`ah
Berikut adalah jadual perbandingan aqidah antara Ahli Sunnah wal Jama`ah dan Syiah yang disalin dari brochure yang diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
|
|
Ahli Sunnah Wal Jama`ah |
Syi`ah |
|
1 |
Al-Quran adalah terpelihara dan bebas dari penyelewengan dan kekurangan. |
Al-Quran yang ada sekarang terdapat kekurangan dan telah diseleweng. |
|
2 |
Beri`tiqad bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan kepada apa yang dating dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. |
Berpendapat bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan kepada apa yang diriwayatkan Ahli Bayt dengan riwayat-riwayat yang mencela para Sahabat Nabi dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam selepasnya. |
|
3 |
Al-Quran diturunkan sepenuhnya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya. |
Beri`tiqad bahawa ada mushaf yang diturunkan selepas kewafatan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang dinamakan mushaf Fatimah. Continue reading |
Jubli Perak (25 Tahun) SMAKL-SMKAKL
Makluman khas buat bekas pelajar, guru dan warga SMAKL/SMKAKL.
In shaa’ ALLAH program Sambutan 25 Tahun SMAKL-SMKAKL akan diadakan pada hari Sabtu 22 Jun 2013. Program dijadualkan bermula pada 8 pagi hingga 11 malam. Semua yang pernah bergelar pelajar, guru dan kakitangan di sekolah tercinta ini dijemput hadir.
Aturcara program adalah seperti berikut: Continue reading
Saya Bukannya Seorang Ustat!
Walau ada yang panggil saya ustat. Kerana selalu bercerita tentang agama saya dibilang ustat,
Kerana selalu sampaikan peringatan saya dibilang ustat,
Kerana selalu berkongsi ilmu agama saya dibilang ustat, Kerana boleh jawab sebahagian persoalan agama saya dibilang ustat,
Kerana jalan tunduk-tunduk saya dibilang ustat,
Kerana malukan wanita saya dibilang ustat,
Kerana berjanggut saya dibilang ustat,
Sedangkan saya sebenarnya bukanlah seorang ustat. Continue reading
Terima Kasih Cikgu

Terharu hati guru-guru apabila melihat banner besar ini terpampang mengadap bilik mereka! – Tahun 2009.
“TERIMA KASIH CIKGU!”
Itulah ucapan yang selalu kita ucapkan selepas habis sesuatu sesi pembelajaran di kelas. Ramai-ramai kita menyebutnya dengan disertakan irama. Berlenggang-lengguk nadanya kedengaran.
Terima kasih diucapkan kepada semua insan yang bergelar guru. Sejak di bangku tadika, kita diperkenalkan dengan insan bergelar guru. Dan sejak itu ucapan ‘TERIMA KASIH CIKGU’ selalu menitip di bibir kita sehingga kini.
Sungguh, jasa guru-guru sangat besar. Continue reading
Selagi Mereka Mahu Bermanja…
“Abah, janganlah dukung Jannah…” Jannah meminta agar dirinya diturunkan. Dia malu-malu.
“Kenapa? Kan biasa abah dukung Jannah…” Saya terus memeluknya. Makin erat. Tak bagi dia turun.
“Malulah cikgu nampak. Kawan-kawan nampak…” Jannah membisikkan kepada saya sambil memuncungkan bibirnya ke arah guru dan rakan-rakannya.
Dah tahu malu dah anak ke-4 saya ni. Umurnya kini sudah 4 tahun.
Kakak-kakaknya dan abangnya sudah melalui proses yang sama. Kini dia pula. Saya insaf sendiri memikirkan keadaan ini. Continue reading
Tegas & Iltizam Dengan Ajaran Islam

Gadis ini dikatakan tidak menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan VIP di atas pentas. Perbuatannya itu lantas mengingatkan VIP tersebut akan hukum Islam mengenai larangan bersentuhan antara lelaki dan perempuan. Ia suatu perbuatan yang baik untuk dicontohi.
Mungkin ada sebahagian tuan/puan yang pernah mengalami situasi di atas bukan?
Alhamdulillah, semoga ALLAH pelihara tuan/puan.
Apabila kita bertegas dan iltizam dengan ajaran agama Islam, nanti orang lain terutama yang belum-Islam akan faham akan inti ajaran sebenar agama Islam. Continue reading






