Monthly Archives: June 2008

SEJARAH PENUBUHAN SMAKL

Berikut adalah artikel berkenaan penubuhan SMAKL yang telah saya copy & paste sebijik-sebijik dari http://www.geocities.com/smakl/sejarah.htm.

Bagi memenuhi permintaan dan hasrat ibu bapa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan selaras dengan kesedaran ibu bapa untuk mendidik anak-anak ke arah pengajian formal yang bercorak keislaman, maka Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah menubuhkan Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur.

Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1988. Pendaftaran pelajar sulungnya telah terima secara rasminya oleh Yang Berbahagia Puan Hajjah Badiah bt. Abdul Manan , Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan ketika itu.  Untuk sementara waktu, pelajar putera sekolah ini ditempatkan di S.M. Wangsa Maju, Seksyen 2, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur, manakala pelajar puteri pula ditempatkan di S.M. Puteri Wilayah, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Setelah 5 tahun, pelajar-pelajar SMAKL dipindahkan ke bangunan sendiri yang terletak di Bandar Menjalara, Kepong. Bangunan baru ini dibina di kawasan seluas 19 ekar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelajarnya seperti surau, dewan makan, asrama putera dan puteri, dewan besar, padang dan gelanggang permainan serta rumah guru dan kakitangan. Bangunan yang tersergam indah ini telah mula diduduki oleh pelajar putera pada 26 Disember 1993.

Semakin matang usia SMAKL, banyak kemajuan telah dicapai. Kini sekolah ini telah pun mempunyai sebuah bilik komputer, makmal bahasa, perpustakaan, bilik gerakan dan bilik APD (Alat Pandang Dengar). Bukan itu sahaja, malah SMAKL telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah perintis bersama 13 buah sekolah lain diseluruh Malaysia bagi projek Rangkaian Munsyi. Dalam projek ini, SMAKL dilengkapi dengan sebuah Pusat Sumber Elektronik di mana 14 buah komputer dan sebuah ‘server’ disediakan. Di bawah projek yang diusahakan bersama Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementeran Pendidikan Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad ini mendedahkan pelajar-pelajar dan guru-guru kepada Internet dan multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran. Di bawah projek yang sama, Pusat Sumber SMAKL (Perpustakaan) dilengkapi dengan sistem pengurusan berkomputer. Dalam pada masa yang sama projek-projek keceriaan sedang giat dijalankan dalam usaha memprindahkan lagi persekitaran sekolah. Atas kesungguhan warga SMAKL, SMAKL telah dipilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan dalam Pertandingan 3K – Kebersihan, Keceriaan dan Kesihatan. SMAKL juga memenangi Anugerah Johan Kurikulum Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1995) dan Anugerah Sekolah Harapan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1996).

Artikel ini dipetik daripada buku cenderamata
MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG 95
bertarikh 15 September 1996 (Ahad)

Advertisements

JUMPA ABI & AMIR

Lama tak jumpa kawan2 lama…Sekali jumpa memang banyak jugak yang hendak diceritakan. 

Pagi tadi, Abi sahabat lama semasa di SMAKL hendak jumpa sebab nak withdraw NCD dari Etiqa Takaful.  Beliau nak ambil Takaful IKHLAS utk kereta barunya.  Kenapa?  Ada masalah dengan Etiqa ke?  Eh, tak payahlah saya cerita kat sini… Lama jugak ambil proses.  Dari lebih kurang 0945-1130, baru selesai, alhamdulillah.  Saya cuma temankan Abi je.

Selesai sahaja dengan urusan di Etiqa, saya terus call Amir yang sememangnya saya tahu beliau bekerja di bangunan Etiqa di Dataran Maybank, Bangsar.  Kami duduk bertiga berbual hal SMAKL dan menyebut sorang-sorang nama sahabat2 kami.  Kami updating each other…

Yang kelakarnya, apabila menyebut nama sorang-sorang, ada yang kami tak ingat.  So, terpaksalah mengingatkan ‘trademark’ yang telah diorang tinggalkan semasa di SMAKL dulu.  Kami tertawa mengenangkan perangai masing2.  Sungguh, masing2 ada ‘trademark’ yang membolehkan kami bertiga mengingati rakan2 kami di SMAKL dulu.  Terasa macam mengumpat pulak.  Astaghfirullah…bukan niat kami utk memburukkan sesama kawan2.  Tetapi, sekadar mencetus memori yang barangkali sudah berkarat.  Dan karatan memori tu telah dipolish dek ‘trademark’ tu, hehe… 🙂

Berdasarkan cerita2 tu, saya percaya masing2 telah berjaya dengan kehidupan mereka.  Rasa rindu pulak.  Bersemangat pulak nak buat gathering…

Tengoklah nanti…kena buat perancangan.  Soalnya, siapa nak buat perancangan ni? hehe… 😉


PERLINDUNGAN WINDSCREEN KERETA

Hari ni saya pergi submit claim ke Takaful IKHLAS.  Cermin belakang sebelah kanan kereta client saya dipecahkan dek pencuri.  Mungkin disebabkan kelalaian isteri client saya yang tertinggal beg tangan di dalam kereta telah menarik perhatian si pencuri.  Banyak juga hilang bersama dengan beg tangan tu.  Cash RM1500, buku bank, IC, lesen kereta dll yang berharga. 😦

Alhamdulillah, nasib baiklah client saya tu ikut cakap saya yang menasihatkan beliau ambil perlindungan untuk cermin kereta.  Kalau tidak, kena tanggung sendirilah kos repair.  Hampir RM500 kos yang terlibat utk membaiki cermin belakang sebelah kanan.  Mungkin lain kereta lain kosnya.  Dalam kes ni kereta beliau adalah Mitsubishi Lancer. 

Memang ramai tak ambil perlindungan utk cermin ni.  Apatah lagi perlindungan tambahan seperti banjir dll.  So, nasihat saya fikir2kanlah akan risiko yang bakal dihadapi.  Musibah tak berbau.

Oh ya, dalam kes ni client saya tu ambil perlindungan sehingga RM1,000 utk windscreennya.  Kosnya berapa?  Cuma tambah RM150 je kepada perlindungan Takaful komprehensif utk kereta.


TIPS DARI SEORANG PAKCIK TUA

Assalamu ‘alaikum…

Pada suatu hari, sedang saya menunggu pelanggan di kaunter Takaful Ikhlas di Masjid al-Makmuriah, saya telah didekati oleh seorang pakcik tua berumur 65 tahun. Beliau mengakui tentang kepentingan berinsurans, sebab beliau sendiri telah mendapat manfaat daripadanya. Beliau mempunyai masalah dengan jantung dan segala kos rawatannya dibayar dengan duit insurans sejak dulu lagi hingga hari ini.

“Baguslah sekarang dah ada insurans Islam, iaitu TAKAFUL! Dulu mana ada Takaful.” katanya.

Dalam lama berbual dengannya, ada tips darinya yg mungkin memberi kesan pada saya walaupun ianya ringkas dan mudah. Continue reading


SAMPAI BILAAA??!!

Apabila terlihat poster SHARLINIE, selalu anak saya bertanya:

“Tak jumpa lagi ke abah? Kesian Sharlinie”.

SHARLINIE & NURIN adalah antara gadis kerdil yang telah menjadi mangsa kerakusan & bangsat binatang yang bertopengkan manusia.  Berita seumpama ini semakin menggerunkan kita apabila kejayaan menemui semula mangsa penculikan tipis kedengaran.  Maknanya, si bangsat dan celaka yang melakukan kezaliman dahsyat itu masih di luar sana.

Justeru, buat ayah & ibu, berhati-hatilah.  Lihat-lihatlah di mana anak kalian kini berada.  Doakanlah kesejahteraan mereka sentiasa.  Dan buat para pemimpin & pihak penguatkuasa, gandakanlah usaha kalian dalam memastikan kesejahteraan ummat di negara ini khususnya.  Semua orang perlu berperanan.

Dan saya ingin bertanya: Continue reading


10 KESALAHAN DALAM MENDIDIK ANAK

Oleh
Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd

Anak adalah amanah bagi kedua orang tuanya. Maka, kita sebagai orang tua bertanggung jawab terhadap amanah ini. Tidak sedikit kesalahan dan kelalaian dalam mendidik anak telah menjadi fenomena yang nyata. Sungguh merupakan malapetaka besar ; dan termasuk menghianati amanah Allah.

Adapun rumah, adalah sekolah pertama bagi anak. Kumpulan dari beberapa rumah itu akan membentuk sebuah bangunan masyarakat. Bagi seorang anak, sebelum mendapatkan pendidikan di sekolah dan masyarakat, ia akan mendapatkan pendidikan di rumah dan keluarganya. Ia merupakan prototype kedua orang tuanya dalam berinteraksi sosial. Oleh karena itu, disinilah peran dan tanggung jawab orang tua, dituntut untuk tidak lalai dalam mendidik anak-anak. Continue reading


CARA MENDIDIK ANAK

Oleh:  Syeikh Muhammad Soleh Uthaimin

Apabila telah tampak tanda-tanda tamyiz pada seorang anak, maka selayaknya dia mendapatkan perhatian sesrius dan pengawasan yang cukup. Sesungguhnya hatinya bagaikan bening mutiara yang siap menerima segala sesuatu yang mewarnainya. Jika dibiasakan dengan hal- hal yang baik, maka ia akan berkembang dengan kebaikan, sehingga orang tua dan pendidiknya ikut serta memperoleh pahala. Sebaliknya, jika ia dibiasakan dengan hal-hal buruk, maka ia akan tumbuh dengan keburukan itu. Maka orang tua dan pedidiknya juga ikut memikul dosa karenanya.

Oleh karena itu, tidak selayaknya orang tua dan pendidik melalaikan tanggung jawab yang besar ini dengan melalaikan pendidikan yang baik dan penanaman adab yang baik terhadapnya sebagai bagian dari haknya. Di antara adab-adab dan kiat dalam mendidik anak adalah sebagai berikut:

  1. Hendaknya anak dididik agar makan dengan tangan kanan, membaca basmalah, memulai dengan yang paling dekat dengannya dan tidak mendahului makan sebelum yang lainnya (yang lebih tua, red). Kemudian cegahlah ia dari memandangi makanan dan orang yang sedang makan.

  2. Perintahkan ia agar tidak tergesa-gesa dalam makan. Hendaknya mengunyahnya dengan baik dan jangan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis yang di mulut. Suruh ia agar berhati-hati dan jangan sampai mengotori pakaian. Continue reading


DIALOG BAPA-ANAK YANG MENYEDIHKAN

Pada suatu pagi sedang makan di restoran di TTDI Jaya, tempat saya tinggal…terdengarlah saya akan perbualan di antara seorang bapa dengan 3 orang anaknya. Si bapa berpakaian kemas dan segak. Nampak seperti berjawatan tinggi dan berpendidikan.

Nampaknya perbualan mereka seperti lanjutan dari perbualan dari kereta lagi. Nampak serius perbincangan mereka. Saya agak umur anak lelakinya mungkin dalam lingkungan 9 atau 10 tahun. Mereka berbicara tentang sekolah dan guru sekolah.

Apa yang keluar dari mulut anaknya kurang mendapat perhatian saya…lagipun buat apa mencuri dengar kan? Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah apabila bapanya memaculkan ayat berikut, maklumlah suara dewasa..kuat sikit: Continue reading


4 TAHAP PENDEKATAN IBUBAPA TERHADAP ANAK

Assalamu ‘alaikum warahmatullah…

Berikut adalah beberapa tips tentang pendekatan ibubapa terhadap anak-anak yang saya perolehi & ingati sejak di bangku IPT lagi melalui satu ceramah agama.  Saya rasa ada kebenarannya pada tips-tips tersebut, dan kalian boleh cuba supaya pendekatan pendidikan & layanan kita terhadap anak-anak sesuai dengan tahap pemikiran & kemanjaan mereka: 

7 Tahun Pertama:
Berilah anak2 kita kasih sayang yang melimpah. Manjailah mereka. Penuhilah hidup mereka dengan riang dan tawa. Di waktu umur yang sebegini, mereka masih belum layak untuk menerima suara garang kita, marah kita, tengking kita. Tanamilah mereka dengan sifat mahmudah seusia kecil melalui contoh dan teladan.

7 Tahun Kedua:
Perkenalkanlah mereka akan disiplin dan peraturan. Tanamkan di dalam diri anak2 kita agar hidup berperaturan. Jika solat dan akhlaq mulia belum diajar, maka usah bertangguh. Marahilah mereka andai solat tidak ditunaikan, andai akhlaq mulia dikesampingkan. Namun, kemarahan itu haruslah mempunyai nilai didikan dan asuhan. Berhikmahlah.

7 Tahun Ketiga:
Layanilah mereka seperti kawan. Raikan cita2 dan minat mereka. Pandulah kecenderungan mereka agar menepati ajaran dan suruhan agama. Jiwa remaja yang sentiasa mencari identiti terkadang keliru jika dibiarkan mereka dipandu dek kawan2. Maka, jadilah kawan/rakan mereka. Selamilah jiwa mereka. Ketika ini, mereka memerlukan panduan/kawan dalam menyuluh kekeliruan.

7 Tahun Keempat dan Seterusnya:
Mereka kini sudah dewasa. Maka, selayaknyalah mereka dilayan sebagai dewasa. Kata2 mereka, buah fikiran mereka, idea mereka telah pun matang di waktu sebegini. Usah dipandang lekeh/remeh. Namun, sebagai bapa dan ibu, tugas kita tetap menegur dan memandu mereka sebagai anak2 kita. Berpada2lah.

Saya pun kadang2 terlajak jugak. Sebab tulah kita kena saling ingat-mengingati.

Semoga bermanfaat.
WAllahu ta’ala a’lam.

Shahmuzir Nordzahir

www.muzir.wordpress.com

 


MULA BICARA

Bismillah walhamdulillah.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang tiada satu pun menyerupainya. Dialah Tuhan semesta ‘alam.

Salawat & salam buat junjungan mulia, Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam. Yang mana melalui bagindalah, maka nikmat iman & Islam menyegarkan jiwa setiap kita yang bergelar muslim. Malah kehadiran baginda SAW telah membawa rahmat ke seluruh ‘alam. Seluruh ‘alam.

Saya tidaklah pandai menutur bicara atau menyusun kata seperti ramai penulis laman-laman di internet. Saya sekadar mahu menumpang kemudahan siber dalam mencatatkan beberapa perkara menarik di sepanjang kehidupan. 

Walaupun saya sedar bahawa tanpa catitan inipun, catitan kehidupan tetap akan dilakukan oleh 2 Malaikat yang setia. Sekurang2nya, catitan ini sekiranya bermanfaat diharap dapat dimanfaatkan oleh insan lain yang secara tidak sengaja melewati lembaran dhaif ini. Jika ya, maka akan bertambahlah catitan kebaikan yang bakal direkodkan oleh Malaikat pencatit kebaikan buat diri ini, amin. Mudah2an…

Saya rasa semua setuju bahawa tujuan akhir hidup ini hanyalah kerna mendambakan redha dan perhatian ALLAH serta mengharapkan tempat yang baik di akhirat nanti. Maka dengan sebab itulah kalau boleh pada setiap kesempatan, carilah sebanyak mungkin bekalan menuju kehidupan baqa’. Mudah2an beroleh keuntungan.

Moga ALLAH memberi kekuatan melalui hidayah & taufiqNYA untuk kita terus memberi khidmat terbaik kepadaNYA. Lillahi ta’ala…

– SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR )


%d bloggers like this: