SAMPAI BILAAA??!!

Apabila terlihat poster SHARLINIE, selalu anak saya bertanya:

“Tak jumpa lagi ke abah? Kesian Sharlinie”.

SHARLINIE & NURIN adalah antara gadis kerdil yang telah menjadi mangsa kerakusan & bangsat binatang yang bertopengkan manusia.  Berita seumpama ini semakin menggerunkan kita apabila kejayaan menemui semula mangsa penculikan tipis kedengaran.  Maknanya, si bangsat dan celaka yang melakukan kezaliman dahsyat itu masih di luar sana.

Justeru, buat ayah & ibu, berhati-hatilah.  Lihat-lihatlah di mana anak kalian kini berada.  Doakanlah kesejahteraan mereka sentiasa.  Dan buat para pemimpin & pihak penguatkuasa, gandakanlah usaha kalian dalam memastikan kesejahteraan ummat di negara ini khususnya.  Semua orang perlu berperanan.

Dan saya ingin bertanya:

“Sampai bila lagikah kalian ingin sedar bahawa ketentuan dan hukum ALLAH itu boleh mensejahterakan manusia??!!”.

Hayatilah & renungkanlah mesej video ini:

Hati ini sangat terguris, tertusuk tatkala menghayatinya.  Air mata tergenang lalu menitis tatkala menatapinya.  1001 macam perasaan datang bertalu tatkala memikirinya.  MARAH, KECEWA, SEDIH, BENGANG, BERSERABUT, MENDIDIH BERGEJOLAK semua ada…AGRHH!!!

Masih tak sampai lagikah seruan melaksanakan Hukum ALLAH, Tuhan yang mencipta?!!

Tak serik lagikah melihat jenayah yang bertimpa-timpa?!!

Tak nampak lagikah kehancuran yang melata?!!

Tak dengar lagikah tempikkan insan merana?!!

Wahai para pemimpin dan manusia semuanya, kembalilah kepada ALLAH & RasulNYA.  Patuhilah segala suruh & tegahNYA.  Padanya terkandung ampuh penyelesaian & formula.  Usah dicari jalan keluar permasalahan selainnya.  Addin ISLAM pasti membawa sejahtera.

Ya ALLAH, kurniakanlah kepada kami negara yang baik dan yang sentiasa mendapat keampunanMU selamanya.  Dan selamatkanlah kami semua dari bala & bencana.  Amin ya rabbal ‘alamin…

muzir.wordpress.com


5 responses to “SAMPAI BILAAA??!!

  • wana93

    tersentuh ati tgk video kat ats nie..
    mmg sedih..
    tu sume perbuatan syaitan yg bertopengkan manusia..
    kejam bt0l..
    sem0ge ALLAH membalasi perbuatan kejam mereka itu setimpal dgn ape yg diorang dh buat..
    dan smoge kanak2 yg mnjd mgsa itu ditmptkn di tmpt yg mulia di sisiNya..
    amin..

    Like

  • sakinah shahrum

    Ya Allah..
    menits air mte sy tgk klip vid nie..
    smpi atie dorg wt cmtu..
    pdhl,mgse’y adlh kank2..
    kank2 yg msih suci dri mlkukn dose..
    dorg ni memg kejm..
    lgsg xtakot dgn balsn TUHAN!

    Like

  • ishaq jaffree samhsb nganhu (akanya)

    Assalamualaikum.
    sebenarnya bukan ibu bapa jer yang bertanggung jawab menjaga anak mereka. adik beradik yang lain juga perlu amik bahagian.selepas itu barulah 1 masyarakat dan ke satu komuniti.Tapi nie malaysia “sometime we need to follow our god rules and regulation” kerana islam itu selamat.makan apa yang mengikut islam akan selamat.INsyallah.

    Like

  • Nurin Jazlin, Sharlinie, Nurul Nadirah dan Kita « Kerana DIA…

    […] Hal ini meningatkan saya akan artikel lama dan beberapa nama lain yang turut hilang seperti Nurin Jazlin dan Sharlinie.  Baca di sini:  https://muzir.wordpress.com/2008/06/14/sampai-bilaaa/ […]

    Like

  • akhbar

    Kehidupan kita semakin tidak selamat. Dikalangan kawasan kita wujudnya penjenayah yang kita tak tahu. Tindak tanduknya semakin kejam. Mari kita sama-sama memainkan peranan di dalam komuniti. Saya copy untuk blog SRS saya sekian terima kasih.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: