TIPS DARI SEORANG PAKCIK TUA

Assalamu ‘alaikum…

Pada suatu hari, sedang saya menunggu pelanggan di kaunter Takaful Ikhlas di Masjid al-Makmuriah, saya telah didekati oleh seorang pakcik tua berumur 65 tahun. Beliau mengakui tentang kepentingan berinsurans, sebab beliau sendiri telah mendapat manfaat daripadanya. Beliau mempunyai masalah dengan jantung dan segala kos rawatannya dibayar dengan duit insurans sejak dulu lagi hingga hari ini.

“Baguslah sekarang dah ada insurans Islam, iaitu TAKAFUL! Dulu mana ada Takaful.” katanya.

Dalam lama berbual dengannya, ada tips darinya yg mungkin memberi kesan pada saya walaupun ianya ringkas dan mudah.

    1. Nak simpan duit kenalah ada “DUIT”…Mendengarkan pakcik tu cakap begitu, saya kata dalam hati “hehe…mestilah, apalah pakcik ni. Nak simpan duit kenalah ada duit.” Namun saya senyap sahaja mendengar celotehnya. Dia menyambung celoteh lagi dengan mengolah maksud DUIT yang cuba dia sampaikan kepada saya. Rupa2nya beliau mempunyai maksud yang lebih mendalam yang hendak disampaikan…iaitu:

    D: Doa, U: Usaha, I: Istiqamah, T: Tawakkal

    Cara beliau mengolah DUIT di atas sgt menarik. Ringkas, tapi praktikal & tepat.

    2. Simpan secara istiqamah.

    Pakcik tu menceritakan bahawa beliau sejak muda menyimpan RM20 setiap hari. Hampir setiap hari, beliau akan ke bank untuk menyimpan duit tu. Katanya, dia memang tak simpan duit kat rumah. Amalan menyimpan ini terus dia amalkan sehingga kini. Dan kini pada umur lebih kurang 65 tahun, beliau menyimpan RM200 setiap hari pula. Banyak tuu!! Mungkin disiplin & tips DUIT di atas telah menjadikan beliau seorang yang hikmah dalam hal menyimpan wang. Beliau kini tinggal di Ara, Damansara dan mewariskan sebuah bengkel kereta buat anak cucunya.

Dengan 2 tips yang diberi oleh Pakcik tu, telah memberi saya motivasi untuk diamalkan.
Terima kasih pakcik!

Advertisements

One response to “TIPS DARI SEORANG PAKCIK TUA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: