SEJARAH PENUBUHAN SMAKL

Berikut adalah artikel berkenaan penubuhan SMAKL yang telah saya copy & paste sebijik-sebijik dari http://www.geocities.com/smakl/sejarah.htm.

Bagi memenuhi permintaan dan hasrat ibu bapa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan selaras dengan kesedaran ibu bapa untuk mendidik anak-anak ke arah pengajian formal yang bercorak keislaman, maka Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah menubuhkan Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur.

Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1988. Pendaftaran pelajar sulungnya telah terima secara rasminya oleh Yang Berbahagia Puan Hajjah Badiah bt. Abdul Manan , Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan ketika itu.  Untuk sementara waktu, pelajar putera sekolah ini ditempatkan di S.M. Wangsa Maju, Seksyen 2, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur, manakala pelajar puteri pula ditempatkan di S.M. Puteri Wilayah, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Setelah 5 tahun, pelajar-pelajar SMAKL dipindahkan ke bangunan sendiri yang terletak di Bandar Menjalara, Kepong. Bangunan baru ini dibina di kawasan seluas 19 ekar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelajarnya seperti surau, dewan makan, asrama putera dan puteri, dewan besar, padang dan gelanggang permainan serta rumah guru dan kakitangan. Bangunan yang tersergam indah ini telah mula diduduki oleh pelajar putera pada 26 Disember 1993.

Semakin matang usia SMAKL, banyak kemajuan telah dicapai. Kini sekolah ini telah pun mempunyai sebuah bilik komputer, makmal bahasa, perpustakaan, bilik gerakan dan bilik APD (Alat Pandang Dengar). Bukan itu sahaja, malah SMAKL telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah perintis bersama 13 buah sekolah lain diseluruh Malaysia bagi projek Rangkaian Munsyi. Dalam projek ini, SMAKL dilengkapi dengan sebuah Pusat Sumber Elektronik di mana 14 buah komputer dan sebuah ‘server’ disediakan. Di bawah projek yang diusahakan bersama Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementeran Pendidikan Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad ini mendedahkan pelajar-pelajar dan guru-guru kepada Internet dan multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran. Di bawah projek yang sama, Pusat Sumber SMAKL (Perpustakaan) dilengkapi dengan sistem pengurusan berkomputer. Dalam pada masa yang sama projek-projek keceriaan sedang giat dijalankan dalam usaha memprindahkan lagi persekitaran sekolah. Atas kesungguhan warga SMAKL, SMAKL telah dipilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan dalam Pertandingan 3K – Kebersihan, Keceriaan dan Kesihatan. SMAKL juga memenangi Anugerah Johan Kurikulum Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1995) dan Anugerah Sekolah Harapan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1996).

Artikel ini dipetik daripada buku cenderamata
MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG 95
bertarikh 15 September 1996 (Ahad)

Advertisements

8 responses to “SEJARAH PENUBUHAN SMAKL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: