Monthly Archives: July 2008

SMAKLIAN FORUM

Assalamu’alaikum…
 
Dulu kita pernah ada forum yang telah berjaya mengumpulkan ramai x-smaklian dan banyak updates kita boleh dapati di sana.  Kini, SMAKL.net dah takde (setahu saya) utk kita sama2 mengambil manfaat.
 
Sempena 20 tahun SMAKL, kini percubaan utk mengadakan semula forum telah diusahakan seperti berikut:

http://www.smaklian.freeforums.org/

Sebarang kekurangan dan cadangan boleh diajukan buat sementara di sini (bahagian komen)…

Kanak2 Selalu Meniru Orang Dewasa!

Baru-baru ini, kami suami isteri membincangkan berita tentang kanak-kanak dan remaja yang saban hari dilaporkan terlibat dengan pelbagai masalah dan gejala sosial.  Ada yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah, merokok, tak hormat orang tua, sehinggalah kepada gejala seksual, gangsterisme dan sebagainya.  Sangat merisaukan!!

Ada banyak faktor yang menyebabkan ia berlaku.  Rakan sebaya, media, sekolah dan teknologi internet adalah antara yang utama menjadi faktor.  Namun, sebelum kita ingin melihat ke luar, saya rasa elok kita lihat rumahtangga kita dahulu.  Ibubapa sebenarnya menyumbang faktor terbesar dalam membentuk peribadi, akhlaq dan jatidiri anak-anak. 

Mungkin kita boleh mempelajari sesuatu dari video berikut:

Sebelum mereka dihasut dengan pengaruh luar, dan sebelum mereka mengenal tangan-tangan di luar; mereka terlebih dahulu banyak dipengaruhi oleh ibubapa.  Saya percaya ramai menyedari hakikat ini.  Oleh itu, usahakanlah selagi diberi peluang dan ruang untuk kita menanam nilai yang soleh ke dalam diri anak-anak kita.

Sungguh, anak-anak kita dilahirkan ke dunia ini bersih tanpa dosa.  Mereka tidak mengerti apa-apa.  Hari demi hari, mereka mengutip pelajaran kehidupan.  Sudah tentulah, kita sebagai ibubapa iaitu insan yang paling dekat dan paling awal dikenalinya akan menjadi tempat rujukan utama.  Mata, telinga, mulut dan segala pancaindera mereka menyerap segala apa yang dilihat, didengar, dirasa dan disentuhnya.

Ayuh ibubapa, kita bentuk kebaikan diri kita!  Kita perbaiki akhlaq kita!  Kita perkemaskan pendekatan kita!  Agar anak-anak kita hanya mencontohi yang baik-baik daripada kita.

Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam bersabda:

“Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah-Islami). Ayah dan ibunya lah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala).” (HR. Bukhari)

Semoga mereka (kita dan anak-anak kita) menjadi muslim yang soleh.  Berguna buat agama, keluarga dan negara, amin…

WAllahu Ta’ala A’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
28 Julai 2008 


Muqobalah PAS-UMNO

Menyentuh isu semasa tentang muqobalah (pertemuan) yang telah diadakan beberapa kali oleh sebahagian kepimpinan PAS & UMNO, pada saya ia kisah lama yang berulang2…

Jauh di sudut hati setiap kita nak melihat perpaduan ummat ISLAM di Malaysia. Hatta, saya percaya sejak dahulu kepimpinan UMNO & PAS ingin melihat ia terlaksana. Yang menjadi penghalang adalah ideologi dan pegangan.

Kita sebagai ummat ISLAM, tak boleh mengorbankan ISLAM sebagai ad-Din, walaupun atas nama perpaduan. Kerana ISLAM adalah suatu yang menjadi teras dan pegangan kita.  Tetapi, kita boleh mengorbankan lain-lain unsur untuk tujuan perpaduan misalnya.  Dalam hal ini, UMNO mestilah mengorbankan idea nasionalisme dan sekularismenya jika ingin melihat perpaduan Melayu dan ummat ISLAM di Malaysia.  Kepimpinan PAS sejak dahulu lagi telah lama bersetuju untuk bergabung asal sahaja UMNO menerima syariah Islamiyyah sebagai dasar perjuangan.

Hasrat utk berjumpa, berbincang hatta bergabung akan terus dicatat sejarah hingga akan datang antara UMNO & PAS. Hakikatnya, mereka rindu utk melihat perpaduan orang Melayu.  Kita pernah gemilang dan bersatu padu atas nama ISLAM sewaktu zaman kegemilangan Kesultanan Melayu yang didasarkan dengan ISLAM.  Ternyata, ISLAM memberi kemuliaan kepada ummat yang menjadikannya sebagai pedoman.  Apabila ISLAM disisihkan, maka saat itulah ummat Melayu kehilangan megah dan gemilangnya.  Hilang barakah dan restuNYA.

Saya sangat berharap pertemuan demi pertemuan terus dilakukan. Agar akhirnya nanti ummat Melayu Muslim di Malaysia bukan lagi dilihat sebagai 2 kumpulan, tetapi 1 ummat yang bersatu padu atas dasar Islamiyyah, amin… Walaupun ia seakan terlalu ideal, namun setiap perkara untuk ia berlaku, bermula dengan niat dan cita2.  Ia mungkin sukar dan mengambil masa, tapi ia tidaklah suatu yang mustahil.

Saya melihat PAS sebagai parti ummat ISLAM yang jujur dan ikhlas dengan perjuangannya.  Walaupun muqobalah ini bagus, namun ia tetap perlu ditangani dengan hati-hati terhadap sebarang taktik yang berkemungkinan digunakan oleh sebahagian pihak (eg UMNO) yang mahu menangguk di air yang keruh.  Kerisauan ini ada disuarakan oleh Dr Mujahid Yusof Rawa di dalam Harakahdaily.

wAllahu ta’ala a’lam.


Bayar Diri Anda Dahulu!

Frasa “Bayar Diri Anda Dahulu” adalah antara tips kewangan yang saya perolehi daripada Azizi Ali pada tahun 2004 melalui buku tulisan beliau yang bertajuk “Millionaires Are From Different Planet”.  Tajuk buku tersebut diberi seumpama itu bertujuan ingin memberitahu kepada kita semua bahawa cara berfikir dan bertindak seorang jutawan sangat berbeza dengan orang biasa, terutama dalam hal kewangan.  Golongan ini dianggap unik sehinggakan boleh disifatkan segolongan spesis daripada planet yang berbeza, lantaran terlalu sedikit yang berfikiran seperti mereka.

“Bayar Diri Anda Dahulu” adalah antara point yang saya masih ingat sehingga sekarang dan menjadi amalan saya sejak mula mengenalinya.  Apakah yang dimaksudkan dengan “Bayar Diri Anda Dahulu” ini?  Saya rasa ramai dah tahu.  Jadi, tulisan ini sekadar ingin mengingatkan.

Begini:  Setiap bulan kita diberi upah oleh majikan atau pelanggan yang berurusan dengan kita (sekiranya peniaga).  Itu semua hasil daripada usaha gigih dan penat lelah kita.  Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya sanya dikembalikan kepada ALLAH.  Dialah yang selayaknya menerima segala puji dan puja.

Dan sudah menjadi amalan kebiasaan kita, iaitu gaji/upah/keuntungan yang diperolehi akan digunakan untuk membayar segala bil dan perbelanjaan tetap kita seperti bil air, bil elektrik, bil telefon, bil internet, sewa rumah, ansuran kereta dan sebagainya.  Bermakna, segala hasil penat lelah kita digunakan untuk membayar kepada pihak lain, contohnya TNB, Syabas, Celcom, TM Streamyx, Tuan Rumah, Bank yang memberi pembiayaan dan lain-lain lagi yang berkenaan.  Memang ia tanggungjawab yang perlu kita lunaskan.  Namun, kita sering (malah sentiasa) terlupa untuk membayar diri sendiri (reward) yang telah berpenat lelah mendapatkan RM itu.  Akaun bank kita sering hanya dijadikan tempat persinggahan RM itu.  Masuk dan kemudian keluar untuk diagihkan kepada pihak2 lain.

Sebab itu kita disarankan bayar diri kita dahulu!  Kebanyakan buku2 perancangan kewangan menggalakkan kita memperuntukkan 10% – 20% daripada pendapatan yang diperolehi untuk tujuan simpanan.  Jika gaji RM2,000, maka 20% daripadanya adalah RM400.  Jika nilai itu tidak praktikal disebabkan oleh bebanan kewangan dan lain2 keutamaan, maka bolehlah dikurangkan peratusannya.  Jangan langsung tak simpan!

Kenapa “Bayar Diri Anda Dahulu”?

Sekiranya kita memilih strategi belanja dahulu, kemudian simpan; maka, percayalah bahawa kita akan selalu gagal untuk menyimpan.  Sebab itu digalakkan kita pilih untuk simpan dahulu, kemudian barulah belanja.  Bawa keluar siap2 10% – 20% daripada gaji untuk disimpan di dalam instrumen kewangan yang disahkan oleh pihak kerajaan.  Potongan KWSP adalah salah satu contoh “Bayar Diri Anda Dahulu”.  Jika KWSP tidak potong awal-awal sebaik sahaja kita dapat gaji, saya percaya dan yakin pasti ramai yang gagal untuk menyimpan untuk hari tuanya.

Sebagai muslim, mungkin kita boleh memperkembangkan idea bagus “Bayar Diri Anda Dahulu” ini dengan menyarankan agar kita semua memperuntukkan sebahagian daripada gaji kita untuk ‘hari kemudian’ kita, lillahi ta’ala.  Sebahagian wang dan harta yang diinfaqkan itulah sebenarnya hak kita yang akan sebahagiannya diperhitungkan di akhirat nanti.

Dari Ibnu Mas’ud RA, bahawa Rasulullah sallALLAHu ‘alaihi wasallam bersabda:  Siapakah di antara kalian yang harta warisannya lebih dicintai daripada hartanya sendiri?”

Mereka menjawab, Wahai Rasulullah, tidak ada seorang pun di antara kami kecuali hartanya lebih dicintai daripada  harta warisannya.”

Rasulullah SAW mengatakan, “Sesungguhnya hartanya adalah harta yang telah dia infaqkan dan harta warisannya adalah yang dia tinggalkan.”

(HR Bukhari dan An-Nasa’i)

So “Bayarlah Diri Anda Dahulu”… untuk sejahtera dunia dan akhirat.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
27 Julai 2008 


Zaidi dilantik amil Lembaga Zakat Selangor

Ada pengumuman sikit dari seorang kawan.  Zaidi, kawan semasa di MRSM Muar dulu, baru-baru ni telah dilantik sebagai amil bagi Lembaga Zakat Selangor.  Bagi tuan/puan yang berhajat untuk menunaikan zakat, bolehlah menunaikan zakat melalui beliau.

Berikut adalah email yg saya perolehi pagi tadi dari beliau di ex-Maresmamuar egroup:

Salam semua,

saya baru di lantik sebagai amil zakat bagi Lembaga Zakat Selangor.  Sekiranya ada kekawan yang berkeinginan mahu menunaikan ibadah zakat,  maka sila hubungi saya di talian 0340445900.

Zakat bagi hasil pendapatan, perniagaan, emas, simpanan, tanaman, galian, dan saham.

sekiranya perlu taklimat, ianya boleh di aturkan, sekurang-kurangnya ada sepuluh orang yang ingin hadir, dimana saya akan cuba uruskan beserta dengan sedikit makan-makan.

sekiranya perlu penerangan secara peribadi, ianya boleh juga di aturkan.  kalu bos-bos company Tuan Puan perlu penerangan lanjut agar pihak syarikat berzakat, maka saya sudi ke opis saudara.

sekiranya ada asnaf asnaf zakat yang saudara ketemui , yang di pikirkan telepas pandang oleh pihak lembaga zakat selangor, sila hubungi saya beserta maklumat tersebut.

harap maklum…

terima kasih.


CELCOM 1+3

Tengahari semalam saya ke Menara Celcom, memenuhi temujanji saya dengan seorang pelanggan di sana.  Sedang menunggu di lobi, saya didekati oleh seorang promoter perempuan:

Promoter:  Assalamu’alaikum bang.

Saya:  Wa’alaikumus salam…

Promoter:  Abang dah ada pelan Celcom ni?  1+3 ni?  Murah je bulanannya.  RM5 je.

Saya:  Oh, saya dah ambil dah last 3 months.  Executive Plan.  Yang bagi diskaun tu 10%, 20%, 30%.  Baguslah pelan tu.  Dapat jimat sikit berbanding pelan dulu.  Dulu saya ambil yang minit2 tu.

Promoter:  Itu Minutes Plan bang.  Dulu abang ambil yg berapa minit?

Saya:  Saya ambil yang 450 minit.  Alhamdulillah, sekarang jimat sikitlah bila pakai Executive Plan.  Baguslah Celcom.

Promoter:  Abang taknak tambah line ke?  Pelan 1+3 ni?

Saya:  Oh, saya dah ambil dah.  Untuk isteri saya.  Dulu dia guna prepaid.  Tapi sekarang dah guna pelan 1+3.  Pakai nama saya, saya bayarkan tiap2 bulan.  Calling & ‘sms’ing antara saya dan wife: free of charge! 

Promoter:  Baguslah.  1 untuk isteri abang.  Ada berapa lagi kosong?

Saya:  Ada 3 lagi kosong. 

Promoter:  Abang kata isteri abang dah ambik.  Jadi ada 2 kosonglah lagi.

Saya:  Yelah, saya ada sorang isteri.  So, masih ada 3 lagi kosonglah. (muka saya serius dalam bergurau)

Promoter:  (berfikir sejenak) Oooo…OK, OK…hehe… (senyum ke’bengkek’kan).  Maksud saya pelan 1+3 ni.  Abang dah ambil satu untuk isteri.  So, ada 2 lagi lebih.  Abang taknak tambah ke?

Saya:  Dah macam mana?  Saya ada sorang je isteri.

Promoter:  Yelah…boleh ambik untuk anak2 ke?

Saya:  Anak sulong saya baru 6 tahun.  Takpelah dik, tu hah orang yang abang tunggu tu dah sampai.  Terima kasih ye…

Promoter:  OK, terima kasih.

Saja bergurau dengan promoter tu…

Overview CELCOM 1+3

Overview CELCOM 1+3

Saya berpuas hati dengan ciri2 Celcom Executive Plan dan 1+3 ni.  Kalau kalian nak tahu lebih lanjut, boleh ke laman CELCOM 1+3.  Bukan apa, kalau bendanya bagus, apa salahnya promote kat orang, ye dak?…

Sebelum promoter perempuan tu datang, saya sebenarnya dah didekati oleh seorang promoter lelaki.  Lama berbual dengan promoter lelaki tu.  Disebabkan saya dah ada pelan2 yang ditawarkan, maka kami berbual hal lain.  Promoter lelaki tu bercerita tentang kehidupannya selama 6 bulan di KL.  Beliau berasal dari Pulau Pinang.  Kini, beliau tinggal bersama abangnya di Cheras.  Dari perbualan tu, saya dapat merasakan bahawa beliau seorang yang baik fikirannya.  Ada lah hal2 menyentuh peribadi beliau ceritakan kepada saya.  Saya sekadar merespon positif dan memberi nasihat apa yang patut.

Cuma, tak sempat berbual lebih panjang apabila ada pelanggannya datang memanggilnya.  Tak sempat mengetahui kenapa beliau bercerai dalam usia yang muda.  Usia beliau mungkin dalam 24/25 tahun.  Semoga ALLAH memberi ketabahan kepadanya dan keluarganya, dan moga dipimpin ALLAH dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

Setiap orang mempunyai kisah masing-masing yang mungkin boleh memberi pengajaran kepada kita semua.  Kerjaya saya sebagai Perunding Takaful telah membolehkan saya berjumpa dengan ramai orang.  Dan ia telah banyak memberi saya pengajaran, kerana setiap perjalanan kehidupan ini tersedia pelajaran hidup yang boleh kita kutip, seandainya kita mahu berfikir.

 


DEBAT: Tahniah!

Debat semalam telah membuka era baru kepada keterbukaan suasana politik di Malaysia.  Peluang dan ruang sebegini tidak pernah dinikmati oleh rakyat Malaysia sejak puluhan tahun.  Program debat semalam wajar mendapat pujian ramai pihak, terutama buat Agenda Daily, TV3, TV9 dan pendebat yang telah sudi bersua muka di pentas siaran langsung.

Tahniah! Tahniah!
Tahniah! Tahniah!

Pada saya, DS Anwar (DSA) telah berjaya menyampaikan hujah yang lebih berisi dan mudah untuk difahami rakyat berbanding Datuk Ahmad Shabery (DAS).  Mungkin pihak kerajaan boleh mempertimbangkan mengambil dan mengembangkan idea2 DSA untuk manfaat rakyat dan negara.

Tajuk “Hari Ini Perintah, Esok Turun Harga Minyak” telah diperjelaskan oleh DSA secara ringkas mekanismenya tanpa dipengaruhi asakan dan strategi DAS yang suka menyerang peribadi sepanjang proses debat.  DAS sepatutnya menumpukan kepada penerangan justifikasi harga minyak naik, terutama dalam memujuk rakyat yang masih terpinga-pinga dengan soalan, “Kenapa tinggi macam tu?  Kenapa sekarang?”.  Dan barangkali beliau boleh mempertikaikan kemampuan untuk merealisasikan tajuk debat yang boleh disifatkan agak retorik.  

Apapun, saya ucapkan tahniah atas perkembangan yang sangat baik ini.  InsyaALLAH, dengan adanya program2 sebegini pada masa akan datang, ia boleh mencambahkan pemikiran rakyat yang sebelum ini jumud dan statik dengan satu2 pihak sahaja.  Pros dan cons yang diperolehi melalui program debat antara pemimpin akan dapat dicerna oleh rakyat, seterusnya melahirkan masyarakat yang ulul albab sifatnya.

Cuma, apa yang lebih penting dari itu adalah untuk mengambil point2 yang bermanfaat untuk dilaksanakan supaya rakyat sejahtera.  Jangan pula debat tinggal debat, malah hanya digunakan untuk menaikkan populariti masing2.

Walaupun debat sebegini mempunyai kelemahannya juga, namun ramai menaruh harapan agar ia diteruskan.

–Gambar di atas saya perolehi dari Institut al-Qayyim.


Khutbah Jumaat Dr Abd Basit: Isu Fitnah Dan Sumpah

Assalamu’alaikum…

Mutaakhir, negara telah dihebohkan dengan berita berunsur fitnah dan saranan sumpah.  Saya secara peribadi mencegah diri dari heboh membicarakannya, apatah lagi mensensasikannya.  Kenapa?  Klik.

Berikut adalah khutbah Jumaat Dr Abdul Basit Abd Rahman, Pondok Sungai Durian mengupas isu semasa berkaitan dengan fitnah dan sumpah.  Video di bawah saya petik dari laman al-Ahkam.net.  Mudah2an ia bermanfaat, insyaALLAH:

Video 1/3:

Video 2/3 (sambungan):

Video 3/3 (sambungan):


Ke Mana RM9 Billion Duit Ummat ISLAM Malaysia Setiap Bulan??

Di dalam satu seminar yang saya telah hadiri, salah seorang penyampai memberitahu hadirin:

“Orang Melayu di Malaysia berbelanja purata berjumlah RM9 Billion sebulan!!!”

Beliau memberitahu maklumat itu beliau perolehi hasil dari menghadiri mesyuarat dengan GABEM iaitu Gagasan Badan Ekonomi Melayu baru2 ini.

Saya terkejut!  Wah, sebanyak itu jumlah RM yang telah dibelanjakan oleh orang Melayu (Muslim) dalam berbelanja setiap bulan!  Ternyata, tak dapat disangkal lagi, ummat ISLAM di Malaysia hatta di seluruh dunia pun menyediakan peluang pasaran kepada para peniaga.

Saya ingin mengajak tuan/puan berfikir sejenak akan maklumat yang saya perolehi dari beliau.  Maklumat seringkas ini yang saya tulis di atas mempunyai berbagai perkara boleh kita rungkaikan.  Terutama sekali mengenai kekuatan ekonomi ummat Melayu.  Saya lebih suka menyebutnya sebagai ekonomi Muslim.

Persoalannya:

Ke mana perginya 9 BILLION ini?
Kembali ke poket ummat ISLAM atau ke poket ummat lain?
Kembali ke syarikat ummat ISLAM atau ke syarikat lain?

Dan tanyakan juga perkara2 ini di dalam hati tuan/puan:

Selama ini saya beli barangan harian di mana?
Saya selalu makan di restoran mana?
Saya beli peralatan rumah di mana?
Saya berurusan bank di bank milik siapa?
Saya mendapatkan khidmat kontrak ubahsuai rumah dari siapa?
Saya ambil produk kewangan seperti Takaful, unit trust dari siapa?

Dan lain-lain lagi.  Panjang senarainya…

Ke mana seringgit ini akan pergi?

Ke mana seringgit ini akan pergi?

Memang kita tak mampu untuk membuat pilihan.  Lantaran pilihan kita terlalu terhad.  Tak banyak usahawan muslim di luar sana.  Namun, utk bermudah-mudah dalam hal ini, saya rasa tidak wajar kita jadikan ia sebagai amalan.  Seharusnya, kita cuba dahulu untuk mencari dan mencari.  Buangkan paradigma yang membalut fikiran kalian bahawa produk/perkhidmatan ummat ISLAM tidak bermutu atau rendah kualiti.  Belum cuba, belum tahu.

Baru-baru ini ada suara-suara di luar sana mengajak kita ummat ISLAM memboikot syarikat pengeluar minyak nasional baru-baru ini.  Lepas tu diajaknya pula membeli minyak dari syarikat jenama luar negara.  Amat memelikkan saya.  (Rujuk: https://muzir.wordpress.com/2008/07/10/saya-tak-boikot-petronas/)

Usahlah disambut seruan yang merugikan itu.  Ini adalah contoh seruan dan sikap yang pelik ditunjukkan oleh ummat ISLAM.  Ia merugikan kita, tidak menguntungkan.  Teruskanlah membantu dan menyokong syarikat yang dimiliki oleh ummat ISLAM.

Saya tak menyuruh untuk memboikot produk/perkhidmatan yang disediakan oleh orang belum-ISLAM.  Selagi, ia tidak bercanggah syara’, nah silakan.  Dalam hal muamalah, ISLAM memberi ruang yang fleksibel.

Cuma, saya mengharapkan kita agar mempunyai sedikit sentimen, iaitu sentimen ‘MENYOKONG PERNIAGAAN UMMAT ISLAM’, itu sahaja.  Nampak kecil, tapi sebenarnya ia memerlukan peralihan paradigma yang besar.  Dan menuntut pengorbanan yang besar juga.  Mudah2an usaha & pengorbanan yang besar itu diganjari ALLAH subhanahu wata’ala.  Lillahi ta’ala…

Samada tuan/puan adalah usahawan ataupun pengguna muslim, tuan/puan mempunyai peranan dalam memperkuatkan ekonomi ummat ISLAM, khususnya di Malaysia.  Sama2lah kita saling sokong-menyokong.  Dan berikut disertakan antara dalil bahawa saranan ini disuruh ALLAH Subhanahu wata’ala & Rasulullah SallALLAHU ‘alaihi wasallam.  Semoga ia memotivasikan kita:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.  Dan bertakwalah kamu kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH amat berat siksa-NYA.”   –  (Surah al-Maidah ayat 2)

“Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan saling mengokohkan satu dengan yang lain. (Kemudian Rasulullah Saw merapatkan jari-jari tangan beliau).”  –  (Mutafaq’alaih)

“Allah selalu menolong selama orang itu selalu menolong saudaranya (semuslim).”  –  (HR. Ahmad)

Jika tuan/puan sedar dan mula bertindak sekarang membantu/menyokong perniagaan ummat ISLAM, maka tuan/puan telah memadamkan satu daripada banyak sebab kenapa ummat ISLAM mundur.  Perjuangan kita masih jauh…

wAllahu ta’ala a’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
17 Julai 2008


TTDI Jaya, Shah Alam

Seorang sahabat dan pelanggan saya sedang mencari rumah untuk dibeli.  Antara tempat yang beliau survey adalah TTDI Jaya yang dilihat dekat dengan tempat kerja beliau dan isteri.  Disebabkan saya tinggal di TTDI Jaya, maka mungkin saya dapat memberi sedikit gambaran kepada beliau dan sahabat2 lain tentang pros dan kons TDI Jaya sebagai kawasan perumahan untuk dijadikan tempat tinggal.  Untuk berinteraktif dengan peta TTDI Jaya, sila pergi ke wikimapia.

Berikut adalah email balas saya kepada beliau dan lain2 sahabat di Suara-SMAKL yahoogroups:

wa’alaikumus salam…

  • Kalau bajet RM250K ada sekitar TTDI Jaya. Kena survey.
  • DRB-Hicom ada launched new 2nd phase Glenpark depan TTDI Jaya, kawasan tinggi tak kena banjir. Harga mahal sikit, mungkin >RM270,000.
  • Lain2 new properties berdekatan yang hot sekitar TTDI Jaya eg Nusa Rhu, Alam Budiman dan Sunway Alam Suria. Harga <RM280,000. Lokasi on the way ke Puncak Alam…built-up besar.

Kalau berminat nak beli property di TTDI Jaya, berikut saya senaraikan pros dan cons, setakat yang saya tahu, insyaALLAH:

Pros:

  • Kawasan Melayu
  • Penduduk kebanyakannya golongan elit
  • Masjid dalam kawasan perumahan
  • Kawasan perumahan yang sudah matang, maknanya kemudahan mantap eg hypermarket dekat (Giant & Tesco), 3 service station, sekolah menengah & rendah dalam kawasan perumahan, restoran Melayu & mamak melambak, stesen komuter dekat dll.
  • Dekat dengan highway eg Federal, NKVE, PLUS, Guthrie.
  • Mudah dapat tenant kalau nak disewakan.
  • Sekarang ni tengah dibuat pembesaran jalan dari simpang 4 Giant kelapangan terbang TUDM (dah siap). So, insyaAllah area appreciate.
  • Lebih 3 Nurseri & tadika Islami.
  • Setiap hari ada mini pasar-malam dekat area masjid jual kuih muih dan lain2 makanan.
  • Dekat dengan stadium dan pasar tani mega. Pasar Tani Mega setiap Ahad, Pasar Tani Mini setiap Rabu.

Cons:

  • DULU, kawasan ni biasa kena banjir.
  • Apartment & rumah teres banyak disewa dek student politeknik & ptpl. So, the environment tu tak best sikitlah…
  • Ada bbrp kes denggi berlaku. Bukan sahaja TTDI Jaya, malah kes denggi ni biasa kena Shah Alam.
  • Resale value (ketika ni) rendah sebab pembeli risau nak invest/tinggal di TTDI Jaya sebab banjir.
  • Takde rangkaian bas yang masuk.

Sudahkah TTDI Jaya pulih dari ancaman banjir?

Sejak banjir besar Februari 2006 di Shah Alam yang mana TTDI Jaya antara kawasan yang kena teruk, tiada lagi banjir berlaku sehingga hari ini (setahu saya). Disebabkan TTDI Jaya diduduki oleh golongan elit, maka kerajaan negeri telah memberi perhatian yang serius sejak banjir 2 tahun lepas. Kena pressurelah tu. Antara yang telah dilakukan bagi mencegah banjir:

  • sungai didalamkan.
  • Monsun drain ditukar baru yg lebih besar.
  • tembok sungai sepanjang TTDI Jaya ditinggikan.
  • 2 kolam takungan dibina.
  • Beberapa pam telah dipasang bagi menyedut keluar air berlebihan dari sistem perparitan setempat. (7-8 pam semuanya tak salah saya)
  • sistem siren telah diperkenalkan bagi memberi amaran sekiranya air banjir mula melimpah. So, penduduk boleh melarikan kenderaan dan menyelamatkan barang2 yang berharga.
  • Sekarang ni tengah dipasang parit besar di bawah jalanraya sekitar kawasan perumahan utk laluan air.

Sekian dari saya melaporkan dari TTDI Jaya, hehe.. 😉
wAllahu ta’ala a’lam.


%d bloggers like this: