July 1, 2008
KEMUDAHAN ‘OVERDRAFT’ SECARA ISLAMI?
Bbrp minggu lepas, saya telah dihubungi oleh seorang rakan yang bertanyakan tentang OVERDRAFT. Apa kedudukannya dari segi syara’?? Dan adakah kemudahan OVERDRAFT bagi muslim yang mahu menggunakannya??
Saya kata saya tak tahu.
Saya pernah mengikuti perbincangan secara surface berkenaan bagaimana kemudahan OVERDRAFT boleh menguntungkan seseorang yang terlibat dalam perniagaan ataupun pelaburan samada dalam stock market, hartanah mahupun suntikan modal perniagaan. Namun, disebabkan ia tidak ditawarkan oleh perbankan Islami (ketika tu, 3 tahun lalu), maka saya pun tak minat utk mendalaminya. Prinsip muamalah saya jelas; jauhi SYUBHAH apatah lagi HARAM.
Utk tidak menghampakan rakan tersebut, saya cuba utk mencari alternatifnya ataupun OVERDRAFT Islami, memandangkan Malaysia kini telah subur dengan perbankan Islami. Alhamdulillah, seorang pelawat www.zaharuddin.net telah bagi link berikut utk direview.
Utk permulaan, sila ke website berikut:
Jika ada antara kalian yang berpengalaman dalam hal OVERDRAFT secara Islami, sila berkongsi dengan saya supaya saya dapat membantu rakan saya yang bertanya tu & menambahkan pengetahuan kita dalam memaksimumkan instrumen kewangan yang tersedia di pasaran, khususnya utk muslim iaitu yang RIBA-FREE.
wAllahu ta’ala a’lam.
Advertisements
Leave a Reply