ISLAM HADHARI SESAT!!! – SHEIKH DR WAHBAH ZUHAILI


“Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan)”. Itulah ulasan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili dalam pertemuan dengan Group UM dan Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK) semalam di Jame Quaiti (Jame Othman) Damsyik.

Pertemuan itu diatur khas untuk beramah mesra dan berdiskusi dengan sheikh khususnya bagi membincangkan suasana umat Islam di Malaysia. Namun belum sempat soalan dikemukakan, Sheikh Wahbah terlebih dahulu mengulas tentang Islam Hadhari. Beliau berpesan kepada kami supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama. Ini sebagai persiapan diri untuk perjuangkan Islam dan berhadapan dengan banyak kesesatan di zaman sekarang.

Menurut Sheikh, di Malaysia ada Islam Hadhari. “Islam Hadhari ini sesat dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam.” Terpaku penulis mendengar kata-kata tersebut.

“Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki),” jelas Sheikh Wahbah lagi.

Menurutnya, ketika menghadiri muktamar Alumni Al Azhar di Malaysia tempoh hari, Perdana Menteri asyik bercakap soal Islam Hadhari. Namun ketika itu, beliau tidak mendapat kesempatan yang sesuai untuk menjawabnya. Namun hari ini beliau dengan tegas menyatakan bahawa Islam Hadhari bukan daripada Islam yang sebenar.

“Hanya Amerika yang suka Islam Hadhari”, jelas Sheikh Wahbah kepada penulis.
Kenyataan beliau ini jelas membawa maksud, bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi berbohong apabila menyatakan Islam Hadhari diterima Ulama dunia seperti Sheikh Wahbah Zuhaili, Al Butti dan lain-lain. Malah perhimpunan Alumni Al Azhar yang dijadikan gelanggang untuk menunjukkan kerajaan BN lebih Islam dan disokong Ulama dunia hanyalah sandiwara.

Tidak sangka seorang Perdana Menteri bukan sahaja membohong rakyat jahil tentang Islam Hadhari yang dibawanya, malah sanggup berdusta di hadapan ilman-ilmuan Islam atau ulama-ulama dunia.

Keduanya beliau juga menyelar kumpulan Quraniyun yang dikatakan wujud di Malaysia. Kumpulan ini kononnya hanya berpegang kepada Al Quran sahaja dan menolak Hadis. Menurut beliau sebagai orang Islam, kita wajib berpegang dengan kedua-duanya. Jelas di dalam Al Quran Allah menyeru orang beriman supaya taat kepada Allah dan Rasul.

Sumber dari blog kalamkerinchi.

Advertisements

10 responses to “ISLAM HADHARI SESAT!!! – SHEIKH DR WAHBAH ZUHAILI

  • 0 GMT

    minyak di dunia, mahu di kontrol USA.
    perundangan di kontrol British.
    hadhari di kontrol badawi.
    plus anwar.
    maka jadi lah malaysia baru yang di mau kan oleh anak bangsa akan datang.
    jika anda berumur bawah 30 tahun, cepat lah baca nasihat orang tua baby boomer 45 tahun ke atas, tak lebih umur 50 tahun.
    mereka lah yang telah bekerja bangunkan malaysia dengan tangan kosong, dibawah arahan mahathir, mereka lah yang patut di hargai..yang dah tua tua tu, baik ke masjid atau wakaf taubat korupsi..yang bawah 30 tahun tu, baca..analisa..pikir..jangan ter PESONG..

    baca

    http://wordpress22.wordpress.com/2008/06/30/kebangkitankemanusiaan/

    Like

  • Hadhari Sesat « M O T H E R U N I V E R S E

    […] July 12, 2008 by Ko Yem Binjai ISLAM HADHARI SESAT!!! – SHEIKH DR WAHBAH ZUHAILI « muzir.wordpress.com […]

    Like

  • jmalaya

    bagus dengan pengalaman anda. info yang amat berguna. dengan islam hadhari lah pelbagai masalah sosial dan umat berlaku masa kini.

    Like

  • azlan

    Assalamualaikum.

    tak ada rakaman video ke masa pertemuan dgn sheikh dr wahbah zuhaily tempoh hari. nak jugak dengar sendiri dari mulut beliau. wasalam.

    Like

  • ok

    Kalau hadariyah Islam tu aku yakin le, tapi Islam Hadhari ni sori le………………..

    Like

  • shahmuzir

    Assalamu’alaikum…

    Terima kasih atas feedback tuan/puan. Artikel di atas telah saya ambil dari blog kalam kerinchi. Malangnya, artikel tersebut telah hilang dari sumber asal tempat di mana saya ambil. Sebabnya? WALLAHU ta’ala a’lam.

    Berikut adalah komen saya:
    https://muzir.wordpress.com/2008/07/13/islam-hadhari-sekadar-komen-saya/

    Baca sampai habis, terutama kesimpulan… 🙂

    Like

  • 80 palang

    ntah lah
    islam hadhari merupakan konsep tau gagasan yg gagal
    adakah hanya kemajuan dari segi zahiriah yakni bangunan pencakar langit yg begitu bnyk sehingga kemajuan dari segi rohaniah tidak diendahkan.
    adakah ini HADHARI yg dimaksudkan dalam gagasan kerajaan sekarang.ulama hanya berperanan membaca doa sahaja d masjid

    Like

  • nyys

    setuju dengan azlan..kalau ada rakaman ke boleh juga share..tak salah kan?..benda baik..

    Like

  • shahmuzir

    Saya pun setuju dengan Azlan. Yelah, tak salah, benda baik. 😉

    Like

  • izwan 5 taat

    jgnlah kita sbgai muslim mnylhkan ssma sndiri..skiranya masih ada ruang untuk mncri titik pertemuan,marilah kita berbincang tnpa bersangka buruk trhdp ssuatu prkara.tidak elok dan tidak manis sekiranya kita menghina sseorang muslim itu disebabkan krna kbodohannya.berbaloilah kita mnasihatinya krna islam itu tidak pernah mgjar umatnya untuk mnghina ssma islam..skiranya kita dgr apa yg diperkatakan nabi,insyaallah kita tidak akn sst..iaitu BERSATU

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: