ISLAM HADHARI: Sekadar komen saya

Pertama kali saya terserempak dengan istilah “ISLAM HADHARI” ni ketika Malaysia di ambang pilihanraya umum ke-11, tahun 2004.  Istilah ini tidak pernah kelihatan/kedengaran di KL dan Selangor ketika itu.  Tetapi di Terengganu, banner-banner ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI” menjadi hiasan di mana-mana ceruk negeri.  Padanya terpampang gambar DS Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Dr Abdullah Md Zin dan DS Idris Jusoh (seingat saya).

Terengganu ketika itu diterajui kepimpinan negerinya oleh PAS.  Disebabkan PAS adalah parti yang dilihat sebagai pihak yang memperjuangkan ISLAM, maka mungkin UMNO merasakan ISLAM HADHARI boleh dijadikan formula ampuh merampas kembali Terengganu demi political mileage mereka.  Ternyata, ia menjadi… ditambah pula dengan pelbagai “*strategi politik*” yang digunakan oleh UMNO bagi merealisasikan hasrat politik mereka.

Selepas itu, tersebarlah istilah ini ke seluruh ceruk negara.  Malah ia dipromosi ke luar negara.  Pelbagai reaksi positif dan negatif timbul. 

Saya, secara peribadi sangat tidak setuju dengan istilah ‘ISLAM HADHARI’ yang pelik ini sejak ia mula diperkenalkan.  Sangat janggal istilahnya.  ISLAM tidak perlu ditongkatkan dengan mana-mana istilah untuk menampakkan kehebatannya.  Atau untuk ia diterima sesuai dengan zaman semasa.  ISLAM ya’lu wala yu’la ‘alaih!  Namun siapalah saya?  Kata2 insan kerdil ini tidak mempunyai pengaruh langsung bagi merubah kehendak kerajaan agar jangan digunakan istilah ini.

Setahu saya, sekitar tahun 2004 hingga awal 2007, belum ada lagi fatwa dan pendapat ulama’ yang terkenal yang tidak bersetuju dengan istilah tersebut.  Mungkin istilah tersebut masih belum tersebar ke luar negara.  Namun, di Malaysia, beberapa ulama’ telah mengeluarkan pendapat mereka, antaranya TG Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain ahli agama dan akademik.  Malah TG Abdul Hadi Awang telah mengeluarkan buku khas berkenaan isu ini yang bertajuk ‘Hadharah Islamiyyah, Bukan ISLAM Hadhari’ yang menyanggah penggunaan istilah ‘ISLAM HADHARI’.

Ummat ISLAM yang mempunyai iman yang sihat, tentu sukar untuk menerima jenama ISLAM HADHARI yang diperkenalkan ini, termasuklah saya, walaupun saya maklum bahawa iman saya tidaklah sekental orang lain.  Komen-komen terdahulu yang pernah saya utarakan di AAN, ada saya lampirkan di bahagian komen.

Terkini, antara fatwa dan pendapat ulama’ tersohor dunia yang saya jumpai yang menolak istilah ISLAM HADHARI ini adalah Prof Dr Yusuf al-Qaradawi:

Semua penamaaan dan pembahagian ini ditolak dalam Islam. Tiada Islam kecuali hanya satu Islam dan tiada sekutu atau pelbagai jenis baginya. Tiada harus memberi pengiktirafan kepada selainnya, yang diiktiraf hanyalah Islam yang terawal yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Islam yang difahami oleh sebaik-baik generasi dan kurun dari kalangan sahabat dan tabien yang telah dipuji oleh Allah dan RasulNya.

Inilah dia Islam yang benar, sebelum dicemari kekotoran dan kekarutan ideologi, falsafah, rekaan puak-puak, hawa nafsu para pendebat, penyusahan oleh puak pelampau, dan salahguna puak pentakwil yang jahil. 

 dan Prof Dr Wahbah Zuhaili:

Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan) dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam.  Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki).

Nah, mereka telah bersuara.  Namun suara-suara ulama’ besar ini tidak kedengaran di media perdana akibat kekangan.

Sebagai insan kita mengakui bahawa setiap apa yang diusahakan insan pasti ada cacat-celanya, apatah lagi jika ia diusahakan atas dasar political mileage pihak berkuasa.  Haruskah kita menolak bulat-bulat ISLAM HADHARI ini?  Pada saya istilahnya; YA, kita kena tolak.  Namun, pengisiannya mestilah diterima secara terbuka oleh kita, tetapi bersyarat.  Selagi menepati al-Quran dan as-Sunnah, kita kena meraikannya dan membantu perlaksanaannya.

Kesimpulan saya:

  • ISLAM yang diturunkan ALLAH subhanahu wata’ala kepada Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam telah sempurna dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan.  Ia tidak mememerlukan nilai tambah ciptaan manusia utk menjadikan ia relevan dengan nilai semasa.
  • ISLAM HADHARI bermasalah dari segi istilah.  Malah pendekatannya boleh menyesatkan manusia dalam tempoh yang panjang.
  • Disebabkan ia dasar kerajaan yang tak mampu kita ubah (melainkan berubahnya kerajaan), maka kita perlu mengambil ruang dan peluang yang ada untuk melaksanakan ISLAM yang hakiki, walaupun terpaksa mual menggunakan istilah ISLAM HADHARI.  Kakitangan kerajaan dan swasta yang berfikrah Islami harus bijak mencari ruang yang tersedia ini utk merealisasikan ajaran ISLAM ke dalam organisasi dan dasar kerajaan dan negara.
  • Teguran dan sifat bantu-membantu atas hal kebaikan dan mencegah keburukan harus diperutuhkan di kalangan rakyat.  Jangan asyik mengadu dan mengkritik sahaja.  Cadangan membina kepada kerajaan dan lain-lain pihak yang ingin menterjemahkan ISLAM ke dalam masyarakat perlu dibuat.  Supaya kebaikan ISLAM dapat disebar-luaskan kepada masyarakat.

wAllahu ta’ala a’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
13 Julai 2008

Advertisements

4 responses to “ISLAM HADHARI: Sekadar komen saya

  • shahmuzir

    Posted: June 08, 2006 – 01:44 AM in al-Ahkam.net:

    Assalamu alaikum…

    Istilah ISLAM HADHARI ini sampai bila2 pun saya tak boleh terima!!!

    Bagi manusia yang celik aqalnya, pasti nampak ia seumpama benda baru yang lebih hebat, sofistikated, mengancam, terkini, moden, progresif bla…bla…bla…

    Bukankah nama ISLAM sudah cukup merangkumi segalanya!? Segala yang positif tanpa perlu penyenaraian…Islam itu tinggi dan tidak ada lebih tinggi darinya. Dan Islam tidak perlu bertongkatkan dengan apa2 nama pun untuk menghebatkannya dan membuatkannya diterima ramai.

    ==========================================================

    Ditanya tentang berlapang dada.
    Ya, bagi saya elok kita berlapang dada tentang hasrat yang insyaAllah murni kepada Islam Hadhari itu. Ah, pelik sungguh sebut Islam Hadhari ini!! Pengisian kepada apa yang dibawa oleh kerajaan mudah-mudahan sedikit demi sedikit menjinakkan manusia liar kepada Islam. Itu doa saya. Bagi kita muslim yang dah Islam ni, benda yang kerajaan bawa ni kurang memberi kesan.

    Itulah untungnya jika gerakan Islam di Malaysia ini kuat.
    Kerajaan yang sekular terpaksa mengikut rentak dan gelombang rakyat yang mahukan Islam. Walaupun pengenalan Islam had hari, perbankan Islam, takaful, zakat sistematik dan pelbagai islamic system tujuannya untuk mengambil hati rakyat demi political mileage, namun sekurang2nya kita yang muslim ini mendapat faedah daripadanya.

    Usaha ke arah mengIslamkan keseluruhan sistem di Malaysia mungkin perlahan dengan sekular yang masih mendasar pemikiran pemimpin2 kita. Jadi, apa tindakan kita? Setiap kita mempunyai peranan walaupun kecil. Setiap ruang harus digunakan, walau secalit pen (X) bagi membolehkan daulah islamiyyah tertegak di Malaysia tercinta ini. Apatah lagi jika ada antara kalian menjawat jawatan tinggi di dalam kerajaan, gunakanlah untuk Islam. Makmurkanlah Malaysia ini dengan prosedur, peraturan, dasar, sistem, suasana yang bertepatan dgn Islam. Bermula dgn sedikit demi sedikit.

    Dan sokonglah dan bersamalah dengan gerakan Islam, selagi ajakannya kepada Allah dan Rasul, bagi merubah angin masyarakat ke arah hidup yang diredhai Allah dan RasulNya. Usah timbang2 lagi, bulatkanlah hati bersama Islam dan kumpulan yang memperjuangkannya. Cacat cela, sama2lah kita tegur dan baiki.

    Promosikanlah Islam sebagai addin, nescaya kita tak kira individu, keluarga, jemaah, ummah pasti mendapat manfaat daripadanya. Kalau tak di dunia, mudah2an mendapat ganjaran yang lebih hebat di akhirat nanti.

    Allahu akbar!!!

    Like

  • shahmuzir

    Posted: Sep 12, 2007 – 09:45 AM in al-Ahkam.net:

    Assalamu ‘alaikum…

    Memanglah apabila disebut tentang progresif, pembangunan, kesederhanaan; mana ulamak & muslim pun akan setuju. Dan ISLAM memang menggalakkan sifat2 positif, asal sahaja tak bertentangan dengan syara’.

    Tentang pengisian dan usaha2 kerajaan ingin menerapkan ISLAM ke dalam pentadbiran dan negara memang kita sokong. Kerana ia akan memberi kebaikan kepada kita sendiri, ummat ISLAM.

    Namun, apa yang kita kesali ialah penjenamaan ISLAM yang dibuat oleh pemimpin negara kita dan mungkin juga pemimpin2 negara muslim yang lain. Pasti aqal muslim yang sihat tidak dapat menerima jenama seumpama ‘ISLAM HADHARI’ ini. Dengar sahaja pun, macam pengenalan kepada agama baru atau paling lunak pun ‘ISLAM yang lebih sempurna/moden’. Kenapa perlu jenama baru ini?!

    Pasti ada yang kata, “kita tumpu sahaja kepada pengisiannya”. Ya, itu kita setuju, kerana ummat ISLAM harus mempunyai daya adaptability yang tinggi dan terus bergerak maju tanpa bersifat terlalu rigid. Namun, walaupun begitu, istilah2 moden jika tidak dikawal bisa sahaja membawa kesesatan akidah dan pemikiran dalam tempoh jangka masa panjang.

    Orang bertanya:
    Apa itu ISLAM?
    Apa pula ISLAM Hadhari?

    …Mungkin kalian dapat renungkan dengan lebih mendalam, insyaALLAH.

    waAllahu ta’ala a’lam.

    Like

  • amir aris

    aku pun sokong yang istilah tu menyesatkan…

    cuma, cam ko cakap la…anjing menyalak bukit takkan runtuh punya.

    Like

  • nira

    aku pun tak stuju ngan islam hadhari ni..istilah islan hadfhari ni boleh wat orang keliru ngan islam..ntah ape2 ntah dorang ni tak pk panjang b4 meletakkan islam tu kpd islam hadhari.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: