AZHAN ATAN menyentuh hati kita semua

Semalam AAN memaparkan video seorang peserta Akademi Nasyid bernama Azhan Atan yang berasal dari Johor. 

Setelah menonton beberapa video yang diusahakan oleh proalahkam, ternyata Azhan Atan mempunyai bakat yang luar biasa.  Walaupun beliau digolongkan sebagai insan OKU (Orang kurang Upaya) kerana kurang daya penglihatan, namun suaranya merdu.  Yang paling menarik ialah penyampaian beliau lebih mengutamakan inti lirik lagu.  Jelas sekali pada lagu-lagu yang disampaikan, penekanan kepada lirik dan mesej lagu sangat terserlah.  Tidak hairanlah jika ada yang tersentuh jiwa mereka tatkala mendengar dan menghayati lagu yang disampaikan oleh beliau.

Saya masih tidak tahu pada hari apa dan jam berapa rancangan Akademi Nasyid ini ke udara di TV.  Kalau saya terlepas rancangan ini pun, sure akan ada orang lain upload ke internet ;).  Namun, harapan saya ingin melihat insan bernama Azhan Atan menyerikan suasana dunia hiburan di Malaysia dan membawa masyarakat ke arah mengesakan ALLAH.


7 responses to “AZHAN ATAN menyentuh hati kita semua

  • shahmuzir

    Saya tak ikuti perkembangan nasyid. Tapi, jika nasyid boleh digunakan sbg saluran dakwah, nah silakan. Cuma, jangan melampaui batasnya.

    Sejak 5 tahun kebelakangan ni, nasyid telah banyak mempengaruhi sebahagian jiwa remaja. Sekurang2nya nasyid membawa mesej dan identiti positif. Ia sudah cukup memberi alternatif yg dicari2 oleh remaja yang sentiasa dlm dilema.

    Kemunculan Azhan Atan memberi kesegaran baru dlm industri nasyid. Dengan suara yg merdu dan penyampaian yg berkesan, saya rasa ia akan memberi kebaikan buat kita semua, khususnya remaja dalam konteks dakwah Islamiyyah.

    Like

  • da

    Akademi Nasyid = Sabtu 8.30 TV9

    Like

  • Sharm

    Salam buat sesama Islam.
    Ternyata Azhan insan OKU ni telah berjaya menyentuh perasaan saya dengan lagu yang didendangkan. Kalaun tak dapat mengikuti di TV9 saya melayarinya di Youtube atau sekarang kita boleh tengok di TV9.com.my.
    Setiap insan yang dilahirkan ada keistimewaannya.

    Like

  • Zulkifli

    Rasanya ni Lagu M. Nasir kan. Camana pulak dia boleh dikatakan lagu Nasyid? Rasenya ni bukan Nasyid.

    Like

  • shahmuzir

    Zulkifli,
    Lagu kat atas tu bukan lagu M Nasir rasanya. Tajuknya KEPADAMU KEKASIH nyanyian siapa ntah? Memang lagu tu memaksudkan KEKASIH sebagai Tuhan.

    Mungkin Zulkifli refer to lagu KAU KEKASIH AWAL & AKHIR nyanyian Jamal Abdillah yang pernah Azhan Atan sampaikan dalam Akademi Nasyid tu kot.

    Itulah kelebihan Azhan. Memang lagu KAU KEKASIH AWAL & AKHIR tergolong dalam lagu bercorak cinta manusia. Tetapi apabila lagu tu diberi sentuhan Azhan, rupa2nya ia juga boleh dimaksudkan Tuhan sebagai ‘kekasih awal dan akhir’. Cuba amati liriknya dan bawa maksudnya sesuai dengan ISLAM.

    ‘Kau kekasih Awal & Akhir’
    ‘Kau kekasih Batin & Zahir’

    Bukankah al-Awwal, al-Akhir, az-Zahir dan al-Batin adalah antara asma ALLAH yang indah? Itu antara yang mungkin beliau temui di dalam lagu tu. Saya tak layan lirik2 lagu ni.

    Lain2 baris lirik juga jika diamati boleh diarahkan maksudnya kepada ketuhanan. Itulah menariknya si Azhan ni. Beliau berupaya membawa mesej ketuhanan/keagamaan pada lagu yang disampaikan, walaupun mungkin pada asalnya lagu tersebut dianggap hanya lagu cinta biasa.

    Saya bukan peminat Azhan. Tapi, saya suka dengan kebolehan beliau. Mudah2an ada kebaikan pada apa yang cuba beliau usahakan melalui industri nasyid ini.

    wAllahu ta’ala a’lam.

    Like

  • Zulkifli

    Erm. Sya peminat M. Nasir. MMg lagu tu M. Nasir buat utk tujuan tu. M Nasir ada byk lagu2 puitis, Lagu yg dia cipta n nyanyikan sendiri mmg tak sama dgn lagu yg dia cipta utk org nyanyikan. Lagu dia tak stereotype..tgk link ni DIa buat lagi ni kalo tak salah dlm tahun 1995. Azhan nyanyikan semula.

    Like

  • shahmuzir

    Terima kasih saudara Zulkifli atas komen yg bagus dan link kepada video klip yang indah lirik dan lagunya.

    Maaf sebab saya memang tak berapa ikut perkembangan muzik. Mungkin saudara Zulkifli mengenali bagaimana pembawaan dan maksud tersirat lagu M Nasir, disebabkan saudara memang peminat beliau.

    Sayang sekali, jika lagu2 beliau yang mempunyai maksud tersirat gagal difahami oleh pendengar. Kerana bagi saya, mesej itulah yg penting. Betul ke lagu ‘Aduh Saliha’ nyanyian Mawi juga mempunyai makna tersirat? Ada orang cakap macam tu…

    wAllahu ta’ala a’lam.

    Like

Leave a comment