Pengalaman Berinsurans Seorang Wanita India

Khamis lepas, saya pergi menemui pelanggan saya seorang jurutera di Subang, Selangor.  Tujuannya, adalah untuk menghantar polisi Takaful yang telah siap.  Memang sudah amalan saya menghantarnya by-hand dan saya akan memperjelaskan secara ringkas tentang pelan perlindungan yang telah diambil seperti yang terkandung di dalam polisi.

“Wah, dapat payung ye?  Saya pun nak payung freelah”.  Tegur seorang kakitangan wanita berbangsa India semasa saya sedang memberi penerangan kepada pelanggan saya.  Nampaknya beliau berminat dengan cenderahati yang saya belikan untuk pelanggan saya.  Saya sekadar tersenyum.

“Ni apa ni?  Insurans ke?”  Tanyanya.

“Ni Takaful.  Macam insurans jugaklah.  Tapi ini Islamic Insurance.”  Jawab saya.

“Ooo…Takaful ya.  Baguslah.  Serupa ke Takaful dengan insurans ni?  Saya boleh ke?”  Tanyanya lagi. 

“Serupa jugaklah.  Tapi ia Islamic punyalah.  Macam sekarang, kan macam-macam ada…Islamic Banking, Islamic Credit Card.  Semua boleh masuk.  Bagus.”  Saya cuba memberi penjelasan ringkas kepada beliau sebab penerangan kepada pelanggan saya belum lagi habis dibuat. 

“Wah, baguslah.”  Responnya.

“You dah ada insurans ke?  Boleh ambil satu untuk you”.  Pelanggan saya sempat mempromosi.  Saya tersenyum.

“I sudah ada.  Suami I dulu ambil 50 ribu sahaja.  Dia meninggal sebab kanser.  Bolehlah sikit kurangkan beban…”.  Jelas beliau.

Nampaknya perbualan kami bersambung dengan kisah beliau yang telah kematian suami disebabkan oleh kanser perut.  Dia merungut kerana suaminya hanya ambil sum-covered RM50 ribu sahaja.  Kalaulah dia ambil banyak sikit… (?).  Suami beliau meninggal dunia pada umur 40 tahun, dan beliau ketika itu berumur 36 tahun.  Meninggalkan anak-anak yang masih kecil untuk meneruskan kehidupan yang mencabar.

Kisah wanita India tersebut serupa dengan kisah saya sekeluarga.  Al-marhum bapa saya telah meninggal dunia pada umur beliau ketika itu 38 tahun.  Meninggalkan ibu saya yang ketika itu berumur 36 tahun dan anak-anak yang masih kecil.  7 orang anak.  Dan saya adalah anak yang sulong.  So, perit yang dilalui oleh wanita itu dapat saya bayangkan.  Namun, tidak dapat saya rasakan deritanya seperti yang telah beliau dan ibu saya lalui.

Jika suami wanita itu telah mengambil insurans dan meninggalkan RM50 ribu utk isteri dan anak2nya tatkala beliau meninggal, kes saya berbeza pula.  Kita masyarakat Melayu masih belum terdedah dengan kepentingan berinsurans.  Nasib baiklah al-marhum bapa saya seorang askar.  Jadi, kos perubatannya telah ditanggung oleh ATM.  Cumanya, setelah beliau meninggal dunia, tak banyak tunai yang beliau tinggalkan.  Mujurlah ibu saya ketika itu bekerja sebagai kerani.  Sedikit sebanyak terisi jugalah perut kami.  Bagaimana pula dengan hutang dan lain2 perbelanjaan?

Pelanggan saya yang berusia 27 tahun dan masih belum berumahtangga itu mungkin telah mengambil suatu pengajaran dari perbualan saya, wanita india itu dan dirinya.  Takpelah hari ini beliau hanya ambil RM100 caruman bulanan yang melindungi risiko kewangan akibat kematian, hilang upaya kekal menyeluruh, penyakit kritikal, hilang upaya kekal separa akibat kemalangan, elaun harian hospital, perbelanjaan jenazah dan manfaat pengecualian caruman.  Esok, apabila sudah berumahtangga, beliau perlu mempertimbangkan untuk mengambil jumlah yang lebih.  Supaya jika berlaku musibah kepada dirinya, nasib keluarga lebih terbela dari segi kewangan.

Pengajaran:

  • Wahai ketua keluarga, buatlah perancangan untuk menghadapi situasi sukar.  Contohnya jika meninggal dunia awal, memerlukan perbelanjaan besar akibat penyakit kritikal, pelangsaian hutang dll.  Anak2 dan isteri adalah kesayangan kita.  Ambillah sedikit usaha untuk buat perancangan.
  • Kaum lain seperti cina dan india, mereka lebih advance berbanding melayu dalam hal berinsurans.  Jadi, mereka lebih bersedia tatkala berhadapan situasi genting seperti kisah di atas.  Walaupun kini sudah ada perkembangan sihat iaitu generasi Melayu baru telah mula faham akan kepentingan insurans, namun perkembangannya masih perlahan.
  • Dalam mengurus risiko kewangan (berinsurans), sebagai ummat ISLAM kita wajib memilih TAKAFUL.  Jangan miliki insurans konvensional kerana ia mengandungi RIBA’, MAISIR dan GHARAR.

wAllahu ta’ala a’lam.

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: