RIBA dan Hukumannya!

(1)   RIBA dihukumkan sebagai antara DOSA BESAR.

(2)  Pemakan dan Pemberi RIBA perangi Allah subhanahu wataala dan Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam. 

Firman Allah subhanahu wataala:

“Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertobat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (Al-Baqarah: 279).

Ikhwanul muslimin, betapa beratnya ayat ini hendak kita terima. Bagi yang berhati lunak dengan agama, apabila dibaca ayat ini terasa gementar jasadnya, tak tertahan air mata…terus meluncur, bercucur. Gerun. Betapa Allah pujaan kita menyuruh kita agar isytiharkan perang denganNya dan RasulNya jika kita masih berdegil tidak mahu meninggalkan RIBA. Ayat inilah yang membuatkan kita semua kuat terpanggil untuk menjauhi RIBA. 

Mahukah kita berperang dengan Allah dan RasulNya???

(3)   Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

Firman Allah subhanahu wataala:

”Allah menghancurkan keberkatan kerana RIBA dan menambahkan keberkatan dari sedeqah”.(Al-Baqarah : 276)

Sabda Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam dari ibnu Mas’ud radhiAllahu ‘anhu:

Ertinya: ”Sesungguhnya RIBA walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” (Riwayat Ahmad, al-Hakim) – Musnad Ahmad, no 3754, 1/395; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan (Fath al-Bari, 4/399)

Berkata Ibn Abbas radhiAllahu ‘anhu:

Ertinya: ”Tidak diterima dari pemakan RIBA (yang menggunakan harta RIBA’) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” – Al-Jami’ li Ahkami Quran, al-Qurtubi, 3/362; az-Zawajir, ibid, 1/224

Apa guna hidup tanpa barakah??? Hidup mungkin kaya, hasil pelaburan mungkin berganda. Namun, janganlah dengan mengejar kekayaan dan kemewahan itu membuatkan kita makin jauh dari rahmat Allah, malah mengundang murka Allah.

(4)  Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri

Nabi sallAllahu alaihi wasallam bersabda :

Ertinya : ”RIBA mempunyai 73 pintu, RIBA yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim) – Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 al-Hakim : Sohih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim.

(5)  Lebih Berat Dari 30 Kali Zina.

Nabi sallAllahu alaihi wasallam bersabda :

Ertinya: ”Satu dirham RIBA yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” (Riwayat Ahmad & ad-Dar Qutni) – Musnad Ahmad, 2/225; ad-Dar Qutni, hlm 295; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103

Cukuplah dengan dalil-dalil di atas bagi membuatkan kita cukup2 insaf dan gerun akan amaran/ancaman dan murka Allah subhanahu wataala berkenaan RIBA.

Beralihlah ke sistem muamalah Islami yang pastinya bebas dari RIBA. Berikut adalah antara perkara yang boleh menjuruskan kita kepada RIBA:

  • Perbankan konvensional
  • Insurans konvensional
  • Urusan hutang piutang (tidak kira dengan institusi mahupun dengan individu seperti kawan, adik-beradik dll, apatah lagi dengan ah-long)
  • Urusan muamalah berkaitan item RIBAWI seperti emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam.
  • Menjebakkan diri dengan skim-skim simpanan/pelaburan/perniagaan yang meragukan dan tidak diperiksa akan kepatuhannya kepada prinsip syara’.

Saranan:

  • Beralihlah kepada Perbankan Islami.
  • Beralihlah kepada Takaful.
  • Tambahilah ilmu dengan mendekatkan diri kita dengan majlis ilmu. Agar kita berupaya mengenalpasti perkara2 berkaitan RIBA, lantas menjadikan urusan muamalah seperti hutang dan berkaitan item RIBAWI menepati cara yang dibenarkan syara’.
  • Jauhilah perkara HARAM.  Ambillah perkara yang HALAL.  Jika kalian ragu-ragu samada ia HALAL atau HARAM, sesungguhnya menjauhinya lebih dekat dengan sifat TAQWA.

Beberapa dalil di atas adalah dipetik sebahagian kecil dan disusun semula bersumberkan kertas kerja yang disampaikan oleh Ust Zaharuddin bertajuk “Halal & Haram Dalam Urusan Kewangan:  Antara Dosa dan Harta” di Seminar Perdana ISLAM sebagai Sebuah Cara Hidup pada 15 & 16 April 2006 di DBP, KL.

Semoga kita semua bebas dari RIBA, amin…

WAllahu ta’ala a’lam.

www.muzir.wordpress.com

Advertisements

9 responses to “RIBA dan Hukumannya!

  • saefudin

    saya tanya kepada anda:
    1. Menurut anda apa arti dan maksud riba yang sebenar-benarnya ?
    2. Menurut anda, ketika bank syariah tidak menggunakan sistem bunga, apakah berarti hal tersebut dengan sendirinya sudah terbebas dari praktek RIBA ?
    3. Menurut anda, apakah praktek berbankan syraiah sekarang sudah benar2 sudah sesuai dengan hukum Islam ?

    Like

  • shahmuzir

    Assalamu’alaikum…

    Terima kasih kerana sudi bertanya.

    1. RIBA’ dieertikan sebagai sebarang tambahan dalam item-item tertentu (Ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat tempoh.

    2. Bank-bank yang mendakwa bebas RIBA’ telah berusaha sedaya upaya mereka memperkenalkan sistem perbankan Islami. Mereka telah melantik pakar-pakar yang mengesahkan bahawa sistem mereka telah bebas dari RIBA’. Pakar-pakar ini telah memberikan penyelesaian dengan memperbaiki kontrak muamalah agar tidak bercanggah dengan ISLAM. Bukan itu sahaja, banyak lagi telah mereka kaji dalam menghasilkan produk perbankan yang bebas dari unsur RIBA’. Sebagai seorang awam, memadai dengan kita menerima pengesahan mereka, kerana pakar-pakar ini telah bertanggungjawab menyelidiki dan mengesahkan bahawa bank tersebut mengamalkan sistem perbankan yang bebas RIBA’.

    3. Banyak lagi penambahbaikkan yang diperlukan. Sistem perbankan kita telah lama dikarati dengan sistem RIBA’. Walaupun sesetengah bank telah mendakwa mereka bebas RIBA’, namun penyelidikan harus terus dilakukan. Pada saya, sistem perbankan Islami kini telah berjaya keluar dari RIBA’, namun masih jauh lagi perjuangan mereka untuk mencapai kesempurnaan ruh ISLAM.

    wAllahu ta’ala a’lam.

    Like

  • Nur

    Astagfirullah…takut saya baca!!!
    Izinkan saya copy & share, tq…

    Like

    • shahmuzir

      Silakan share…supaya ramai tahu betapa besar dan dahsyatnya dosa RIBA ini.

      Selama ini ramai tak tahu dahsyatnya dosa RIBA!

      Dosa makan babi pun belum dapat menyaingi besar dosa makan RIBA!

      Like

  • sribayu

    Assalamualaikum.
    saya nak bertanya,bagaimana mahu tukar kepada muamalah sedangkan selama ini hutang kereta,rumah,pinjaman peribadi,pinjaman pendidikan,kad kredit ,insuran yg saya ada semuanya sudah sejak dari asalnya adalah konvesional.ada cara saya mahu keluar dari system ini?dah lagi andaikata kita sudah terperangkap dalam system ini sehingga nafas terakhir kita,adakah kita akan kekal selamanya didalam neraka?

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      1) …bagaimana mahu tukar kepada muamalah sedangkan selama ini hutang kereta,rumah,pinjaman peribadi,pinjaman pendidikan,kad kredit ,insuran yg saya ada semuanya sudah sejak dari asalnya adalah konvesional.ada cara saya mahu keluar dari system ini?
      – Alhamdulillah, Tuan telah dikurniakan kesedaran dalam hal ini. Ia tidak lain adalah dari hidayah dan taufiq ALLAH.
      – Di Malaysia, kita mempunyai banyak institusi kewangan Islami. Tuan boleh berhubung dengan pihak institusi kewangan Islami yang ada dalam pasaran untuk berpindah dari sistem konvensional ke sistem Islami. Mungkin akan melibatkan banyak prosedur dan kerumitan. Anggaplah itu semua sebagai mujahadah Tuan untuk mendapatkan redho ALLAH. Mudah2an semua usaha Tuan diberkati ALLAH dan diberikan ganjaran yang banyak di akhirat nanti, amin.
      – Namun, jika Tuan bertemu dengan jalan buntu, bertaubat kepada ALLAH dan mudah2an ALLAH ampuni dosa kita semua.

      2) …andaikata kita sudah terperangkap dalam system ini sehingga nafas terakhir kita,adakah kita akan kekal selamanya didalam neraka?
      – Soal syurga atau neraka, bukanlah hak kita untuk bersuara dan memberi ketetapan. Tetapi di dalam al-Quran memang dinyatakan bahawa ALLAH mengisytiharkan perang terhadap pelaku RIBA yang degil. Malah dalam ayat sebelumnya dikatakan bahawa akan dihumba ke dalam neraka selama2nya. Ayat ini cukup menjadi iktibar kepada kita bahawa RIBA mesti kita jauhi sungguh2.
      – Perbuatlah sedaya mungkin Tuan untuk menjauhinya. Selebihnya, jika tiada upaya, haraplah keampunan & rahmat ALLAH. Mudah2an DIA memberi keampunan dan rahmat buat kita semua, amin…

      WAllahu Ta`ala A`lam.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: