Monthly Archives: October 2008

QIBLA LOCATOR

Website berikut menyediakan kemudahan kepada ummat ISLAM dalam mencari arah dan kedudukan qiblat dari lokasi tertentu.  Kita hanya perlu masukkan lokasi yang diingini.  Mudah.  Apabila outputnya keluar, kita boleh berinteraksi dengan peta Google, samada zoom-in, zoom-out dan sebagainya.  Berikut adalah websitenya:

www.qiblalocator.com

Ini adalah output yang diperolehi apabila saya memasukkan lokasi TTDI Jaya:

Qibla Direction
Your Location
Latitude 3.1015
Longitude 101.5505
 
Qibla
Degrees 292.58° N
Distance 6969 km
Arah qiblat Ilham Apmt, TTDI Jaya
Selamat mencuba!

Melawat KLCC ‘Bridge’

Appointment saya dengan prospek Takaful di KLCC sepatutnya jam 1600.  Seperti biasa, alhamdulillah saya sampai awal.  Saya beritahu yang saya dah sampai.  Malangnya, beliau kata ada meeting, dan meminta saya sabar menunggunya sejam lagi.  Aduh!  Nasib baiklah Samson kerja kat KLCC.  Call dia ajak jumpa jap.  Kesempatan berjumpa Samson di KLCC, telah membawa saya ke Menara 1 & 2 KLCC.  Sempatlah melihat2 keindahan KL dari ketinggian tingkat 40 (Jejambat KLCC) dan tingkat 80 (pejabat Samson).

Teruja juga rasanya.  Beruntung sungguh orang2 yang bekerja di Petronas ni ek 🙂

show


BULUHMAS disita!

Semalam adik ipar di Johor menghubungi saya melalui SMS mengatakan bahawa Buluhmas telah disita.  Mujurlah dia mengambil nasihat saya, katanya.  Jika tidak, pasti kerugian.  Berita yang disampaikan beliau saya sambut dengan perasaan yang bercampur-campur.  Sedih pun ada, marah pun ada, geram pun ada.

Mana tak geram, marah dan sedih?  Tak habis2 kita menjadi mangsa.  Ummat Melayu.  Muslim.  Jerih payah mencari rezeki dihanguskan dengan skim2 seumpama ini.  Sudahlah pemilikan wang dan aset kita yang muslim ini sedikit, yang sedikit ini pun hangus juga.  Apabila wang JUTAAN RM disita dan dibekukan oleh pihak berkuasa, maka statik sahajalah fungsi duit yang banyak itu.  Tak dapat dikembangkan.  Tak dapat dimanfaatkan.

Saya secara peribadi ingin mengajak kalian agar bacalah buku2 tentang asas perancangan kewangan.  Melalui ilmu asas berkenaannya, selain mengajar kita tentang mengatur struktur kewangan, insyaALLAH kita juga akan berupaya memilih instrumen kewangan yang betul untuk wang kita disalurkan.  Bukannya menyalur wang yang telah penat disimpan ke skim2 yang ‘tak tentu hala ini’.

Sedangkan instrumen kewangan yang disahkan BNM dan SC pun kita kena berhati2 dan mengukur tahap risiko, inikan pula skim2 yang entah punca dari mana ini?!  Nasihat saya, jauhkanlah!

Jika mahu dilihat dari sudut ISLAM pula, skim2 yang melata tumbuh mutaakhir ini kebanyakannya bermasalah dari sudut syariah.  Ada yang melibatkan unsur perjudian, ada yang melibatkan Riba’, ada yang melibatkan gharar, ketidakadilan dan bermacam2 lagi.  Sebagai seorang muslim yang ingin mencapai TAQWA, sifat menjauhkan diri dari perkara yang syubhah dan tidak ketahuan hukumnya perlu dipraktikkan dalam kehidupan.  Dalam setiap sudut kehidupan.

Press statement BNM


Breakdown kat Karak Highway!

Breakdown!

Breakdown!


Jemput ke laman ‘I LOVE ZAKIR NAIK’

Assalamu’alaikum…
 
Tuan/puan dijemput untuk ke laman web DR ZAKIR NAIK di http://www.ilovezakirnaik.com
 
Beberapa perkara menarik dikupas di sana.  Antaranya:
  1. Mengenai Zakir Naik
  2. Merungkai Salah Faham Mengenai ISLAM
  3. Ucapan Zakir Naik dlm bentuk video
  4. Muhammad SAW disebut di dlm Skriptur Agama Kristian, Hindu, Yahudi, Buddha dan Parsi.
  5. Dan lain-lain.
Semoga kita semua terus dilimpahi hidayah dan taufiq dari ALLAH.
Sebarkan kepada rakan2 kalian supaya manfaat daripada laman web tersebut dapat disebarkan.
 
(Laman web diperolehi melalui komen Bro Sabeer Ahameed di www.wechooseislam.wordpress.com)
 
wAllahu ta’ala a’lam.

OK ke ibu yang mengandung menyusukan anak?

Berikut adalah email yang saya hantar kepada rakan2 saya di x-press & exmaresmamuar e-group berkenaan tajuk diatas:

Assalamu’alaikum. ..

Next year insyaALLAH, kami akan dikurniakan ALLAH dengan anak ke4, alhamdulillah.

Masalahnya, anak aku yg ke3 masih menyusu. Umurnya dah 1tahun, 7 bulan. Bila kitorang tahu ibunya disahkan mengandung, accidentally ;), maka datanglah dilema “bolehkah meneruskan penyusuan kepada anak yg sedang menyusu tatkala ibu mengandung?”

1.
Menurut pembacaan dan pertanyaan isteri aku pada doktor, katanya BOLEH. Cuma, takut ibunya letihlah. Takde masalah pada anak dalam kandungan.

2.
Ada kata bahaya. Takut anak dalam kandungan kurang nutrisi.

3.
Baru2 ni adik ipar aku kata, nurse kerajaan marah kalau menyusu tatkala mengandung. Dikhuatiri boleh mengidap breast cancer.

Disebabkan ramai di kalangan kawan2 kita di dlm group ni doktor. So, aku harap korang dapat bagi nasihat berdasarkan ilmu dan pengalaman perubatan. Tak semestinya doktor, yang lain2 pun kalau ada pendapat yang diperolehi ‘reliable’, boleh juga dikongsikan di sini.

Mohon penjelasan daripada kawan2 semua.

Terima kasih.

Alhamdulillah, saya telah memperolehi feedback yang baik daripada rakan2 yang berpengalaman.  Sedihnya, takde sorang pun rakan dari kalangan doktor yang memberi feedback.  Mungkin mereka terlalu sibuk untuk membaca email, atau terlalu sibuk untuk membalas email, atau mereka berasa pendapat profesional melalui email tidak wajar dilakukan kerana dikhuatiri akan dipertanggungjawabkan kepada mereka.  InsyaALLAH, saya faham…

Berikut saya kepilkan feedback dari rakan2: (Terima kasih 🙂 )  Continue reading


%d bloggers like this: