BULUHMAS disita!

Semalam adik ipar di Johor menghubungi saya melalui SMS mengatakan bahawa Buluhmas telah disita.  Mujurlah dia mengambil nasihat saya, katanya.  Jika tidak, pasti kerugian.  Berita yang disampaikan beliau saya sambut dengan perasaan yang bercampur-campur.  Sedih pun ada, marah pun ada, geram pun ada.

Mana tak geram, marah dan sedih?  Tak habis2 kita menjadi mangsa.  Ummat Melayu.  Muslim.  Jerih payah mencari rezeki dihanguskan dengan skim2 seumpama ini.  Sudahlah pemilikan wang dan aset kita yang muslim ini sedikit, yang sedikit ini pun hangus juga.  Apabila wang JUTAAN RM disita dan dibekukan oleh pihak berkuasa, maka statik sahajalah fungsi duit yang banyak itu.  Tak dapat dikembangkan.  Tak dapat dimanfaatkan.

Saya secara peribadi ingin mengajak kalian agar bacalah buku2 tentang asas perancangan kewangan.  Melalui ilmu asas berkenaannya, selain mengajar kita tentang mengatur struktur kewangan, insyaALLAH kita juga akan berupaya memilih instrumen kewangan yang betul untuk wang kita disalurkan.  Bukannya menyalur wang yang telah penat disimpan ke skim2 yang ‘tak tentu hala ini’.

Sedangkan instrumen kewangan yang disahkan BNM dan SC pun kita kena berhati2 dan mengukur tahap risiko, inikan pula skim2 yang entah punca dari mana ini?!  Nasihat saya, jauhkanlah!

Jika mahu dilihat dari sudut ISLAM pula, skim2 yang melata tumbuh mutaakhir ini kebanyakannya bermasalah dari sudut syariah.  Ada yang melibatkan unsur perjudian, ada yang melibatkan Riba’, ada yang melibatkan gharar, ketidakadilan dan bermacam2 lagi.  Sebagai seorang muslim yang ingin mencapai TAQWA, sifat menjauhkan diri dari perkara yang syubhah dan tidak ketahuan hukumnya perlu dipraktikkan dalam kehidupan.  Dalam setiap sudut kehidupan.

Press statement BNM


One response to “BULUHMAS disita!

  • Makmum

    Salam,

    Kita Melayu nak naik sikit..ada je yg dengki..biasalah Melayu sinonim dgn PHD kan. Perasaan Hasad Dengki….pastu ada la yg suka repot merepot …tak tau hujung pangkal..terus repot. Kutuk sana sini. Sampai bila Melayu nak maju…memang tak kan maju kalau segala usaha yg baik dari org Melayu …ada la yg akan cantas..tu bisnes yg mengarut dlm internet tu …BNM pergi la siasat…masuk website..cari penganjur …tangkap la yg itu. Ni yg berniaga terang-terang …suka2 serbu …pastu..tahan 3 bulan. Minta bayaran kalau nak cepat bebas…ke apa ke? Melayu!!!! Sedar la…org lain pun buat bisness…ada ke yg dengki nak kacau…tu ALONG tu…BNM buat apa? Terang-terang susahkan org…pi la serbu..POLIS pi la tangkap…pakai la akta apa2 yg patut.

    Kalau mcm ni …Melayu merempat la di negeri sendiri…tengok mcm TESCO, JUSCO, GIANT, CARREFOUR, 7-ELEVEN, KFC, MCdonald etc…bisnes org asing…maju sakan…kita melayu pun nak bukak MARKET Juga….jual IKS punya barang, bantu IKS, bantu ahli, buat komuniti mcm bisnes lain jugak. Bangsa sendiri khianat bangsa sendiri. Melayu jugak rugi…suruh melayu jadi usahawan …bila naik…serbu..tak kalu…mati. Semak la…jutawan Melayu berapa org je yg panjang umur.

    Dah la tu…ikut suka masing2 la…Buluhmas nak bantu Melayu jadi jutawan berniaga…nak sekat…sekat la…tapi kalau dah bersih..jgn cari jalan lain nak sekat.

    Wasalam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: