Monthly Archives: November 2008

Sesi Bicara Mingguan Wilayah Tengah Takaful IKHLAS

talk


Takaful IKHLAS Menang Kategori Produk Paling Inovatif di KLIFF 2008

PETALING JAYA, 19 November 2008 – Syarikat pengendali perlindungan berasaskan syariah, Takaful Ikhlas  Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) dinobatkan sebagai penerima Anugerah bagi Kategori Produk Takaful Paling Inovatif sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2008 kelima (KLIFF 2008) pada 18 November 2008, semalam.

Anugerah yang diperolehi melalui Produk IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT) itu telah disampaikan oleh Menteri Kewangan 2, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah KLIFF 2008 di Hotel Istana, Kuala Lumpur di sini semalam.  Continue reading


Takaful IKHLAS – Syarikat takaful/insurans pertama menerima Sijil MS1900:2005

Kuala Lumpur, 16 Oktober 2008 – Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) mencatat sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai penerima Sijil MS1900:2005 di kalangan syarikat pengendali takaful dan insurans di Malaysia secara rasminya pada hari ini.

Syarikat pengendali Takaful yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelima penubuhannya pada 14 Oktober 2008 yang lalu diberi pengiktirafan tersebut oleh SIRIM QAS International bagi Sistem Pengurusan Kualiti dari Perspektif Islam.  Continue reading


MAKKAH Pada 2010

Berikut adalah gambar-gambar yang membayangkan rekabentuk Makkah dan persekitarannya yang bakal siap pada tahun 2010.  Gambar2 diperolehi dari sini.

Image

Image

Image

Image

Image

Image 

Image

Fuh, jika benarlah apa yang dilaporkan oleh link di atas, maka sudah tentu projek pembinaan ini dilakukan secara besar-besaran.  Pembinaan yang bakal dilakukan ini barangkali bagi menampung jemaah ummat ISLAM yang semakin bertambah mutaakhir ini.  ISLAM kini telah menjadi agama yang paling cepat pertambahan penganutnya, terutama pertambahan dari benua Eropah dan Amerika.

Ramai di kalangan ummat ISLAM yang baru memeluk ISLAM telah mengetahui kebenaran ISLAM tatkala mereka membaca sendiri isi kandungan al-Quran.  (Sila lawati www.wechooseislam.wordpress.com untuk membaca/menonton kisah2 mereka)

2 tahun lepas, ketika saya pergi mengerjakan umrah, kerja2 pembinaan telah giat dilakukan.  Rakan2 saya yang mengerjakan umrah tahun lepas mengatakan bahawa persekitaran Makkah berhabuk dan berdebu disebabkan kerja2 pembinaan.  Kita harapkan ia dijalankan dengan penuh teratur, tanpa terlalu mengganggu jemaah muslim yang mengerjakan ibadah haji, umrah dan lain2 ibadah harian di sana.

Berita lain berkenaannya:  http://www.worldfutures.info/News/Latest/v.html


Michael Jackson Telah Memeluk ISLAM, Dipanggil Mikaeel.

Semasa saya kecil, saya sangat meminati Michael Jackson.  Lagu2nya seperti Beat It, Thriller, Billy Jean, Bad, We Are The World dan lain2 lagu yang saya tak ingat tajuknya menjadi kegemaran saya.  Berita tentangnya sentiasa menggamit diri saya untuk mengambil tahu.  Part yg saya suka dia punya moonwalking dance tu, hehe 😉 .

michael_jackson_thriller

Semalam, 22 NOV 2008 saya terbaca berita di Metro yang melaporkan bahawa Michael Jackson telah memeluk ISLAM.  Dan Kosmo juga melaporkan:

LOS ANGELES – Raja pop, Michael Jackson memeluk agama Islam dalam satu majlis di rumah seorang rakannya di Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah akhbar melaporkan penyanyi berusia setengah abad yang sebelum ini menganuti mazhab Kristian Jehovah’s Witness itu menukar namanya kepada Mikaeel. 

Seterusnya, baca di sini.

Saya gembira, namun masih curiga.  Kerana sebelum ini telah banyak berita tentang keISLAMan beliau dilaporkan.  Semuanya palsu.  Tetapi kini berita tentang keISLAMan beliau nampaknya telah menjadi nyata dan ia dilaporkan oleh berbagai pihak di internet.  Antara yang sempat saya baca adalah:

Siapakah insan yang telah mengenalkan ISLAM kepada beliau?  Tak lain tak bukan adalah Jermaine Jackson iaitu abangnya yang terlebih dahulu telah memeluk ISLAM.  Selain Jermaine; saya rasa antara insan lain yang terlibat adalah Yusuf Islam, Wharnsby Ali dan Idris Phillips yang kesemuanya berlatarbelakangkan seni muzik.

Jika Michael Jackson telah memeluk ISLAM dan benar2 tulus dengan nikmat terbesar ini, maka tak mustahil beliau bakal mengikuti jejak seperti Yusuf Islam yang begitu komited dengan kerja dakwah demi menyebarkan addin ISLAM yang tinggi dan suci ini.  Kita sama2 doakan beliau agar beliau terus diberi hidayah dan taufiq dari ALLAH subhanahu wata’ala, amin…

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
23 November 2008


Jadual Lawatan Sheikh Yusuf Estes ke Malaysia

TITLE
DATE & TIME
VENUE
Challenges for Modern Muslims in Da’wah
Sunday,
23 Nov 2008
9am – 11am
MBSA Shah Alam
Reviving The Sunnah
8pm – 10pm
Masjid Wilayah KL
Multipurpose Hall
The Truth About Muslims:
All you wanted to know
but were afraid to ask
Monday,
24 Nov 2008
8pm – 10pm
MBSA Hall,
Bukit Jelutong
Life: A Prison or Paradise?
Tuesday,
25 Nov 2008
8pm – 10pm
Masjid USJ 2,
Subang Jaya
Terrorism, Islam in The West
Wednesday,
26 Nov 2008
8.15pm – 10pm
Al-Nidaa’ Office,
Taman Tun Dr. Ismail
Pre-Khutbah Talk
What Happened at Death According To Islam & Muslims?
Friday,
28 Nov 2008
Before Friday Khutbah
Masjid Asy-Syakirin, KLCC
Faith, Science & Common Sense
Friday,
28 Nov 2008
8pm – 10pm
Telekom Malaysia HQ,
Multipurpose Hall
For more info, please email Pn. Ruhashimah (the person in-charge) at shimaderus@yahoo.co.uk or contact:
 
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia
17A, Lorong Datuk Sulaiman 7
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel: 03-77106900  Fax: 03-77107900

Sheikh Yusuf Estes di Shah Alam

yusufpromo

Siapa Sheikh Yusuf Estes?  Sila lawati laman berikut untuk mengenali beliau:


Umar dan Baitul Maqdis

Artikel menarik berikut saya petik dari:  Al-Ahkam.net

Ketika akan memasuki Baitul Maqdis, akan disambut oleh pembesar Romawi dan masyarakat banyak, Umar disarankan mengganti pakaianya dengan yang mewah, mengganti ontanya dengan kuda yang gagah, Umar tidak mau bahkan marah seraya mengatakan:

“ Kita adalah kaum yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Bila kami mencari kemuliaan dengan selain Islam, maka Allah akan menghinakan kita”.

Suatu kalimat yang mengandung nilai-nilai keimanan yang sempurna, ketakwaan yang tinggi, akhlak yang agung, yang tidak sembarang orang mampu mengucapkan kalimat yang tegas tersebut, apalagi di zaman sekarang, bujukan meterialis dan kapitalis sangat menggoda.

Umar paham dan tahu bahwa kemuliaan seorang muslim disisi Allah bukan terletak pada pakaian yang indah, rumah yang mewah, harta yang melimpah, memiliki banyak sawah, makanan yang berkuah, sekali lagi bukan itu ! Mulianya seorang muslim disisi Allah terletak pada ketakwaannya, sikap rela sepenuh hati dan mengamalkan secara sempurna ajaran yang mulia (Islam) yang bersumber dari Dzat Yang Maha Mulia, Allah Yang Maha Agung.

Continue reading


%d bloggers like this: