Michael Jackson Telah Memeluk ISLAM, Dipanggil Mikaeel.

Semasa saya kecil, saya sangat meminati Michael Jackson.  Lagu2nya seperti Beat It, Thriller, Billy Jean, Bad, We Are The World dan lain2 lagu yang saya tak ingat tajuknya menjadi kegemaran saya.  Berita tentangnya sentiasa menggamit diri saya untuk mengambil tahu.  Part yg saya suka dia punya moonwalking dance tu, hehe 😉 .

michael_jackson_thriller

Semalam, 22 NOV 2008 saya terbaca berita di Metro yang melaporkan bahawa Michael Jackson telah memeluk ISLAM.  Dan Kosmo juga melaporkan:

LOS ANGELES – Raja pop, Michael Jackson memeluk agama Islam dalam satu majlis di rumah seorang rakannya di Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah akhbar melaporkan penyanyi berusia setengah abad yang sebelum ini menganuti mazhab Kristian Jehovah’s Witness itu menukar namanya kepada Mikaeel. 

Seterusnya, baca di sini.

Saya gembira, namun masih curiga.  Kerana sebelum ini telah banyak berita tentang keISLAMan beliau dilaporkan.  Semuanya palsu.  Tetapi kini berita tentang keISLAMan beliau nampaknya telah menjadi nyata dan ia dilaporkan oleh berbagai pihak di internet.  Antara yang sempat saya baca adalah:

Siapakah insan yang telah mengenalkan ISLAM kepada beliau?  Tak lain tak bukan adalah Jermaine Jackson iaitu abangnya yang terlebih dahulu telah memeluk ISLAM.  Selain Jermaine; saya rasa antara insan lain yang terlibat adalah Yusuf Islam, Wharnsby Ali dan Idris Phillips yang kesemuanya berlatarbelakangkan seni muzik.

Jika Michael Jackson telah memeluk ISLAM dan benar2 tulus dengan nikmat terbesar ini, maka tak mustahil beliau bakal mengikuti jejak seperti Yusuf Islam yang begitu komited dengan kerja dakwah demi menyebarkan addin ISLAM yang tinggi dan suci ini.  Kita sama2 doakan beliau agar beliau terus diberi hidayah dan taufiq dari ALLAH subhanahu wata’ala, amin…

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
23 November 2008


3 responses to “Michael Jackson Telah Memeluk ISLAM, Dipanggil Mikaeel.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: