Monthly Archives: December 2008

Jawapan BIMB berkaitan dakwaan pelanggannya diugut

Saya ada menerima email dari seorang sahabat yang meminta penjelasan dan pencerahan tentang satu email yang dipanjangkan kepada beliau.  Sila lihat bahagian komen untuk membaca kandungan email tersebut.

Saya telah menasihati sahabat saya itu agar tidak menghebahkannya kepada orang lain, kerana kita perlu memeriksa tentang kesahihan sesuatu berita sebelum kita mahu mempercayainya, apatah lagi jika kita mahu menghebahkannya.  Hatta, jika benar pun sewajarnya kita melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan secara dalaman.  Berita2 tak baik seumpama di atas bakal merugikan ummat ISLAM, apatah lagi jika ia dikaitkan dengan nama ‘ISLAM’.

Saya telah menghantar email ke BIMB untuk mendapat penjelasan lanjut.  Dan alhamdulillah, mereka dengan segera telah menjawabnya.  Berikut adalah email dari BIMB:  Continue reading

Advertisements

OVERIDING COMMISION: Adakah menepati syariah?

Ustadz Zaharuddin ada menulis tentang OVERIDING COMMISION di dalam webnya di sini.

Saya ada memberi komen di dalam ruangan komen seperti berikut:

Assalamu’alaikum… 
 
Alhamdulillah, terima kasih ustadz atas keprihatinan ustadz ttg upah yang para ejen perolehi, terutama oleh para pengurus yg menikmati overiding. 
 
Saya harap ia telah disemak oleh panel pengawasan syariah syarikat takaful, kerana saya secara peribadi pernah juga mempersoalkan perkara ini. 
 
1. 
Apa yg saya nampak, pemberian overiding ini adalah berdasarkan sales kumpulan. Setiap ejen di dlm kumpulan ejensi yang membuat sales, upahnya diberi oleh pihak takaful. Setiap sales ejen dikongsi sbg contoh ejen yg buat sales dapat 10%, dan pengurusnya mendapat 2%. Ini adalah pemberian syarikat kpd pengurus2 atas komitmen mereka menjaga hal-ehwal ejen2 mereka. 
 
Pada saya ia nampak OK, jika kedua2 ejen dan pengurus terlibat secara langsung dengan sales tersebut. Tetapi, bagi pengurus yang tidak terlibat secara langsung, bagaimana dia boleh memperolehi overiding itu pula. Apatah lagi jika pengurus itu pula tak pernah ambil kisah hal-ehwal anak buahnya…  Continue reading


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tatkala mencari biografi Ustadz Rahmat Abdullah yang menjadi tunggak cerita kepada filem ‘SANG MUROBBI’, saya terjumpa dengan satu biografi ringkas sang murobbi yang sudah terkenal akan sifat murobbinya di seluruh Malaysia.  Malah ketokohan beliau diakui oleh sesiapa sahaja tak kira pihak di sebelah mana.

Beliau adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Berikut saya petik dari eramuslim.com:

 

Kiprah Dakwah Nik Abdul Aziz Nik Mat

Di usianya yang melampaui tujuh puluhan, tokoh pergerakan Islam PAS Malaysia ini tetap muda dalam semangat dan idealismenya. Walau sudah memetik di antara kemenangan dakwah, dirinya tetap konsisten. Seorang menteri besar ini memangkas 40 persen gajinya untuk umat.

Namanya Abdul Aziz bin Nik Mat. Orang biasa memanggil beliau dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lahir di Kampung Pulau Malaka, Kota Bharu pada tahun 1931.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sejak kecil, Nik Abdul Aziz sudah gemar belajar ilmu-ilmu Islam. Saat itu, guru beliau adalah seorang ulama terkenal di daerahnya. Dan sang guru tak lain adalah ayah beliau sendiri yang biasa dipanggil masyarakat dengan Tuan Guru Haji Nik Mat. 

Setelah dirasa cukup mendapat pendidikan dasar-dasar Islam, Nik Abdul Aziz disekolahkan ke pesantren di Jertih, Trengganu. Namanya pondok pesantren Tuan Guru Haji Abbas. 

 

Pada tahun 1952, Nik Abdul Aziz meninggalkan tanah air untuk melanjutkan pendidikannya ke Universitas Deobond, India. Di sana, ia berguru kepada ahli tarekat terkemuka, Maulana Husain Ahmad al-Madani.

Lima tahun kemudian, Nik Abdul Aziz melanjutkan studi ke Lahore, Pakistan untuk memperdalam tafsir Al-Qur’an. Setelah itu, beliau melanjutkan studinya ke Universitas Al-Azhar, Mesir untuk mengambil spesialisasi bahasa Arab dan dilanjutkan dengan memperdalam perundangan (hukum) Islam.

Continue reading


Filem ‘SANG MUROBBI’

Esok, 6/12/2008 akan diadakan tayangan perdana filem ‘SANG MUROBBI’ di George Town, Pulau Pinang.  Setelah melihatkan trailer filem tersebut, aduh sangat terangsang jiwa dakwah di dalam diri ini.  Air mata tergenang di tebing mata, hati berombak bercampur rasa, kerana cemburu akan manusia-manusia yang telah berjaya dengan perjuangan mengajak manusia lain menuju Rabb al-‘alamin.

Continue reading


%d bloggers like this: