Monthly Archives: January 2009

Erdogan Melangkah Keluar Protes Kenyataan Peres

Semalam, berita melaporkan bahawa Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan WORLD ECONOMIC FORUM selepas beliau berasa tidak puas hati dengan ketidakadilan yang diberikan kepada beliau.  Masa yang diberikan kepada beliau tidak memadai berbanding masa yang telah diberikan kepada Simon Peres, wakil negara haram Israel.  (Maaf, saya tak iktiraf Israel sebagai negara yang berdaulat, apatah lagi nak iktiraf si Peres sbg PM, ptui…)

Berikut adalah terjemahan ucapan tak sampai seminit beliau di akhir forum:

Continue reading

Advertisements

2 Tahun Bersama ‘WordPress’ & Statistik ‘Wechooseislam’

Saya mula berjinak dengan ‘wordpress.com’ pada Disember 2006.  Sebagai seorang yang agak ‘rabun’ IT, saya mula belajar bagaimana untuk membikin sebuah website.  Alhamdulillah, rupa2nya takdelah susah sangat nak bikin website/blog.  ‘WordPress.com’ sangat friendly sifatnya.

Terhasillah, website pertama saya melalui ‘wordpress’, iaitu:

www.wechooseislam.wordpress.com

Melihat kunjungan manusia padanya, amat menyeronokkan saya.  Apatah lagi membacakan komen2 pengunjung, alhamdulillah.  Hendak dibandingkan blog2 lain, sebenarnya takde apa pun yang boleh dibanggakan.  Cuma, saya rasa seronok kerana keseronokan itu lahir dari dalam diri yang mengharapkan bahawa usaha tersebut dikira sebagai ganjaran dari ALLAH.  Mudah2an ia diterima, amin…

Sebahagian singgahan berlaku apabila ada manusia mencari2 kisah ‘orang memeluk ISLAM’ melalui search engine.  Ternyata, di luar sana ada rupanya manusia yang ingin mencari kebenaran ISLAM dan mereka ingin jadikan kisah2 ‘orang memeluk ISLAM’ sebagai motivasi diri.  Mudah2an laman web kecil www.wechooseislam.wordpress.com dapat membantu mereka.

Berikut adalah statistik kunjungan ke laman web tersebut berdasarkan carian di search engine:

Continue reading


Tak boleh buka www.zaharuddin.net

Masuk hari ni, seingat saya sudah hampir 2 minggu 4 hari (ustadz Zaharuddin betulkan bil hari melalui email, 😉 ) laman web ustadz Zaharuddin (www.zaharuddin.net) gagal untuk saya buka.  Setiap kali saya cuba membukanya, akan terpapar mesej berikut:

uzar-fail-to-open

Sangat mengecewakan! 😦

Laman ustadz Zaharuddin memang telah menjadi laman kesukaan saya sejak ia mula2 diterbitkan.  Sebelum laman web ustadz diterbitkan, sebenarnya telah wujud laman forum yang telah diusahakan oleh beliau, namun penyertaan daripada pengunjung sangat sedikit.

Saya tertanya2 “apa yg berlaku pada laman web ustadz? Kena hack ke?”.  Jadi semalam saya telah hantar email kepada beliau.  Dan hari ni beliau telah menjawab.  Fuh efficient sungguh ustadz ni.

Daripada email tersebut, ustadz Zaharuddin mengatakan bahawa terdapat masalah pada hardware server pada syarikat yang menjaga laman web beliau (www.zaharuddin.net) di Malaysia.  Syarikat tersebut sedang dalam usaha untuk membaikinya.  Ustadz Zaharuddin tak tahu bila akan siap.

Kita sama2lah doa agar laman web ustadz Zaharuddin cepat pulih supaya kita segera mendapat manfaat hasil dari penulisan beliau yang berkarisma, amin.

 


Frederic Oumar Kanoute Menjulang Palestin

Minggu lepas, saya menerima SMS daripada abg Zack yang mengatakan bahawa seorang pemain bolasepak Liga Sepanyol telah melakukan suatu yang amat membanggakan dan wajar menjadi contoh kepada kita semua.

Saya browse di dalam internet hari ni, cuba untuk memeriksa kesahihan berita tersebut.  Baru sempat hari ini.  Dan alhamdulillah, saya telah terjumpa berita tentangnya.  MasyaALLAH, alhamdulillah 🙂 .  Memang suatu yang amat membanggakan.

Alhamdulillah, Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo La Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan “PALESTINA” setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville.  Perlawanan bolasepak tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.

Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.

Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.

 

Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan “PALESTINA”.  Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

Namun, pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol pada perlawanan menentang Deportivo La Coruna;  Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau;  Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau;  Pada saat ribuan pasang mata menonton kejayaan beliau; Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri.  Sungguh pandai dan sungguh bijak.  Alhamdulillah… 😀 .

Berikut adalah video yang saya petik dari youtube:  Continue reading


PAS Menang Pilihanraya Kecil di Kuala Terengganu

 

kt109
Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mengangkat tangan tanda kemenangan, dan disambut dengan laungan takbir “ALLAHU AKBAR” oleh hadirin.

Alhamdulillah, malam semalam saya telah menerima berita gembira melalui TV1.  Iaitu berita kemenangan wakil PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen P36 Kuala Terengganu.  Besar pula majoritinya, alhamdulillah 🙂 .

Mohd Abdul Wahid (PAS) = 32,883 undi

Wan Ahmad Farid (BN) = 30,252 undi

Azharudin Mamat @ Adam (Bebas) = 193 undi

Gambar di atas dan berita berikutnya, saya petik dari Berita Harian Online:  Continue reading


Ceramah Tentang Palestin

Rakyat Palestin Telah Lama Menderita. Prihatinkah Anda?

Seperti yang telah kita semua maklum, Palestin terutama di Ghazzah telah diserang dan dizalimi oleh pihak Zionist Israel.  Bagi memberi pencerahan akan situasi yang berlaku kepada para remaja, Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Sungai Bertih Klang melalui Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah menganjurkan ceramah berkenaan isu tersebut pada hari Jumaat, 16 Januari 2009.

Antara yang telah saya sentuh ialah:

  1. Keistimewaan Palestin di sisi ummat ISLAM
  2. Apa yang berlaku kini?
  3. Faktor ummat ISLAM di Palestin dizalimi, khususnya dan seluruh dunia umumnya.
  4. Peranan ummat ISLAM dalam isu tersebut.

Boleh dibaca di dalam versi artikel di sini:

Berikut disertakan slide show yg telah digunakan dalam ceramah tersebut untuk tuan/puan manfaatkan, insyaALLAH:

Shahmuzir Nordzahir

www.wordpress.com


Air mata telah menitis…

Doa telah dipanjat…

Rayuan telah dipohon…

Hati telah digoncang…

Wang sudah dihulur…

Mulut sudah mewar2 akan nasib ummat bumi yg diberkati…

Tangan sudah menahan dari membeli dari si bangsat…

Apa lagi yg aku nak buat??!!

Saban waktu saudara2ku dizalimi, ditembak, dihunus, ditendang, disepak, dipukul, dibom, diterajang, dicabul, disekat dan dianiaya…

Aku pula?

Muslim yg lain buat apa?  (Masih berkira2 apa nak buat?!)

Oooohhhh…Tuhan!

Kami tak mampu…

Ampunkan kami…Satukanlah kami…Perbaikilah kami…

Janganlah ENGKAU biarkan kami menzalimi diri kami sendiri…

Oh TUHAN…oh TUHAN…oh TUHAN…

Bantulah kami ummat ISLAM…muliakanlah kami dgn ISLAM…


Qunut Nazilah

Qunut Nazilah adalah salah satu sunnah yang telah dipinggirkan oleh kebanyakan ummat Islam di seluruh dunia. Ia adalah doa yang dibaca di dalam solat, selepas iktidal; apabila ummat Islam sedang menghadapi bahaya atau bala.

Anas bin Malik radhiAllahu anhu telah berkata:

“Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam tidaklah pernah berdoa selepas bangun daripada rukuk kecuali untuk memohon kebaikan kepada orang ramai atau mengutuk sesetengah kaum itu.” [Sahih Ibnu Khuzaimah, Bulugh al-Maram – 0242)

Abdullah ibnu Abbas radhiAllahu anhu telah berkata:

“Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam pernah membaca doa qunut selama sebulan berturut-turut dalam solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh di akhir setiap solat; iaitu ketika iktidal sehabisnya mengucap ‘samiAllahu liman hamidah’. Di situ ( dalam doanya) baginda mengutuk kaum Banu Sulaim, Ri’l, Dzakwan dan Ushaiyah; sedangkan makmum di belakangnya mengaminkan doa itu.” [sunan Abu Daud – 1393]

Lafadz do’a qunut adalah bebas.  Tiada lafadz khusus.  Terpulang bagaimana hendak dipanjatkan do’a itu kepada ALLAH, asal sahaja meminta bantuan ALLAH agar kezaliman kepada ummat ISLAM dihentikan.

Berikut adalah contoh-contoh do’a qunut yang sempat saya cari:  Continue reading


Kenyataan Rasmi Mursyid Am IM Tentang Ghazzah (Gaza)

Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwala’ kepadanya (Wala’ – tempat kecintaan, rujukan dsb. – pent.)..

Firman Allah swt bermaksud,

“Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah:21). “Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51).

Sabda Rasulullah saw bermaksud,

“Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Di manakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan di sekeliling Jerusalem (Palestin).”

Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) !

Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik.

Continue reading


Anugerah Kecemerlangan Pendidikan PMR

Assalamu’alaikum…

Makluman ini adalah sekadar ingin mengingatkan kepada pemegang pelan IKHLAS Education Takaful dan IKHLAS Education Takaful Classic, bahawa kalian layak untuk menuntut Anugerah Kecemerlangan Pendidikan daripada Takaful IKHLAS Sdn Bhd sekiranya cemerlang sekurang2nya mendapat 7A dalam PMR.

Surat pekeliling drpd TISB ada dilampirkan untuk mengetahui syarat dan cara tuntutan (anugerah-kecemerlangan-pendidikan).

Bagi anak2 (yang menyertai pelan yang sama seperti di atas) yang cemerlang sekurang2nya mendapat 5A dalam UPSR yg lepas dan masih belum membuat tuntutan, sila lakukannya dengan segera.

Sekian, harap maklum.

Untuk maklumat lanjut ttg pelan Takaful IKHLAS Pendidikan, sila ke: http://www.takafulonline.net/ietc.php


%d bloggers like this: