Daily Archives: 08/01/2009

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah adalah salah satu sunnah yang telah dipinggirkan oleh kebanyakan ummat Islam di seluruh dunia. Ia adalah doa yang dibaca di dalam solat, selepas iktidal; apabila ummat Islam sedang menghadapi bahaya atau bala.

Anas bin Malik radhiAllahu anhu telah berkata:

“Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam tidaklah pernah berdoa selepas bangun daripada rukuk kecuali untuk memohon kebaikan kepada orang ramai atau mengutuk sesetengah kaum itu.” [Sahih Ibnu Khuzaimah, Bulugh al-Maram – 0242)

Abdullah ibnu Abbas radhiAllahu anhu telah berkata:

“Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam pernah membaca doa qunut selama sebulan berturut-turut dalam solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh di akhir setiap solat; iaitu ketika iktidal sehabisnya mengucap ‘samiAllahu liman hamidah’. Di situ ( dalam doanya) baginda mengutuk kaum Banu Sulaim, Ri’l, Dzakwan dan Ushaiyah; sedangkan makmum di belakangnya mengaminkan doa itu.” [sunan Abu Daud – 1393]

Lafadz do’a qunut adalah bebas.  Tiada lafadz khusus.  Terpulang bagaimana hendak dipanjatkan do’a itu kepada ALLAH, asal sahaja meminta bantuan ALLAH agar kezaliman kepada ummat ISLAM dihentikan.

Berikut adalah contoh-contoh do’a qunut yang sempat saya cari:  Continue reading


Kenyataan Rasmi Mursyid Am IM Tentang Ghazzah (Gaza)

Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwala’ kepadanya (Wala’ – tempat kecintaan, rujukan dsb. – pent.)..

Firman Allah swt bermaksud,

“Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah:21). “Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51).

Sabda Rasulullah saw bermaksud,

“Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Di manakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan di sekeliling Jerusalem (Palestin).”

Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) !

Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik.

Continue reading