PAS Menang Pilihanraya Kecil di Kuala Terengganu

 

kt109
Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mengangkat tangan tanda kemenangan, dan disambut dengan laungan takbir “ALLAHU AKBAR” oleh hadirin.

Alhamdulillah, malam semalam saya telah menerima berita gembira melalui TV1.  Iaitu berita kemenangan wakil PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen P36 Kuala Terengganu.  Besar pula majoritinya, alhamdulillah 🙂 .

Mohd Abdul Wahid (PAS) = 32,883 undi

Wan Ahmad Farid (BN) = 30,252 undi

Azharudin Mamat @ Adam (Bebas) = 193 undi

Gambar di atas dan berita berikutnya, saya petik dari Berita Harian Online: 

KUALA TERENGGANU: Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 2,631 undi.

Mohd Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam memperoleh 32,883 undi, Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi, manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya meraih 193 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Mustafa Wan Hassan di pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri, di sini, jam 9.25 malam tadi.

Seramai 63,993 atau 79.9 peratus daripada 80,229 pemilih mengundi pada pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands pada 28 November 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses penamaan calon pada 6 Januari lalu dan pembuangan undi semalam selepas 11 hari berkempen.

Parlimen Kuala Terengganu yang mempunyai 80,229 pemilih adalah kawasan majoriti Melayu, manakala Cina (8,744) dan India (480).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, walaupun BN menerusi Razali menguasai kerusi Parlimen tetapi tiga daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Wakaf Mempelam, Batu Buruk dan Ladang dikuasai Pas, manakala Bandar diwakili BN menerusi MCA.

Kawasan Parlimen Kuala Terengganu sebelum ini pernah diwakili pelbagai parti politik. Sejak pilihan raya umum 1986, Parlimen Kuala Terengganu dimenangi silih berganti oleh BN dan pembangkang, menandakan ia bukan milik kekal satu parti saja.

Pada tahun 1986, kerusi itu dimenangi calon BN, Datuk Zuber Embong. Bagaimanapun, beliau tewas kepada calon Parti Semangat 46, Datuk Manan Othman pada 1990. Pada pada pilihan raya umum 1995, kerusi itu dirampas semula BN menerusi calonnya, Allahyarham Datuk Abu Bakar Daud.

Bagaimanapun, krisis dalaman parti berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, membolehkan calon Pas, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi menang kerusi itu pada 1999 sebelum dirampas kembali Razali pada 2004 dan mempertahankannya sekali lagi pada Mac 2008, walaupun dengan majoriti kecil sebanyak 628 undi.

Advertisements

3 responses to “PAS Menang Pilihanraya Kecil di Kuala Terengganu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: