Frederic Oumar Kanoute Menjulang Palestin

Minggu lepas, saya menerima SMS daripada abg Zack yang mengatakan bahawa seorang pemain bolasepak Liga Sepanyol telah melakukan suatu yang amat membanggakan dan wajar menjadi contoh kepada kita semua.

Saya browse di dalam internet hari ni, cuba untuk memeriksa kesahihan berita tersebut.  Baru sempat hari ini.  Dan alhamdulillah, saya telah terjumpa berita tentangnya.  MasyaALLAH, alhamdulillah 🙂 .  Memang suatu yang amat membanggakan.

Alhamdulillah, Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo La Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan “PALESTINA” setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville.  Perlawanan bolasepak tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.

Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.

Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.

 

Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan “PALESTINA”.  Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

Namun, pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol pada perlawanan menentang Deportivo La Coruna;  Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau;  Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau;  Pada saat ribuan pasang mata menonton kejayaan beliau; Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri.  Sungguh pandai dan sungguh bijak.  Alhamdulillah… 😀 .

Berikut adalah video yang saya petik dari youtube: 

Hasil dari perbuatan tersebut, beliau telah dilayangkan dengan kad kuning.  Namun, beliau menerimanya dengan redha dan bertanggungjawab dengan tindakannya itu. 

Adakah itu sahaja sumbangan beliau?

  1. Beliau malah telah menyelamatkan sebuah bangunan yang dijadikan masjid oleh penganut ISLAM di Seville.  Bangunan tersebut telah dibuat keputusan untuk dijual kerana kontrak penggunaan bangunan tersebut sebagai tempat solat telah tamat.  Namun, Frederic Kanoute telah tampil menyelamat dengan membeli bangunan tersebut dengan harga 510,860 euros (iaitu $700,000 USD).  Harga tersebut menyamai setahun pendapatannya.  (Baca lanjutan di Islamonline.net)kanoute

  2. Beliau juga telah membuktikan bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak melemahkan ummat ISLAM.  Frederic Kanoute telah dimahkotakan dengan penjaring gol terbanyak liga iaitu 20 gol, mengalahkan Ronaldinho.  Bukan setakat BOLEH bermain bolasepak di arena profesional, malah CEMERLANG walaupun sedang berpuasa.  Semenjak itu, kelab yang beliau wakili tidak lagi memberi tekanan kepada beliau untuk menjalankan rutin sebagai seorang muslim.  (Baca lanjutan di Islamonline.net)

  3. Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian.  Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.
  4. Beliau juga telah mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu anak-anak yatim di Mali dan lain2 kebajikan agama yang saya percaya ia menjadi dambaan setiap muslim.

SubhanALLAH, insan seistimewa Frederic Kanoute ini telah membuat suatu yang sangat bernilai di sisi ISLAM.  Walaupun baru 10 tahun memeluk ISLAM, sumbangan beliau telah mengalahkan sebahagian kita, terutama saya…aduh, cemburunya.

Semoga kisah Frederic Oumar Kanoute ini bisa memberikan kita keinsafan dan dapat kita ambilnya sebagai iktibar. 

wAllahu ta’ala a’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
20 Januari 2009

Advertisements

16 responses to “Frederic Oumar Kanoute Menjulang Palestin

  • fredericpower

    alhamdulillah..bagus sungguh frederic ni..

    Like

  • Sticker Palestine

    Save Palestine and support Gaza!! May God bless Frederic Oumar Kanoute and all of supporters of Palestine. Long Live Jihad!!

    Like

  • GnoLa

    harap selepas ni, player muslim yg beraksi dlm BPL pula mengikut jejak beliau…

    Like

  • zech zachary

    Alhamdulillah…Oh my God, please save my brothers and sisters in Palestine..Change their crying to happiness….

    Like

  • amyrsdin

    Semuga usaha frederic mendapat perhatian dan sokongan di mata dunia, insyaAllah….

    Ku panjatkan juga doa kepada Allah Azza WaJalla, akhirilah penyiksaan dan penindasan Zionis di Gaza..

    Like

  • shahmuzir

    amin ya rabbal ‘alamin…

    Semoga doa2 kita dimakbulkan ALLAH, Yang Maha Memakbulkan Doa.

    Seharusnya kita semua mengambil peranan setakat kemampuan kita. Si Frederick, walaupun baru sahaja menikmati Iman & Islam, telah menginfakkan sebahagian kekayaan beliau untuk ISLAM. Malah, dengan berani menonjol kepada dunia akan sokongan beliau kepada Palestin.

    Mari sama2 kita ambil tauladan dari kisah si Frederick ni. Semoga ALLAH meneguhkan iman kita semua, amin.

    🙂

    Like

  • Ibu Lin

    Alhamdulilah sekurang-kurangnya kita tidak ketinggalan dalam usaha membantu saudara di Palestin.Walau sedikit..wahai warga Malaysia sekalian marilah kita hulurkan bantuan semampu kita.Sebarkan kepada keluarga dan sanak saudara bahawa kita pun mengumpul tabung dana untuk Palestin. Boleh kita hantar kepada yang memerlukan segera.

    Like

  • Norazira

    masyaallah..

    Like

  • wana93

    SUBHANALLAH..
    sm0ge kish Frederick ni b0ley dijadikn iktibar dan menginsafkan kite..

    Like

  • sakinah

    Ya Allah..
    bgge’y dgn dy..

    Like

  • gurlz_92

    Masyaallah….
    tergamam sy apbila melihat beliau melakukan perbuatan demikian………
    sesungguhnya beliau telah berjihad di jalan Allah……..

    Like

  • rawda azmin

    teringin nk buat kebajikan sperti Frederic Kanoute..semoga diberi kesempatan..amin.

    Like

  • shahmuzir

    Terima kasih kpd semua krn sudi singgah & memberi komen 🙂

    Kisah Frederic mmg ada iktibar, malah boleh membangkitkan semangat.

    Semoga kita diberi hidayah dan taufiq utk membuat kebajikan di sepanjang usia kita, amin…

    Like

  • green_sky

    ya allah..
    hebatny..
    tapi….
    dier disanjung cz kpakaran dlm pasukannyer… cube korg
    bygkan kalo dier x brape pro bermain…
    mgkin pgurus x akn ikut khndk dier….
    apepun…respact kat dier..
    moge allah merahmati kamu…

    Like

  • ibnutoha

    Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian. Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.

    __________

    salam, kenapa dlm video beliau masih memakai jersi yang tertera nama syarikat itu?

    Like

    • shahmuzir

      wa’alaikumussalam warahmatullah…
      Saya petik dari salah satu link yg saya berikan di dlm tulisan di atas:

      “Kanoute, a practicing Muslim who regularly performs his prayers even in the locker room, refused last season to wear a jersey advertising for an internet gambling site, because gambling is forbidden in Islam.

      His team had to give him a brand-free jersey until he accepted wearing the sponsored jersey in return for money to an Islamic charity.”

      Harap maklum 🙂

      Sedih juga ramai penyokong di kalangan ummat ISLAM yang jahil ttg jersey berjenama haram yang dipakai. Kanoute yg bukan lahir sbg muslim pun sensitif hal ni…sedih kan…

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: