2 Tahun Bersama ‘WordPress’ & Statistik ‘Wechooseislam’

Saya mula berjinak dengan ‘wordpress.com’ pada Disember 2006.  Sebagai seorang yang agak ‘rabun’ IT, saya mula belajar bagaimana untuk membikin sebuah website.  Alhamdulillah, rupa2nya takdelah susah sangat nak bikin website/blog.  ‘WordPress.com’ sangat friendly sifatnya.

Terhasillah, website pertama saya melalui ‘wordpress’, iaitu:

www.wechooseislam.wordpress.com

Melihat kunjungan manusia padanya, amat menyeronokkan saya.  Apatah lagi membacakan komen2 pengunjung, alhamdulillah.  Hendak dibandingkan blog2 lain, sebenarnya takde apa pun yang boleh dibanggakan.  Cuma, saya rasa seronok kerana keseronokan itu lahir dari dalam diri yang mengharapkan bahawa usaha tersebut dikira sebagai ganjaran dari ALLAH.  Mudah2an ia diterima, amin…

Sebahagian singgahan berlaku apabila ada manusia mencari2 kisah ‘orang memeluk ISLAM’ melalui search engine.  Ternyata, di luar sana ada rupanya manusia yang ingin mencari kebenaran ISLAM dan mereka ingin jadikan kisah2 ‘orang memeluk ISLAM’ sebagai motivasi diri.  Mudah2an laman web kecil www.wechooseislam.wordpress.com dapat membantu mereka.

Berikut adalah statistik kunjungan ke laman web tersebut berdasarkan carian di search engine:

Top 15 carian yang menemukan mereka dengan www.wechooseislam.wordpress.com

Top 15 carian yang menemukan mereka dengan http://www.wechooseislam.wordpress.com

Memang itulah tujuan laman web tersebut diwujudkan.  Untuk memotivasikan manusia2 yang ingin berjinak dengan ISLAM.  Bahawa dengan memeluk ISLAM, kehidupan mereka akan lebih sejahtera.  Dan ini dapat dibuktikan melalui beberapa kisah yang disenaraikan di laman web tersebut.  Memang terdapat cabaran.  Namun, itulah hakikat.  Untuk mendapatkan kemanisan, kejayaan, kebagusan dan keenakan; pengorbanan perlu disertakan.  Adakalanya pengorbanan yang terpaksa dilakukan besar.  Adakalanya kecil.

Top 15 'post' yang diklik oleh pengunjung www.wechooseislam.wordpress.com

Top 15 'post' yang diklik oleh pengunjung http://www.wechooseislam.wordpress.com

 

Pasti ada yang mencebik, “ah, angka2nya sedikit sahaja berbanding laman web aku”.  Memang.  Itu saya sedia maklum.  Namun, itulah sedikit usaha saya.  Mudah2an usaha yang sedikit itu diterima ALLAH, amin…

Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam bersabda:

Jangan meremehkan sedikitpun tentang makruf meskipun hanya menjumpai kawan dengan berwajah ceria (senyum).”  (HR. Muslim)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: