Muzir, apa cerita di Perak?

Ahad semalam, kami beberapa bekas pelajar MRSM Muar batch 93/94 ada buat mini-gathering di Kota Damansara.  Alhamdulillah, dapatlah berjumpa dengan rakan2, walaupun tak ramai.

“Muzir, apa cerita di Perak?” tanya salah sorang dari mereka.

Aduh, bab politik ni aku memang kurang sikit.  Sekadar mengambil tahu perkembangan luarannya sahaja.  Perinciannya, memang aku tak pandai tak olah.  Sebab, tak mampu kepala aku nak absorb benda sumpah-seranah, maki-hamun, kutuk-keji, fitnah-domba, tipu-zalim, rasuah-hasad dan macam-macam lagi.  Memang aku tak mampu.

Melihatkan keadaan politik dunia dan negara kini yang haru-biru dengan pelbagai kezaliman manusia, aku hanya membisik:

“Tatkala bumi ini sudah hancur… tatkala kamu semua dibangkitkan… tatkala ALLAH Berdiri di hadapan kamu pada Hari Pengadilan… SIAPLAH KAMU!!!  Pada ketika itu, apa yang kamu kejar2kan (harta dan kuasa)  pada hari ini, tidak dapat memanfaatkan KAMU!!!”

Aku kalau boleh ingin mengelak dari berbual hal tersebut.  Kerana sebagai rakyat biasa, suara2 di kedai kopi dan jalanan tidak memberi apa2 impak.  Aku bukanlah menolak untuk berbicara tentangnya secara total, tetapi cuba untuk berbicara tentang perkara yang lebih produktif dan praktikal.  Itu cara aku.  Pembacaanku melalui blog, e-news, berita tv dan suratkhabar sudah cukup untuk aku membuat keputusan akan peristiwa yang berlaku.

Sedikit point yang aku faham tentang peristiwa di Perak ialah:

20080616_114448_katak

  1. Katak2 yang tidak berpendirian dan tidak ada maruah diri melompat dari kem A ke kem B.
  2. Majoriti ADUN berubah.
  3. BN nak bentuk kerajaan negeri dgn melantik MB baru.
  4. Sultan Perak suruh MB Ir Nizar letak jawatan setelah dihasut dek tokoh2 BN.
  5. MB Ir Nizar tak mahu letak jawatan kerana kedudukannya dilindungi perlembagaan.  Dan sepatutnya Sultan sebagai pemerintah menjadi pihak yang mendukung Perlembagaan.
  6. Ada 2 percanggahan dan pertembungan, iaitu antara Perlembagaan dan perintah Sultan.  Kalau diikutkan, Perlembagaan menjadi undang2 tertinggi negara. 
  7. Bbrp tokoh UMNO spt Ku Li, Dr M, Zaid Ibrahim dll ada yang setuju dgn point 6 di atas.  So, kita “wait and see”lah…ini melibatkan undang2.
  8. Sikap sesetengah ‘penyokong’ PR yang keterlaluan terhadap rombongan kerabat diraja ke istana negeri memang suatu yang tidak patut berlaku dan wajar diambil tindakan.  Namun, BN memang terkenal dgn provokasinya.  Jangan mudah terpedaya dgn laporan dan gambar media.
  9. bla…bla…bla…

Malas nak ulas.  Korang carilah sendiri berita di luar sana.  Banyak maklumat alternatif yang boleh diperolehi di internet.  Kita sebagai manusia yang matang dalam berfikir seharusnya, dapat membuat pertimbangan yang hikmah setelah mendengar/membaca berita2 di arus perdana dan alternatif.

Sebagai peringatan buat kita semua, marilah kita renungi kalam ALLAH:

 

Maka Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala. فَأَنْذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظَّى 14
Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka, لا يَصْلاهَا إِلا الأشْقَى 15
yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (dari iman). الَّذِي كَذَّبَ وَتَوَلَّى 16
Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu, وَسَيُجَنَّبُهَا الأتْقَى 17
yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya, الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى 18
padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya, وَمَا لأحَدٍ عِنْدَهُ مِنْ نِعْمَةٍ تُجْزَى 19
tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. إِلا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الأعْلَى 20
Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan. وَلَسَوْفَ يَرْضَى 21

(Surah al-Lail, 92: ayat 14-21)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: