Monthly Archives: March 2009

Telefon Berdering Ketika Solat

 

deringan-telefon-waktu-solat

“Tanya sama pokok, apa sebab goyang…Nanti jawab pokok, angin yang goncang…Tanya sama angin, apa sebab goncang…Nanti kata angin, tanyalah awan…”

Tiba-tiba, lagu P.Ramlee (agaknyalah) yang dinyanyikan oleh seorang perempuan seperti kisah2 lama di dalam TV berkumandang di tengah-tengah saf solat Maghrib.  Bunyinya lucu juga.  Berkali-kali ia berbunyi,  2-3 round.

Pastinya deringan telefon tersebut mengganggu lain-lain ahli jemaah yang sedang berkomunikasi dengan ALLAH di dalam solat.  Kekusyukan mereka terganggu.  Dan pastinya juga pemilik telefon bimbit tersebut berasa resah dan malu atas kecuaian beliau tidak mematikan telefon bimbit sebelum memulakan solat.

Tidak sepatutnya deringan telefon berbunyi sewaktu seseorang sedang solat.  Apatah lagi sedang bersolat berjemaah.  Deringan kosong sahaja sudah menyakitkan telinga, inikan pula muzik dan nyanyian.  Continue reading

Advertisements

Ancaman SMAKL

ANCAMAN SMAKL

Saya berdiri ke-5 dari kiri.

Gambar di atas adalah keratan akhbar yang disimpan oleh ibu saya yang mana diambil semasa saya berumur 15 tahun.  Ketika itu saya mewakili SMAKL dalam pertandingan bolasepak zon keramat bawah 18 tahun.  Ia dimuatkan di dalam ruangan sukan akhbar Metro tahun 1992.

Menurut pemberita yang menemuramah pasukan kami ketika itu, beliau rasa terpegun juga dengan aksi kami semua.  Maklumlah jarang mereka dapat melihat pemain bolasepak yang ber’track bottom’ ketika itu.  Dalam keadaan menutup aurat, kami tetap dapat menunjukkan prestasi yang membanggakan sehingga mengalahkan beberapa sekolah menengah yang top dalam zon tersebut.  Alhamdulillah…

Memang seronok mengenang zaman-zaman sekolah dulu. 😀


Berfutsal Dgn Kawan2 Lama

img_0802

Dah lama tak bersukan.  Dah lama tak berpeluh sakan.  Dah lama tak jumpa kawan-kawan.

Sebab itu apabila aku terima SMS dari Nizam, Faisal dan Aziz berkenaan ada mini reunion cum futsal di Ampang Sport Centre pada 21/3/09, aku terus teruja.    Selesai solat Maghrib, terus aku ke sana.  Walaupun tak pernah sampai ke sana, tapi alhamdulillah sampai juga.  Continue reading


“Pakcik, ada seringgit?”

Balik dari solat isyak di surau, saya singgah ke Maybank ATM untuk mengeluarkan sedikit wang.  Apabila saya hendak ke motorsikal, saya didekati oleh seorang kanak2 yang barangkali umurnya 5-7 tahun.

“Pakcik, ada seringgit?” tanya budak itu.

“Buat apa dengan duit tu?”  saya bertanya.

“Alaa, pakcik ada duit seringgit tak?”  tanyanya lagi.

“Kenapa adik mintak kat pakcik.  Kenapa tak mintak dengan mak ke, ayah ke?  Mak ayah mana?”  soal saya.

“Diorang ada kat rumah”  jelas budak tu.

“Bahaya jalan-jalan macam ni.  Pergi balik rumah ye.”  saya menyuruh dia balik kerana risau keadaannya yang tidak ditemani mak & ayah.

“Seringgit je, tak pun dua ringgit”  kata budak tu. Continue reading


CINTA dan IKUT Rasulullah SallAllahu `Alaihi Wa Sallam.

Alhamdulillah.  Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.  Amma ba`d.

Apabila tiba bulan Rabi`ul-awwal, di mana-mana pun masyarakat Muslim di seluruh dunia menyambut Maulidur-Rasul.  Maulidur-Rasul disambut bagi memperingati tarikh kelahiran insan mulia, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan para `ulama’ berkenaan tarikh sebenar kelahiran Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, namun rata-rata masyarakat kita telah menerima bahawa 12 Rabi`ul-Awwal merupakan tarikh lahirnya Baginda ke dunia ini.  Kelahiran Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam membawa bersamanya rahmat ke seluruh alam.  Alhamdulillah.

Di dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa tarikh kelahiran Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam adalah pada hari Isnin, 9 Rabi`ul Awwal tahun pertama peristiwa gajah.  Ia juga bersamaan 20 atau 22 April 571 (M).  Manakala tarikh kewafatan Baginda ialah pada tanggal 12 Rabi`ul Awwal, hari Isnin, tahun ke 11 Hijrah.
Continue reading


Photofunia

photofunia-122941

Gambar di atas diedit menggunakan Photofunia.  Menarik! 🙂 .  Lain2 gambar yang saya dah cuba:

photofunia-122126  photofunia-1230ae  photofunia-121ace


%d bloggers like this: