“Pakcik, ada seringgit?”

Balik dari solat isyak di surau, saya singgah ke Maybank ATM untuk mengeluarkan sedikit wang.  Apabila saya hendak ke motorsikal, saya didekati oleh seorang kanak2 yang barangkali umurnya 5-7 tahun.

“Pakcik, ada seringgit?” tanya budak itu.

“Buat apa dengan duit tu?”  saya bertanya.

“Alaa, pakcik ada duit seringgit tak?”  tanyanya lagi.

“Kenapa adik mintak kat pakcik.  Kenapa tak mintak dengan mak ke, ayah ke?  Mak ayah mana?”  soal saya.

“Diorang ada kat rumah”  jelas budak tu.

“Bahaya jalan-jalan macam ni.  Pergi balik rumah ye.”  saya menyuruh dia balik kerana risau keadaannya yang tidak ditemani mak & ayah.

“Seringgit je, tak pun dua ringgit”  kata budak tu.

“Aik, seringgit aku tak bagi, ni nak minta 2 ringgit pulak”  bisik saya dalam hati.  Saya tanya lagi, “buat apa?”

Budak tu menjawab, “nak beli makanan.  Lapar”.

“Mak tak bagi makanan ke?  Mak tak masak kat rumah?”  saya bertanya.

“Tak”  ringkas jawapan dari budak tu.

“OK, jom ikut pakcik.  Pakcik belikan burger kat gerai tu nak?”  saya mengajak.

“Taknak.  Nak seringgit.  Nak beli aiskrim”  kata budak tu.

“Kalau makan aiskrim, mana hilang lapar tu.  Ni pakcik nak beli burger ni.  Nanti kalau adik makan, hilanglah lapar tu.  Lagipun, burger tu lebih mahal dari duit yg adik mintak tu”  saya memujuk.

Perbualan saya dengan budak itu didengari oleh seorang pemuda yang sedang menunggu burgernya di motorsikal.  Kata pemuda itu, budak tu memang hampir setiap hari berkeliaran meminta-minta dari orang ramai akan duit.  Mendengarkan kata2 itu, saya sudah tahu situasinya.

“Ala.  Seringgit je”  pujuk budak tu lagi.

“Pakcik tak bagi duit.  Kalau nak, pakcik belikan makanan.” saya bertegas dalam cuba berhikmah.

Apabila budak tu melihat saya mula menaiki motorsikal, dia pun mulalah melangkah dengan skateboardnya.  Begitulah secara ringkas dialognya.

Kedekutkah saya?  Tak mahukah saya akan ganjaran ALLAH memenuhi hajat seorang insan?  Tak malukah saya dengan masyarakat, saya berkopiah ketika itu dilihat tidak simpati dengan pujukan dan rayuan seorang budak?

Saya bukan tidak mahu membantu budak itu.  Lebih dari itu pun saya akan buat sekiranya benar kesusahan melanda hidup budak itu sekeluarga.  Apalah sangat RM, berbanding dengan ganjaran ALLAH yang tersedia buat hamba2NYA yang membantu hajat saudaranya yg lain.  Namun, dari cerita yg diberitahu kepada saya tentang budak itu, saya telah boleh memilih bentuk tindakan yg manakah yg saya akan pilih.

Saya mahu:

  1. …budak itu tidak terus dengan aktiviti meminta-mintanya kerana ia suatu yang jelek di pandangan masyarakat.  Jika dilayan, ia akan merosakkan budak tersebut pada masa akan datang.
  2. …dia mengetahui bahawa duit bukan boleh diperolehi dengan mudah dengan hanya meminta-minta.  Ia perlu diusahakan untuk mendapatkannya.
  3. …aktiviti tersebut tidak subur di dalam komuniti.  Jika senang dapat duit sebegitu, nescaya ia akan diikuti oleh kawan2nya pula.
  4. …mak dan ayah budak tersebut tidak lepas tangan dalam mendidik dan membela budak tersebut.  Saya risau mak & ayah budak tersebut memikirkan bahawa ‘anaknya sudah pandai cari duit’, maka dibiarkan sahaja budak itu ke hulu dan ke hilir.
  5. …menerapkan dalam fikiran budak itu bahawa mak dan ayah merupakan tempat dia bergantung ketika ini.  Bukan orang lain di jalanan.
  6. …dan lain-lain lagi.

Semoga ALLAH memelihara budak itu dan kita semua, amin.

Advertisements

6 responses to ““Pakcik, ada seringgit?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: