Gambar di atas adalah keratan akhbar yang disimpan oleh ibu saya yang mana diambil semasa saya berumur 15 tahun. Ketika itu saya mewakili SMAKL dalam pertandingan bolasepak zon keramat bawah 18 tahun. Ia dimuatkan di dalam ruangan sukan akhbar Metro tahun 1992.
Menurut pemberita yang menemuramah pasukan kami ketika itu, beliau rasa terpegun juga dengan aksi kami semua. Maklumlah jarang mereka dapat melihat pemain bolasepak yang ber’track bottom’ ketika itu. Dalam keadaan menutup aurat, kami tetap dapat menunjukkan prestasi yang membanggakan sehingga mengalahkan beberapa sekolah menengah yang top dalam zon tersebut. Alhamdulillah…
Memang seronok mengenang zaman-zaman sekolah dulu. 😀
August 25th, 2009 at 12:56 pm
Masa tu semua kiut dan slim
La ni ramai yg masih lagi kiut tapi dah tak slim.
LikeLike
August 26th, 2009 at 11:50 pm
takbir!!!!
LikeLike
August 31st, 2009 at 10:00 am
ALLAHU AKBAR!
Laungan takbir sentiasa kita laungkan sebelum apa2 pertandingan sukan ketika mewakili SMAKL dulu.
Pengalaman mewakili bolasepak, sepaktakraw dan bolatampar ketika di SMAKL dulu memang menyeronokkan dan mengujakan. Banyak kenangan, banyak pengajaran 🙂 .
LikeLike
April 30th, 2013 at 11:55 am
huhu……semua ade rambut lagi….
sekarang perut dah kedepan
LikeLike