Kematian Kita dan Anak Isteri Yang Ditinggalkan.

Semalam saya menerima berita kematian salah seorang imam Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor.  Pastinya pemergian beliau adalah suatu kehilangan yang besar buat masyarakat di sekitar tempat beliau tinggal dan berkhidmat.

Dan yang paling pasti, pemergiannya sangat dirasai oleh ahli keluarga al-marhum.  Apatah lagi beliau meninggalkan 7 orang anak dan seorang bayi yang masih di dalam kandungan.  Malah, isteri beliau tidak pula bekerja.  Ini bermakna almarhum imam tersebut merupakan tunggak keluarga yang menjadi jatuh-bangun keluarga tersebut.  Tanpanya, pasti awanan kelabu datang menyelubungi keluarga beliau.

Saya sempat memberikan beberapa ringgit apabila sampul wang datang untuk dikutip supaya saluran kewangan dapat diberikan kepada keluarga waris sebagai bantuan dan pertolongan sesama muslim.  Pastinya, ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang lain akan turut membantu meringankan beban keluarga almarhum samada dalam bentuk wang ringgit atau lain2 bentuk.  (semoga ALLAH menerima amalan2 kita, amin)

Saya tertanya-tanya, pada hari ni ya orang ramai berasa simpati dengan pemergian beliau dengan memberikan bantuan kewangan.  Esok dan lusa bantuan masih akan diberi.  Bolehlah digunakan wang tersebut untuk membeli keperluan keluarga.  Bagaimana pula bulan depan?  Bulan2 yang akan datang?  Tahun2 mendatang?

Saya teringat pengalaman saya semasa berumur 13 tahun yang terpaksa menerima hakikat kematian ayah.  Aduh, peritnya.  Saya sebagai anak sulung terpaksa memimpin keluarga dalam keadaan yang belum bersedia.  Namun, pengalaman itu telah mematangkan saya.  Ketika itu, kami 7 orang adik beradik.  Mak pula bekerja hanya sebagai kerani sekolah di tengah2 bandar Kuala Lumpur.

Mujurlah mak saya bekerja.  Sempatlah juga bernafas walaupun terputus-putus.  Bagaimana pula keluarga almarhum ustadz di atas?  Isterinya tidak bekerja.  Aduh, saya mengerut kepala memikirkan nasib anak2 almarhum yang masih kecil. 

Tiba-tiba, saya ditegur oleh seorang bekas rakan sekerja almarhum yang juga kenalan saya.  Beliau memang mengetahui saya adalah seorang Perunding Takaful.  Beliau juga tahu saya pernah mengalami peristiwa hitam ‘kehilangan’ kasih sayang ayah tatkala kecil.  Memang saya pernah cerita pada beliau, bahawa antara sebab yang mendorong saya menceburi bidang takaful adalah ingin menasihati para ayah dan suami agar segera mengurus kewangan melalui takaful.  Ia adalah kempen saya dari dulu hingga sekarang.  Kempen yang begitu sebati dengan diri saya.  Kerana saya sudah merasai sakit dan susah kehilangan kasih sayang ayah emotinally and financially.

Kenalan saya tu umurnya hujung 40-an.  Pernah sama mengalami pengalaman pahit kematian suami tatkala anak2 beliau masih kecil.  Kini, anak beliau juga menyertai kerjaya sebagai perunding Takaful.

Kata kenalan saya tu, “Muzir, kau kena beritahu kat semua orang yang takaful ni penting.  Kita tak tahu umur kita sampai bila.  Kesian kat anak2 kalau jadi macam ni.”

Kata2 beliau menguatkan kembali semangat saya untuk terus berjuang dalam bidang ini.  Iaitu bidang Takaful yang merupakan bidang kewangan yang menyediakan kepada ahli masyarakat akan kaedah mengurus risiko kewangan berlandaskan syariah.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat buat almarhum dan menempatkan beliau bersama2 golongan yang soleh.  Dan semoga ALLAH subhanahu wata’ala meneguhkan hati dengan ketabahan yang kuat kepada anak2 dan isteri beliau.  Semoga mereka diringankan dan dibantu sepanjang kehidupan yang panjang yang terbentang di hadapan.

Saya diberitahu bahawa almarhum adalah seorang yang aktif dalam dakwah dan memberikan kuliah.  Mudah2an kita dapat mempertingkatkan amalan2 kita seperti almarhum atau lebih supaya kita bertemu ALLAH dalam keadaan kita redha dan ALLAH redha, amin…

Advertisements

One response to “Kematian Kita dan Anak Isteri Yang Ditinggalkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: